21 Disember, 2017

ANTARA NIKMAT, KEIKHLASAN DAN BERSYUKUR

ANTARA IKHLAS DAN HARAPAN :
Bertemu seorang sahabat dan sembang ttg kehidupannya yg amat sederhana sbgai penjawat awam.

SEBELUM INI :
Sudah banyak kali apa yg dia hajati tidak tercapai tetapi dia tetap riang gembira dan bahagia.
- Hajat nak beli seluar baru utk gantikan yg lusuh dan tidak kesampaian diganti sbb setiap kali berhajat maka akan ada keperluan lain perlu didahulukan, yuran tuisen anak, barang dapur, roadtax kereta, bil air dan letrik serta byk lagi yg perlu didahlukan...

- dah bertahun lamanya masih blm dapatkan juga walaupun sehelai seluar yg baru. Bukan dia tak mampu dan boleh saja dapat gaji atau imbuhan terus jer beli... Tapi dia tidak juga begitu. Semak apa yg perlu diselesaikan dulu ttg anak-anak dan rumah...

- pernah mendapat imbuhan dlm jumlah yg besar, kekadang hajatnya ditinggikan sikit, nak dapatkan laptop baru, talipon baru yg mmg kegunaannya amat diperlukan. Mampu ketika itu tetapi dia tetap utamakan kepentingan anak-anak, isteri dan family... Masih tidak kesampaian...

Inilah jadinya dia.nak kata makan minum kekadang dgn family direstoran boleh, bawak melancung family pun boleh tapi seluar tetap tak beli-beli... Pelik gak. Bukan kedekut bukan tak mampu tapi masih tak beli...

Kesempatan jumpa dan sarapan bersama tadi sempat juga bersembang dan berbual... Teman pun sikit demi sedikit pusing tajuk utk tahu apa rahsia disebalik misteri tak beli seluar baru...

Mat jadi apa azam tahun baru miker?

Tak da apa haji semua dah cukup utk teman dan family, byk lagi org susah biorlah doa dan azam dema tuhan makhbulkan.

Ia benor tak kan takda azam atau hajat miker untuk tahun baru nie?

Hahahaha... Gelak besor mat dengor pertanyaan teman... ' ialah kalau ada rezeki adalah sale hujung tahun baru nie dapat teman nukor seluor kerja'... Sambil gelak besor mat.

Kalau macam tu Mat teman doakan miker berjaya dapatkan seluor baru kot sekarang tgh sales tahun baru atau nak krismas nie. Lagi pun miker kan nak dapat bonus...

Gelak Besor Mat dengor ayat teman...
Terima Kasihlah Haji, doakan utk teman...
Tapi doakanlah jugak tak jadi (dapat seluar baru) biorlah teman tak dapat lama sikit...

Miker dah kenapa? Org doa utk dapat miker tak nak pulak... Pening yop.

Bukan apa kata Mat....
Sebenornya setiap kali teman nak ganti seluor baru ada jer nak pakai duit, duit masuk U lah  masuk kolej la, tuisyen la memacam lagi.... Jafi teman dulukan ler dulu...

Abih tu tak kan nak nukor seluor baru tak boleh kot. Penjam mata jet pegi beli. Nie miker nampal ler yg lubang tutup berotas sana sini... Tak rasa bebai ke...

Kata Mat tenang...
Teman sebenornya rasa Puas sesangat bila dapat bantu anak-anak dan family didahulukan. Lega benor kalau teman dapat selesaikan hal anak beranak dulu. Nikmat dan bersyukur sgt bila dapat selesai hei-hei macam nie...
Tak sama haji dgn apa ada hei psl nak nukor seluor jer...

MAMAK! MARI KIRA....!!! BERAPA?
Terkebil-kebil mata teman dengor ayat Mat!

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND