31 Januari, 2021

NEGARA PERLUKAN DOA


 

Salahkah usaha dakwah ketika kita rakyat sdg tertekan, dunawi pula jadi rebutan, segala usaha utk syiar islam dilupai malah diguna pakai utk kepentingan diri, usaha membantu dijadikan bahan fitnah, kegagalan ditunding salah kpd yg lain, 


Bukalah pintu masjid seluasnya, mereka yg hadir adalah yg taat kpd Suruhan Allah swt dan ingatan Nabi Junjungan Muhammad Rasulullah, mereka juga amat akur kepada pemerintah. Mereka juga ke Masjid kerana Mahu Mati dalam memenuhi tuntutan dalam Agama. Taat kepada Allah serta Nabi Muhammad saw. 


Adil lah kpd Ummah, ketika ini sepatutnya berpusu kita kuatkan Amal, Beriman dan mengenal diri saat diuji, di rumah Allah inilah sepatutnya kita redho dan mendapat segala panduan ilmu serta berkongsi dgn ummah apa yg perlu kita buat mengatasinya. MASYA ALLAH... NEGARA KETIKA INI PERLUKAN DOA.... Doa dan kesedihan yg perlu utk kembalikan negara Aman semula... 


Dimana rukun iman kamu? Sudah lusuhkah kamu tentang kepercayaan kamu keatas Tuhan yg maha melakukan? Bukankah Allah turunkan musibah sebagai pengajaran, maka Doa Rakyat perlu disampaikan kepada Allah, sholat Hajat, berjemaah menandakan umat akur dgn dugaan dan mohon pertimbangan Allah swt supaya Allah dapat perkenan spt yg dia minta supaya kita berdoa dan memohon kepadanya 


Tolonglah, Jangan diberi alasan bagaikan rumah Allah ini tempat berkumpul penjenayah. Berilah Apa sahaja peraturan dan sop duniawi, In sha Allah pasti kami turuti, kupakah anda dimasjid ini juga kami hadir kerana Taat dgn perintah Allah swt... apalah sukarnya perintah dunia demi kebaikan. Pekara baik juga wajib dipatuhi sebagaimana Tuntutan Islam... 


Tidak kah kamu dapat bandingkan harga Islam itu dari kepentingan kuasa politik? Tidakah kamu terasa hari ini jauh sangat bezanya negara kita dgn masjid seluruh dunia. Apakah jemaah ini penjenayah Melihat Polis dan Tentera didalam Masjid dgn bersenjata menjalan tugas buat jiwa kita merintih kesedihan... kami datang buat Amal dan mengerjakan tuntutan Allah swt. Kami bukan dtg menghabiskan masa berpoya di shopping mall yg tentera dan Polis ditegah ganggu....


Tidakkah kamu nampak Masjid-masjid di Madinah Munawarah, Makkah Mukaramoh dan Tanah Haram sekali pun, tidak ada tentera atau polis yg bukan islam, tiada sebarang senjata yg dibawa masuk kedalam Masjid. Kalau mereka hadir hanyalah utk bersama memenuhi tuntutan agama atau bertugas. Dimanakah mata dan hati kamu? Apakah hanya nampak Kuasa, Harta dan kesinambungan kesenangan duniawi kamu sahaja yg perlu diteruskan.  


Cukup-cukuplah soal dunia yg menghampiri Akhir zaman, jangan jadikan Fitnah, kekayaan, kuasa, kezaliman sebagai rukun Iman kamu, terimalah kegagalan, bukalah hati cari keikhlasan, bertaubatlah seperti dituntut kerana ianya membersihkan hati, kembalilah kepangkal jalam jika jauh tersesat dan terimahlah Musibah dan belajarlah kesilapan sudah serta ambil sebagai pengajaran.... dunia hanya sementara. 


Kalau kita lemah, carilah keupayaan kalau kita Gagal carilah jalan penyelesaian. Kerana segala kemusnahan jangan dibiarkan berterusan. Jangan tambah soalan dan hukuman bila kita sudah kealam Barzah. 


 Perlu ingat disitu juga kita akan menagih Doa... persoalannya adakah kita sudah tinggalkan rukun iman dan jadikan anak kita sebagai Anak yg soleh? atau kita tinggalkan harta, kuasa politik dan segala sifat buruk kita didunia utk mereka. Apakah kita menunggu dan berharap kehadiran doa seorang anak yg solih... Wallahualam...


Terima kasih Mualaf, peliharalah jiwa, akidah serta iman kamu supaya ianya tidak sehitam mereka yg hanya mengaku islam utk dunia . Sesungguhnya kami bersyukur dgn hidayah keatas mu... bersabarlah, berdoalah.... In sha Allah pintu masjid akan terbuka luas utk kita bersama dalam satu saf.... doakan Takbirrr

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND