20 April, 2018

CALON TEPAT DI DUN IPOH TIMOR BOLEHKAN BN MENANG KALI INI


BN PATUT LETAKAN CALON MELAYU DI IPOH TIMOR KALAU NAK MENANG!
Terpanggil dgn beberapa pertanyaan sahabat dan rakan yg minta pendapat teman ttg DUN Tebing Tinggi Parlimen Ipoh Timor mampukah ditawan oleh BN?

Tidak timbul soal siapa layak dan siapa yg punyai kerusi disetiap Dun, dalam BN jika ada yg masih menentang dan mrndongkah arus bermakna kesetiaannnya sama saja level puak PH Dan DAP. Bermaksud luaran dan dalaman amat ketara bezanya kesetiaan jika masih betkeras mahukan seat yg jelas kemenangan akan memihak dgn faktor calon.

Bukan pekara baru, kesetiaan sebenarnya telah terbukti dimana bila kita lihat UMNO seolah keazali akan bekerja di DUN Tebing Tinggi, Ipoh Timor walaupun bukan milik mereka dgn setiakawan dan patuh arahan presiden Parti demi Ukuwah dalam BN sendiri. Tidak timbul soal siapa yg punya hak dikawasan atau DUN, apakah BN wajib penuhkan hajat parti walaupun kita terpaksa menerima kekalahan awal?
Apakah Parti lain dari UMNO tak perlu ada pengorbanan atau kesetiaan yg harus dikorbankan?
Bukankah BN kini mencari resolusi kemenangan dan mahu mencipta krmenangam selesa dua pertiga. Malah bukan sahaja di Ipoh Timor tetapi dikawasan dan Dun yg lain jika faktor calon boleh menjadi sebab kemenangan kenapa tidak? Kenapa masih mahu menurut keangkuhan lain dan terpaksa menerima kekalahan awal sebelum berjuang.

Kalau tak cuba macamana nak jadi, kalau dah tahu kenapa tak bertindak? Jangan sia-siakan peluang yg ada, kalau nak menanglah. Lagi pun seluruh jentera bekerja keras dgn masa, tenaga dan kewangan yg terpaksa ditanggung hanyalah utk meraih kemenangan bukan suka-suka, lagi pun soal perjuangan bukan soal hak dan kuasa dalam BN.

Bagi pemilihan tak perlu ada andaian, demi kemenangan letaklah Calon Winable Candidate bukan soal siapa punya tempat dan jaga hati, Jangan ada perangsaka sebelum memilih tepat. Seandainya kerusi milik kompenan lain seperti MCA, Gerakan, MIC atau yg lain-lain, tak perlu khuatir sebab mereka juga boleh buktikan kesetiaan mereka seperti UMNO, soal kalah sebelum ini bukan mereka sahaja yg terpaksa hadap, jentera lain spt UMNO juga masih tekun bekerja sekalipun terpaksa menghadap nasib yang sama setiap kali PRU menjelang. Letih la beb...

Sudah jelas jika kekalahan terpaksa diterima lagi maka bemuhasabah dirilah dan jangan menunding jari jadikan sebab lain ttg sikap pengundi, kekuatan parti, trend pengundi, sokongan dan banyak lagi alasan yg disenaraikan awal, sedarlah bahawa jari yg menunjuk satu yg menunding sendiri ada empat.

Ipoh Timor adalah kawasan yg panas dan dikatakan kubu kuat DAP dan BN tidak pernah menang kerana kelebihan kaum Cina yg menjadi majoriti besar pengundi. Bagaimana pun bila persempadanan semula oleh SPR senario jelas berubah dimana kaum Melayu mengatasi dgn kelebihan hampir 54% pengundi di DUN Tebing Tinggi, Ipoh Timor.

BN sepatutnya advance dari segi pemilihan calon bilamana dua parti yg telah mengumumkan calon mereka lebih awal. DAP yg sekian lama mendominasi DUN Tebing Tinggi  Ipoh Timor telahpun meletakan Calon Melayu mewakili DAP Prof Aziz Bari manakala PAS meletakan Sdr Roslan sebagai calon DUN kerana mereka sedar tentang majoriti kaum Melayu didalam DUN.

BN boleh menang dgn yakin jika calonnnya tepat, dan bukankah hampir 40% pengundi Kaum Cina boleh menjadi penentu dan masa inilah paling tepat bagi MCA dan Gerakan membuktikan mereka juga boleh setia dan berjuang demi kemenangan utk BN?
Terpulanglah jika ada yg mahu lebih risiko dan dari awal menyediakan pelbagai senarai menu sebab kekalahan yg ditinggu.... wallahualam...
#gengPCT

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND