31 Januari, 2012

BBSI, KUTU BAS STAND... WA TABIK SAMA LU BRO!

SEKUPANG TAK DAPAT NAK BAYANGKAN BETAPA BANGGA GILLER BILA DEMA YANG SATU KETIKA YANG DI KATEGORIKAN MANUSIA YANG PERABIH BOREH NI TERBUKTI MEMANG TERBAEK! PERGHHH KONSERT JAMAL ABDILLAH YANG NILAINYA RATUSAN RIBU RINGGIT DIJAYAKAN DENGAN BAEK SEKALI, SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT KOMER! TEMAN MALEH NAK SEMBANG PANJANG KOMER TENGOK SENDIRI GAMBOR-GAMBOR YANG SEMPAT TEMAN AMBIK... PERGHHH LAYAN!

WIFE-WIFE BANTU DI GERAI-GERAI













































22 Januari, 2012

KUTU BAS STAND BUAT KONSERT PULAK! JAMAL ABDILLAH RETURN TO IPOH!

Siapa Sangka dalam teman sibuk-sibuk, geng-geng kutu Bas Stand ipoh yang menggelarkan dema sebagai BBSI melangkah lagi dengan mengadakan konsert SIRIH PULANG KE GANGGANG. Sempena tahun baru cina ni pun teman nak ucapkan KONG HEE FATT CHOY kepada semua rakan-rakan teman yang menyambutnya dan rasanya sesuai benor ler komer santai hujung minggu ni sambil pegi tengok Konsert Jamal Abdillah yang akan diadakan Stadium Indra Mulia pada 28hb January, 2012 (sabtu) jam 8 malam. 

Rasanya Konsert ni jugak bakal jadi reunion kepada sahabat-sahabat lain, almaklumlah bukan senang nak bercuti dan sambil jumpa kawan-kawan, teman nak ucap tahniah kepada warga kerja yang berusaha keras menjayakan perancangan serta kelancaran Konsert yang bakal diadakan ini nanti, Dibelakang tadbir teman nampak banyak lagi kawan-kawan yang kerja kuat, 
Garry sebagai Yang dipertua BBSI (Budak-budak Bas Stand Ipoh) memaklumkan kepada teman tiket Alhamdulillah JALAN dengan baik bro! Jadi bila teman dengor katanya macam tu lega jugak hati teman, bukan setakat itu dema datangziarah teman dan anggap jangan pinggirkan dari BBSI,'Kita berkawan dari Muda sampai sekarang, jangan lah pulak miker dengan hal miker jadikan kita berjauhan, we are the BROTHERS!' tak pa ler selesaikan dulu hal miker, apapun kita kena jaga UKUWAH antara kita, bukan kita tak tau ramai yang tak berapa senang bila sesuatu yang baik tu ada. Sekupang amat berterima kasih dengan Garry yang nampaknya dah rasanya macam adik beradik sendiri, bukan setakt tu jer banyak lagi sahabat teman yang betanya khabor... Kanda Rahman, Nan Urut, Adam dan lain-lain, Bro lu orang memang MY BROTHERS, pesan dema pedulikan dengan yang busuk perut... hehehe

Sekupang ambik kesempatan nak ucap tahniah dengan BBSI terutama Garry yang tak pernah letih, Bombay yang rasanya kali ni bawak tentera dan kelengkapan dia pertama kali ke IPOH, Nan catering yang tak jemu-jemu tamu makan kat kawan-kawan, BBSI sendiri dan lain-lain yang berusaha menjayakan KONSERT JAMAL ABDILLAH di Ipoh. 

PADA SEISAPA YANG MAHU BERTANYAKAN PASAL KONSERT DAN BELUM DAPATKAN TIKET YANG BERMULA RM 80, 140 dan 300 BOLEH HUBUNGI :

AMIRUDDIN (GARRY) 019- 5900077
RAHMAN    017-5650126
NAN URUT 012 - 5208942
ADAM  012-5652221

21 Januari, 2012

TERIMA KASIH BLOGGERS! SUDAH TIBA MASANYA BERSATU DALAM SAF!

BIADAP Apa Sahaja sekali pun Institusi Raja!
Teman nak ucap tahniah kepada semua termasuk yang mendoakan kepada Saiful yang berusaha mendapatkan Hak sebagai Rakyat dan insan dalam pembelaan, Yang kita dapat menilai bagaimana kebenaran serta Hak Sebagai rakyat memang sewajarnya dengan pelbagai pandangan dan ukuran

Pelbagai kes serta isu yang kita nampak sekarang apabila sesuatu isu atau kes di utarakan maka dengan jelas juga kita lihat ada golongan yang muncul, cuba bayangkan bila sokongan mereka menemui jalan buntu atau tidak menepati kehendak mereka, Rakyat akan di tabur fitnah, di lekakan dengan cacian, mengadakan pelbagai ceritera dan dongeng. Hasilnya kita memang tahu yang buruknya pemimpin BN, UMNO dan Kerajaan, Dangkal sesangat bila semua salah dihalakan ke UMNO terutamanya, Kalau sakit perut makan kenduri pun UMNO lah puncanya, mungkin mula-mula kita menerima kerana mahu memikirkan kaitan, tetapi bila semua dilonggokan kepada UMNO puncanya Rakyat makin GETEK (menyampah) dah semacam bodoh benor rakyat ni disumbat dengan segala FITNAH yang tak masuk akal

Semalam bila SLOT 'BICARA RAKYAT' yang keudara di TV1 yang ditontoni oleh pelbagai lapisan rakyat, tak kira bangsa, ugama, Parti dan dan lain-lain, Tak sangka pulak teman begitu effective pada rakyat, pagi ni tadi tajuk BERITA utama KEDAI KOPI kebanyakan nya semua berkisar soal Forum semalam, banyak yang mengulangi ayat-ayat yang di sebutkan oleh Panel terutamanya Sdr Hanafiah Man dan Datuk Hasfarizam yang memang menepati persoalan di kepala rakyat tentang perundangan
Antara Ruang BICARA KEDAI KOPI ni banyak mengaitkan jawapan Sdr Hanafiah Man tentang penglibatan DS Najib Mohd sebagai Perdana Menteri, Pm tidak sekali pun menyentuh atau komen tentang perbicaraan Isu Liwat ini walaupun sepanjang 3 tahun dibicarakan dan selama 60 kali di tangguhkan, PM berlaku adil kerana menghormati Badan Kehakiman serta tidak mahu dilihat seperti mengut keuntungan dari kejatuhan orang lain.

Hanafiah juga menimbas kembali bagaimana pula tindakan Pembangkang sebaliknya, Rakyat di tamukan sepanjang PRU 12 hingga dah nak sampai Ke PRU 13 dengan isu yang menjijikan soal LIWAT, VIDEO LUCAH, TUDUHAN, FITNAH dan lain-lain. Bukan soal kepentingan hak rakyat yang sepatutnya TUGAS mereka yang  diLabel sebagai  PEMIMPIN atas undi kepercayaan yang rakyat beri. PALING YANG SENSITIF RAKYAT  SAMPAI SANGGUP HERET, HINA DAN BURUKAN SULTAN PERAK sendiri 
Segala yang boleh dikaitkan, difitnah, diheret, diburukan, diperalatkan, dicacikan dan segala yang memang bertujuan buruk diajukan kepada yang menjadi penghalang kepada mereka cuba merampas dan memakbulkan angan-angan mat jenin dema, Semua yang dikaitkan termasuk, DS Najib, Isteri, Parti, kerajaan, kementerian dilonggokan segala yang buruk dengan pelbagai alasan mereka terlibat dan mahu diheret supaya boleh sejijik perbuatan LIWAT itu sendiri.

Kita sendiri akhirnya sedar lansung tiada kaitan mereka yang diheret dalam kes jijik ini, fitnah, caci, cerca, dongeng dan segala perancangan ini ternyata lansung tiada kaitan, sebaliknya segala pembohongan sepanjang perbicaraan terjawab dan tidak benar lansung, TAK KER DEMA NAK BERTANGGUNG JAWAB berTELOR dan meminta maaf secara terbuka serta menyesalinya, bukan dosanya pada PM sahaja, RAKYAT utamanya yang terpengaruh di ceramah-ceramah mereka, atau lebih tepat lagi diLEMBUkan dema? Dari Rakyat, Makamah, kementerian, Parlimen hingga ke mak bapak kita yang sedih melihat perpecahan serta kemusnahan KEAMANAN dan KEMAKMURAN yang mereka saksikan sekian lama

PANEL BICARA RAKYAT, SDR HANAFIAH MAN
PARLIMEN KEDAI KOPI ni bukan saja membahaskan Isu yang di perkatakan oleh dua panel semalam ni malah tertanya-tanya siapa YB yang datang Liwat tu? Marah benor dema ... 'Udah ler banyak bunyi, tergagap-gagap pulak.... errr errr errrr, Tak menjawab soalan Rakyat yang hadir dan paling dema Angin satu Badan bila dengan selamba bagi alasan Traffic Jem ler pulak" Kita ni komer pun tau adat bila bersembang, bagi ler sorang-sorang bercakap, ini idak asyik dia nak bercakap sampai orang nak bagi laluan iklan pun dia masih bercakap. Lepas tu asyik dia yang betui... suruh awai-awai datang tak nak, nasib ler bukan kampung kita kalau tak lama dah dapat free boo jer!

Apapun sekupang nak ucap terima kasih kepada semua bloggers yang sekupang tak sangka walaupun dema ni bukan nya duduk merata ipoh yang sanggup datang bila teman ajak ke ipoh dan berjumpa sesama kita, terima kasih juga keranan bersama teman, insyallah kita akan jumpa lagi duduk semeja, tentang cadangan kalian untuk mengadakan pelbagai rancangan termasuk membantu usahakan Lawyer, tabung, Komuniti, laman Facebook menyokong teman, wujudkan sembang-sembang bersama semua bloggers di Maya, blog dan lain-lain lagi rasanya tak perlu lah sampai nak restu dari teman, teman memang percaya penuh dengan komer, itu pun dah banyak jasa komer kat teman, insyallah teman ikut dan setuju kalau inilah yang terbaik usaha kalian, Terima kasih PCT (Perak Cycber Troopers,) Sahabat kenalan termasuk Bloggers seangkatan, sahabat-sahabt karib, pemimpin-pemimpin, ngo-ngo, pertubuhan dan banyak lagi yang tak tersebut, Teman terhutang budi pada komer, insyallah janji teman Bongkar tetap bongkar Lawan tetap lawan

17 Januari, 2012

SEKUPANG SUDAH ADA LAWYER! TERIMA KASIH SEMUA!

RASANYA TAK DAPAT SEKUPANG MEMBALAS BUDI BAIK KOMER! APA YANG BOLEH TEMAN KATAKAN DISINI,JUTAAN TERIMA KASIH DAN TERIMA KASIH SEMUA. SIAPA SANGKA NAMPAKNYA SEGALA DI PERMUDAHKAN ALLAH, DARI BERSEORANGAN HINGGA BEGITU RAMAI SAHABAT-SAHABAT LAWYER, PEMIMPIN-PEMIMPIN, SAHABAT-SAHABAT BLOGGERS, RAKYAT DAN RAMAI LAGI YANG MENAWARKAN PERTOLONGAN, GUAMAN SERTA DORONGAN SEMANGAT DALAM ISU SAMAN 10 JUTA INI

YANG TEMAN RISAU TENTANG SEGALA PEKARA DAN KEPERLUAN UNTUK MENGHADAPI  SEORANG YANG YANG PETAH BERUCAP DIPENTAS, PUNYA PENYOKONG PARTI BELIAU SENDIRI DAN MEMANG DIKENALI SEBAGAI LAWYER JUGAK! ALMAKLUMLAH TEMAN NI YANG HANYA DIKENALI SEBAGAI BUDAK KAMPUNG YANG TERPAKSA MENEMPUH SEGALA DUGAAN YANG AMAT ASING PADA TEMAN, BAGAIMANA PUN DEMI KEBENARAN TEMAN AKAN TETAP TERUSKAN PEMBONGKARAN INI

SOAL SIAPA YANG MENYOKONG TEMAN BUKAN PEKARA YANG PATUT DIPERTIKAIKAN, SAMADA PEMIMPIN, NGO-NGO, KAWAN-KAWAN, BLOGGERS, MALAH PEMIMPIN PARTI POLITIK SEKALI PUN, DEMA MENYOKONG TEMAN KERANA PERJUANGKAN KEBENARAN DAN MEMBONGKAR PENYELEWENGAN SUPAYA RAKYAT TAHU KISAH SEBENARNYA. TAK KIRA LAH APA PARTI PUN SAMADA BN, MCA, GERAKAN, MIC, UMNO ATAU APA JUA PARTI PUN BUKAN SOAL UTAMA. MALAH PEMIMPIN DAP SEKALI PUN DIATAS TIKET MENCARI KEBENARAN TIDAK MENJADI KESALAHAN SEBALIKNYA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN WAJIB MENENTANG SEGALA PENYELEWENGAN SEBAGAI MERASAKAN PEMBELAAN TERHADAP KEBENARAN HAK RAKYAT, TEMAN BOLEH MENERIMA SEADANYA DALAM BERSAMA MENCARI KEBENARAN.

DENGAN DORONGAN KALIAN MENAMBAHKAN LAGI SEMANGAT DAN AKAN TERUS PERJUANGAN HAK RAKYATUNTUK INI, INSYALLAH! TAKBIR!

APAPUN TERIMA KASIH SEMUA, HAMPIR 30 LAWYER YANG MENAWAR KHIDMAT, MENCECAH RATUSAN SMS DAN PANGGILAN YANG MELAHIRKAN SOKONGAN YANG TEMAN TERIMA RASANYA TIDAK TERBALAS DIDUNIA, INSYALLAH AKAN TERUS MENENTANG PENYELEWENGAN  DAN MEMBONGKAR SEGALA KORUPSI! LAWAN TETAP LAWAN!!!

16 Januari, 2012

ESOK (SELASA) SEKUPANG & LAWYER KE MAKAMAH FAIL MEMORENDOM KEHADIRAN

Assalamualaikum Semua! Salam 1 Malaysia, Esok Jam 3ptg di Makamah Tinggi bagi tindak balas terhadap saman Nga Ko meng sekupang dan Lawyer Rakyat akan memfailkan memorendum kehadiran di makamah tinggi Ipoh bagi tindakan balas selepas dapat saman Nga Ko meng yang bernilai 10 juta tu weh!!! 10 juta tu kayo pokcik kalau duit sebanyak tu hahaha
Teman paham benor bila Ko Meng tetiba melompat tak tentu pasai dan terus saman 10 juta terhadap teman, Ater mesti ler dia sebagai Ahli Parlimen dan Lawyer jugak mestiler kena standard up sikit, camana pun teman sebagai Rakyat biasa tak kan menyerah bagi membongkar kegiatan penyelewengan terhadap Isu Long suit syarikat bini dia,
Tak mengapa ler dia Orang besor teman orang biasa tetapi tak kan teman nak undor memperjuangkan kebenaran yang jadi hak rakyat wajib tahu jika ada penyelewengan, Tak kan Orang Besor jer yang boleh hina orang sebagai haram jadah dan black metalik, orang besor jer ker yang boleh baca hadis tanpa pikir sensitif umat islam khususnya Orang Melayu, sebagai seorang islam juga teman kena pertahankan islam itu sendiri dari dipergunakan sesuka hati bapak dema terutama Kafir harbik. Tak payah nak tunggu orang Parti Ajaran Sesat kalau dema nie setakat boleh angguk jer, wajib pertahankan selagi ada yg mencemarkan islam itu sendiri yang membawa perpecahan sesama umat

Pelik juga kenapa tetiba pulak dia mengelupor tak tentu pasai bila teman dedahkan kes long suit yang dilakukan oleh E & E sebelum nie, mengapa pulak melompat secara kebetulan dema tengah berperang dalam merebut tempat Majlis tertinggi parti dema. Mungkin dema ingat teman ni orang kampung maka senang benor menunjuk power dema dengan hantor saman 10 juta tu, silap ler yop! teman terpanggil untuk menentang dia dan membongkar penyelewengan bila tercabar dengan sikap angkuh dan tinggi diri dema, ater... kalau lawyer atau yang berhormat kita kena tunduk dengan dema ker? bior dema buat sesuka hati dengan reta Rakyat sebab dema besor... 

Alhamdulillah teman pada mulanya agak termanggu kejap, siapa sangka besor jugak nilai blog teman sampai 10 juta, apatah lagi bila teman yang belum pernah masuk court seumur hidup teman, mana teman nak adakan semua yang diperlukan. kalau macam dia dah tentu mampu malah mungkin dengan orang kampung lain seandainya bukan teman mau pitam yop! Tapi siapa sangka teman percaya Allah swt mempermudahkan segala urusan. teman memang sedaya upaya sabar dan ikhlas serta cukup bersedia menghadapi segala rintangan sekali pun paham HARGA MENEGAKKAN KEBENARAN nampaknya perlu pengorbanan yang tinggi dan kesabaran yang kental serta teguh berdiri menentang penyelewengan, perjuangan teman juga nampaknya mewakili perjuangan Rakyat! Tetap akan pertahan kan
Rupa-rupanya segala usaha dipermudahkan Tuhan, Lawyer yang mula asalnya terfikir teman mana nak cari? Akhirnya tanpa teman sangka sahabat-sahabat, bloggers, pemimpin malah orang perseorangan yang menawarkan khidmat malah membiaya kos guaman kepada teman dalam memperjuangkan kebenaran, teman juga dihujani ratusan SMS dan panggilan yang menyatakan akan bersama teman, Percayalah sokongan komer yang buat teman semakin kuat dan bersemangat, bukan senang yop orang besor yang kaya raya dan berpengaruh yang hendak teman berdepan ni, apatah lagi teman ni memang sekadar orang kampung yang rasanya tak pernah bermusuh dengan sesiapa apa lagi pangkat maupun hartawan. 
Tak kan nak bior jer segala penyelewengan sebab kita ni sekadar rakyat atau orang kampung? ini negeri kita, tempat uri tertanam, WAJIB kita pertahankan! setakat bagi ceramah merata buat fitnah yang kononya kerajaan BN yang dipenuhi rasuah Ratusan Billion ringgit dan konspirasi tetapi tak satu pun dema laporkan ke SPRM! Jadi bior ler teman yang sebagai Rakyat atau orang kampung mempertahankan hak rakyat dan menentang penyelewengan hak rakyat! 

Apa-apapun teman nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong teman dan yang memberikan semangat untuk teman pertahankan kebenaran, terima kasih yop! teman tak terbalas budi mengkomer, hanya tuhan jer membalasnya. Esok moh ke makamah dengan sekupang dua mencari kebenaran Hak Rakyat! Lawan tetap Lawan, tentang mereka yang menyeleweng!
Disini teman paparkan saman Nga Ko meng terhadap teman disebabkan komer juga rakyat patut tahu... boleh jugak komer nak berkongsi tindakan dengan teman, Moga Perak Darul Ridzuan akan kekal Aman untuk genarasi kita mendatang! Tak Kan teman biorkan mereka yang salah guna kuasa menjadi pemimpin Genarasi anak-anak kita! Takbir! 











ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND