16 Januari, 2012

ESOK (SELASA) SEKUPANG & LAWYER KE MAKAMAH FAIL MEMORENDOM KEHADIRAN

Assalamualaikum Semua! Salam 1 Malaysia, Esok Jam 3ptg di Makamah Tinggi bagi tindak balas terhadap saman Nga Ko meng sekupang dan Lawyer Rakyat akan memfailkan memorendum kehadiran di makamah tinggi Ipoh bagi tindakan balas selepas dapat saman Nga Ko meng yang bernilai 10 juta tu weh!!! 10 juta tu kayo pokcik kalau duit sebanyak tu hahaha
Teman paham benor bila Ko Meng tetiba melompat tak tentu pasai dan terus saman 10 juta terhadap teman, Ater mesti ler dia sebagai Ahli Parlimen dan Lawyer jugak mestiler kena standard up sikit, camana pun teman sebagai Rakyat biasa tak kan menyerah bagi membongkar kegiatan penyelewengan terhadap Isu Long suit syarikat bini dia,
Tak mengapa ler dia Orang besor teman orang biasa tetapi tak kan teman nak undor memperjuangkan kebenaran yang jadi hak rakyat wajib tahu jika ada penyelewengan, Tak kan Orang Besor jer yang boleh hina orang sebagai haram jadah dan black metalik, orang besor jer ker yang boleh baca hadis tanpa pikir sensitif umat islam khususnya Orang Melayu, sebagai seorang islam juga teman kena pertahankan islam itu sendiri dari dipergunakan sesuka hati bapak dema terutama Kafir harbik. Tak payah nak tunggu orang Parti Ajaran Sesat kalau dema nie setakat boleh angguk jer, wajib pertahankan selagi ada yg mencemarkan islam itu sendiri yang membawa perpecahan sesama umat

Pelik juga kenapa tetiba pulak dia mengelupor tak tentu pasai bila teman dedahkan kes long suit yang dilakukan oleh E & E sebelum nie, mengapa pulak melompat secara kebetulan dema tengah berperang dalam merebut tempat Majlis tertinggi parti dema. Mungkin dema ingat teman ni orang kampung maka senang benor menunjuk power dema dengan hantor saman 10 juta tu, silap ler yop! teman terpanggil untuk menentang dia dan membongkar penyelewengan bila tercabar dengan sikap angkuh dan tinggi diri dema, ater... kalau lawyer atau yang berhormat kita kena tunduk dengan dema ker? bior dema buat sesuka hati dengan reta Rakyat sebab dema besor... 

Alhamdulillah teman pada mulanya agak termanggu kejap, siapa sangka besor jugak nilai blog teman sampai 10 juta, apatah lagi bila teman yang belum pernah masuk court seumur hidup teman, mana teman nak adakan semua yang diperlukan. kalau macam dia dah tentu mampu malah mungkin dengan orang kampung lain seandainya bukan teman mau pitam yop! Tapi siapa sangka teman percaya Allah swt mempermudahkan segala urusan. teman memang sedaya upaya sabar dan ikhlas serta cukup bersedia menghadapi segala rintangan sekali pun paham HARGA MENEGAKKAN KEBENARAN nampaknya perlu pengorbanan yang tinggi dan kesabaran yang kental serta teguh berdiri menentang penyelewengan, perjuangan teman juga nampaknya mewakili perjuangan Rakyat! Tetap akan pertahan kan
Rupa-rupanya segala usaha dipermudahkan Tuhan, Lawyer yang mula asalnya terfikir teman mana nak cari? Akhirnya tanpa teman sangka sahabat-sahabat, bloggers, pemimpin malah orang perseorangan yang menawarkan khidmat malah membiaya kos guaman kepada teman dalam memperjuangkan kebenaran, teman juga dihujani ratusan SMS dan panggilan yang menyatakan akan bersama teman, Percayalah sokongan komer yang buat teman semakin kuat dan bersemangat, bukan senang yop orang besor yang kaya raya dan berpengaruh yang hendak teman berdepan ni, apatah lagi teman ni memang sekadar orang kampung yang rasanya tak pernah bermusuh dengan sesiapa apa lagi pangkat maupun hartawan. 
Tak kan nak bior jer segala penyelewengan sebab kita ni sekadar rakyat atau orang kampung? ini negeri kita, tempat uri tertanam, WAJIB kita pertahankan! setakat bagi ceramah merata buat fitnah yang kononya kerajaan BN yang dipenuhi rasuah Ratusan Billion ringgit dan konspirasi tetapi tak satu pun dema laporkan ke SPRM! Jadi bior ler teman yang sebagai Rakyat atau orang kampung mempertahankan hak rakyat dan menentang penyelewengan hak rakyat! 

Apa-apapun teman nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong teman dan yang memberikan semangat untuk teman pertahankan kebenaran, terima kasih yop! teman tak terbalas budi mengkomer, hanya tuhan jer membalasnya. Esok moh ke makamah dengan sekupang dua mencari kebenaran Hak Rakyat! Lawan tetap Lawan, tentang mereka yang menyeleweng!
Disini teman paparkan saman Nga Ko meng terhadap teman disebabkan komer juga rakyat patut tahu... boleh jugak komer nak berkongsi tindakan dengan teman, Moga Perak Darul Ridzuan akan kekal Aman untuk genarasi kita mendatang! Tak Kan teman biorkan mereka yang salah guna kuasa menjadi pemimpin Genarasi anak-anak kita! Takbir! 











4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy org perak....saya akan sokong-sesokongnya pada sekupang dua...biar puak tu tahu siapa sekupang dua..lawan jangan tak lawan

Tanpa Nama berkata...

teruskan bior raayat tahu

Tanpa Nama berkata...

lawan tetap lawan sekupangdua kami bersama mu

V berkata...

KAT MANA NAK MENONTON TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv, ,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis , Box Office Movie YA OK KINI ANDA TAK PERLU RISAU ANDA BOLEH MENONTON SEMUA CHANNEL TERSEBUT FREE DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html
jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND