05 Ogos, 2012

OTAI ROCK @ BUDAK BUS STAND 80'S BUAT HAL LAGI... KECOH BRO!!!

PBBSI bersama Anak-anak Yatim Pondok Al-Jaafar Gopeng
GEMPAK dan KECOH YOP!!! KUTU BAS STAND IPOH yang gelarkan dema sebagai PBBSI ataupun Persatuan Budak Bas Stand Ipoh sekitar 80an yang berdaftar sebagai salah satu NGO yang sentiasa aktif dalam banyak aktiviti kemanusiaan petang tadi BUAT HAL lagi! rasanya inilah program yang satu-satunya dalam dunia yang dijayakan oleh Kutu Bus Stand @ geng lepak Bas Stand ipoh 80an berhimpun dan menjayakan program sempena Ramadhan serta secara rasminya memaklumkan Pejabat Baru mereka yang beralamat di 16A Jalan Tun Abdul Razak,30100, Ipoh

Macamana tak gempak Bro, Geng kutu 80's ni yang satu ketika dulu sebagai Kutu Bus Stand yang satu ketika dulu dijolok dengan gelaran KUTU HAPRAK yang tak guna punya Manusia hari ini menjayakan Program Anak Angkat Big Bro dimana Majlis berbuka Puasa serta menyumbang duit raya kepada Anak-anak Yatim Pondok Al-Jaafar Gopeng. anak-anak yatim ini diraikan dengan berbuka Puasa dan sedikit sumbangan terhadap penghuni Pondok Al-Jaafar sempena mengimarahkan Ramadhan al Mubarak.   

Antara Anak-anak yatim yang diraikan
Menurut Presiden PBBSI Sdr Garry (Amiruddin) semasa PC menyentuh hati teman... 'Kami yang kebanyakannya yang sudah pun menjangkau 45 tahun keatas sedaya upaya untuk cuba berbakti kepada Masyarakat yang memerlukan semampu yang boleh, Kami Mahu berbakti semenara sisa-sisa umur yang ada kepada yang memerlukan, biarlah apa orang akan kata, itulah tujuan kami menjadi satu keluarga yang besar yang satu ketika dahulu kami dianggap sebagai Kutu Bas Stand yang tak punya masa depan, Kami tak mahu mereka (anak-anak) seperti kami, Apa sahaja yang boleh kami bantu demi membantu Genarasi baru supaya tidak terlibat sebagai Kutu seperti kami, Alhamdulillah kami akhirnya bersatu...

Amirrudin (Garry) semasa Press Confrance

Bukan setakat tu sahaja, Insyallah kami juga dalam perancangan mewujudkan Program, kumpulan atau lebih tepat lagi sebagai satu badan yang cuba membantu kepada mereka yang terlanjur, nasib anak-anak yang luar nikah serta yang jauh tersasar atau yang keruntuhan moral dari segi membantu nasib serta masa depan  mereka-mereka ini,
Insyallah dalam waktu terdekat sebelum Hari Raya ini juga kita akan membantu kepada yang serba kekurangan dengan sedikit pemberian atau bantuan kepada mereka yang memerlukan agar mereka juga dapat menyambut hari Raya seperti orang lain juga

Sebahagian Ahli PBBSI yang hadir
Menurut Garry Lagi Majlis ini juga bertujuan merasmikan kepada semua Ahli yang berada diseluruh Malaysia Pejabat Baru bagi PBBSI selain turut berbincang untuk mengadakan REUNION 2012 (ke6) Saya berharap semua ahli atau penyumbang boleh terus datang kepejabat kami untuk sebarang urusan. Jika ada yang mahu memberi Sumbangan dan berurusan bolehlah terus kepejabat kami ataupun menghubungi di talian 019-5900077 (garry) atau 017-5650126 (Rahman)


Untuk Makluman, Reunion BBSI 2012 lalu diadakan di Dewan Town Hall dan dihadiri hampir 100 ahli yang terdiri dari Isteri, anak-anak serta keluarga Ahli, selain menyerahkan bantuan dalam bentuk Hamper kepada lebih 60 unit kepada Keluarga serta anak-anak Ahli PBBSI yang telah menjadi Anak Yatim diatas kehilangan Ibu Serta ayah mereka mendahului kerahmatullah meninggal dunia  serta Rakan-rakan yang kurang bernasib baik. 
Reunion 2011 tersebut juga turut disulam dengan pelbagai aktiviti dan persembahan, Tidak dilupakan juga sumbangan bagi menjayakan Majlis tersebut, diantaranya seperti Mamat Khalid (pengarah filem), Aris Ariwatan, Bombay, Akhil Hayy, Rosdan (bloodshed), Brother Nan, Kumpulan Teja, Kumpulan May, Kumpulan Ikrar, Kumpulan Angle Heart, Sdr Jinggo(pengarah) dan banyak lagi yang turut menjayakan persembahan dimalam tersebut dan Paling Panas bila Rosli Mualim (guitarist Sweet Charity) juga turut hadir sebagai Jemputan turut mengambil bahagian dengan persembahan Guitar Solo serta bersama Jemming dengan Kumpulan-kumpulan 

Brother Nan 
Sementara itu teman sempat bertanyakan kepada salah seorang dari Ahli PBBSI yang juga paling aktif dan banyak membantu dalam program PBBSI dsri segi penyediaan Jamuan atau Katering dikebanyakan Program PBBSI termasuk dalam REUNION PBBSI 2011 lalu yang dihadiri hampir seribu Ahli.
Menurut Usahawan Katering yang berjaya ini, Insyallah saya amat berharap reunion kali ini dapat diadakan di Stadium kerana kehadiran yang amat-amat memberangsangkan kami, Brother Nan jua merupakan tulang belakang yang banyak membantu terutama semasa PBBSI menjayakan Konsert Pulang ke Ganggaang oleh penyanyi Evergreen Jamal Abdillah di stadium Indera Mulia baru-baru ini.

'Mungkin ramai yang tak tahu, contohnya semasa Reunion PBBSI 2011 lalu bila tanpa dijangka dihadiri oleh hampir 1000 ahli dan keluarga di Town Hall begitu di luar jangkaan, Saya juga berharap dan mencadangkan kali ini kita patut adakan di Stadium bagi menampung kehadiran Reunion 2012 yang bakal diadakan, 

Saya akan cuba membantu PBBSI dan ini sahaja cara yang boleh saya membantu dan mungkin ramai yang tak tahu Sdr Garry datang berjumpa saya semasa Reunion 2011 yang lalu apabila Duit Collection yang terhimpun semasa reunion tersebut pun tidak cukup untuk membayar tempahan Catering. Sebenarnya saya faham dan sebagai salah seorang dari PBBSI memang niat saya mahu membantu, hanya inilah sahaja cara yang saya dapat membantu. Saya agak kesal bila ada yang tidak senang dengan KELUARGA BESAR PBBSI ini membuat pelbagai andaian yang kononnya Kemana Hilangnya duit kutipan Reubion tersebut, sekalipun hanya mampu membayar separuh dari kos bukan soal utama, yang penting saya sebagai diantara Ahli PBBSI lebih mementingkan Majlis dapat berjalan dengan baik serta lancar menjadi Soal Utama. Hanya mereka-mereka yang terlibat dari mula Reunion yang pertama hingga ke 2012 cukup maklum terutama Garry berusaha menjayakan Majlis tersebut sehingga berjalan lancar   

Insyallah saya tak akan serik, Beliau juga berharap dapat membantu dari segi jamuan dalam apa sahaja Program PBBSI, Memang saya amat berpuas hati menjadi salah seorang diantara yang dapat menyumbang PBBSI. Memang saya gembira serta berbangga dapat membantu... 

Serikandi PBBSI yang turut Hadir membantu
Tidak ketinggalan juga Majlis turut dibantu Isteri-isteri ahli serta anak-anak keluarga PBBSI, Majlis yang bermula dari berbuka Puasa bersama anak yatim dan pemberian sumbangan diakhiri denga solat Tarawih berjemaah bersama-sama anak yatim di pejabat PBBSI. 

Teman secara ikhlas mengucapkan tahniah kepada Keluarga besar PBBSI yang aktif membantu terutama kerja-kerja sosial begitu mulia. Di Pagi sehingga Petang tadi juga sebelum Majlis PBBSI ini teman juga bertemu Sebahagian Ahli-ahli PBBSI yang turut bertungkus lumus di Program Memasak Bubur Lambuk yang dijayakan bersama dengan Mydin Meru dan Nestle di Ruang Legar Pasaraya Mydin meru. Sebanyak 100 periuk dihasilkan dan di turut dihadiri serta diagihkan oleh Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir

Apapun Teman nak ucap terima kasihdan tahniah kepada PBBSI, teman doakan niat Ikhlas kalian mendapat berkat serta direstui oleh Allah swt. Kecoh memang Kecoh, mana ada Mat Rock dalam dunia yang menjadi NGO serta merancang serta membantu yang memerlukan selain menjadikan PBBSI satu keluarga besar merancang serta merapatkan saliturrahim sesama sendiri mengakrabkan setiap keluarga PBBSI termasuk membantu anak-anak yang punya arah tuju serta masa depan genarasi mendatang. Tak Sabor yop nak tunggu ketibaan REUNION PBBSI 2012 nanti... 


Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND