07 Mac, 2012

PCT (Perak Cyber Troopers) bakal dilancarkan

Salam pejuang, PCT ( Perak Cyber troopers) yang merupakan kumpulan troopers maya samada para Bloggers, facebooker maupun mereka-mereka yang paling aktif dalam komen blog dan facebook TASK FORCE (Tempur Asak Serang Komen) nampaknya bakal bergabung dalam sedikit masa lagi

Usaha blogger-blogger perak dan seluruh Malaysia nampaknya hampir menjadi kenyataan. Kami sudah sampai ke perancangan serta penyusunan majlis pelancaran sebagai tanda kewujudan PCT sebagai laman penyatuan bloggers dan facebookers sebagai satu SAF PERANG MAYA dalam sedikit masa lagi. Cuma kerja akhir dalam penyusunan dan mencari tarikh sesuai bagi pelancaran. PCT berharap seberapa segera dapat dilancarkan sebaik segala perancangan dapat diselesaikan sebaik mungkin

Usaha keras dari bloggers dan facebookers yang duduk semeja memastikan pelancaran dapat berjalan dengan baik dan berharap tidak ada yang tertinggal dalam kumpulan ini
Sebelum ini perancangan yang menggambil masa hampir tiga tahun ini tidak terbantut begitu sahaja. Kebanyakan mereka-mereka ini adalah pejuang maya sebagai bloggers, Facebooker dan TASK FORCE bak kata orang Perak YANG TAK BERTUAN atau tidak ditaja oleh sesiapa lahir sebagai pejuang maya dan hanya mengenali sesama satu sama lain hanya dialam maya, sehingga kini pun masih lagi diantaranya belum bertemu dan mengenali atau bertemu muka sesama sendiri. Bagaimana pun itu bukan halangan bagi penyatuan sebagai Divesyen Perang maya bila PCT akhirnya positif bakal diwujudkan tidak lama lagi

Bloggers yang datangnya dari pelbagai Parlimen dan daerah diperak bakal disatukan, Ipoh, Tapah, Taiping, Kamunting, Kampar, Ipoh barat, Ipoh Timor, Batu Gajah, Sungai Siput, Teluk Anson (Teluk Intan), Pasir salak, Kinta, Gopeng dan lain-lain lagi adalah merupakan asal kelahiran bloggers serta facebooker yang bakal disatukan dalam PCT nanti, malah usaha mengemas kinikan dalam wall atau portal PCT sedang diusahakan dengan teliti. Sehingga kini PCT masih membuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai bersama didalam PCT yang bakal dilahirkan nanti.

PCT juga tidak mahu dilihat menjadi kumpulan yang bersifat kenegerian, sehubungan itu beberapa bloggers dari PCT sehingga kini dalam usaha bertemu dan berurusan dengan seluruh negeri lain yang kini hampir semua negeri insyallah akan dapat menyertai PCT sebagai rakan bloggers dan facebookers yang akan berjuang bersama di perang maya nanti, troopers dari selatan hingga keutara, seperti Johor, Melaka , Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Selangor dan negeri- negeri lain dan tidak ketinggalan Sabah, dan Sarawak bakal menjadi diantara troopers PCT nanti.

Diatas asas perjuangan dalam satu SAF PERANG PCT tetap menerima kehadiran kalian untuk bersama. Didalam PCT tidak membezakan samada kalian yang Lama dan baru, muda atau tua, elit atau tidak, bloggers atau facebookers... ini bukan syarat utama bagi melayakan anda menyertainya. Memadai anda merupakan diantaranya yang tegar sebagai pejuang maya demi mempertahan dan memperjuangkan agama bangsa dan negara.

PCT juga memahami apa saja isu atau kemelut yang boleh membahayakan rakyat tersasar dari segala tomahan serta fitnah oleh mereka yang berhasad merosakan pemikiran rakyat adalah fokus utama PCT bagi menuteralkan semula ancaman yang berkumungkinan disalah tafsir atau seperti yang kita tahu memang menjadi agenda jahat golongan mereka yang mahu menjajah minda rakyat dewasa ini
Menyedari ADA CERITA YANG RAKYAT WAJIB TAHU, PCT memang beranggapan segala hasad, fitnah serta perancangan jahat bukan bersifat kenegerian, Rakayat Malaysia mesti didedahkan mereka yang berniat menghasut dan difitnahkan bagi merealisasikan hasrat golongan mereka yang mahu menawan negara sekalipun rakyat bakal berdepan dengan sesalan kerana terpikat dengan sendiwara golongan ini. Kita (PCT) merasakan ini merupakan tanggung jawab bagi merungkai segala HASAD serta perancangan mereka-mereka yang mahukan kuasa sekalipun dengan pelbagai tipu helah untuk Hajat HALOBA mereka yang menjadikan rakyat sebagai korban mereka, PCT tidak akan sekali-kali akan memberi ruang dan laluan malah akan menentang dengan berani perompak negara ini serta pertahankan keamanan dan kemakmuran negara dari ancaman mereka

Insyallah akan dimaklumkan tarikh pelancarannya... Teman berharap kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai PCT bolehlah meninggalkan add blog, facebook dan email anda dinruangan komen dibawah atau email terus ke pctlib10@gmail.com atau perakcybertroopers@gmail.com... Insyallah akan kami maklumkan perkembangan terkini dan tarikh pelancaran... Salam perjuangan... SYABAS PCT!

5 ulasan:

taipingcentral_harapan melayu berkata...

Tahniah bro dari taipingcentral.blogspot.com setinggi2 penghargaan. Semoga apa yang di hajat kan akan dapat menyatukan semua bloggers, facebookers mahupun twitterian.

Insyaallah, TC bantu seadanya demi perpaduan pejuang maya umno dan barisan nasional..

Hidup PCT..

Cayalahhhhhhhh...

Seketeriat Hari Belia berkata...

salam satu malaysia...

saya mewakili pihak Himpunan Hari Jutaan Belia meminta emel / nama blog / no telefon dan nama empunya blog ini...
harap dapat disegerakan dan terus hantar ke emel saya seketeriat2012@gmail.com..

sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Bunyinya hebat tapi jangan sekadar bunyi sahaja kerja hampeh, maintain yang mana ada jer sudah cukup

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH DAN SAYA SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN PCT. SEMEMANGYA INILAH PEJUANG BANGSA DAN TANAH AIR

Aq AdAlAh aQ berkata...

nk join follom ar blog sy
insanlemah93.blogspot.com

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND