21 Januari, 2021

SIDANG PARLIMEN DARURAT?

 



SIDANG PARLIMEN DARURAT? Dalam dunia yg lebih canggih dan Kementerian yg ada, Bukan Mustahil. Berbeza pendapat dan pemikiran malah yg menjadi kusut bila ada yg fikir utk memutar belitkan fakta dan ayat apa sahaja info yg dituntut rakyat ketika ini.

Dua perkara yg amat berbeza. Darurat adalah sekatan pemerintah dan Sidang Parlimen adalah tempat perbahasan utk hal rakyat dan negara. Rakyat nak tau apa hal yg sebenar bukan dari sumber pemutar belit fakta si ‘Penjilat’ yg kita katakan tadi 

Bukan kah kita ada SKMM? Tak kan tanggung jawab mereka hanya memantau? Kalau lebih efisen dah boleh saja dgn kerjasama dgn lain buat siaran lansung dan secara online ( sidang video) tanpa perlu pun ke parlimen atau berhimpun ramai. Tak kan tak sedar ‘ mat bangla pun dah pandai buat sidang video antara mereka dlm musim covid’ lagi pun MP kalau tak aktif pun setiap bulan ratus juta jugak digajikan. 


Bagi rakyat tau secara live fakta dan maklumat sidang, kalau nak hadkan pun buatlah... aturlah dgn baik dan rancang dgn teliti dan ambil la masa lama mana pun. Tak kan nak buat macam tu pun samapai berbulan sdgkan blh je rakyat buat. Dlm sehari dua je! 


Elok juga pun kalau sidang macam nie banyak benda dan gangguan boleh diatasi, contoh macam jelutung yg selalu melalak tak tebtu pasal dan tak tentu masa. Dah tentu tak ada gangguan semak macam ni lagi, dgn sayu sentuhan dah boleh mutekan apa yg dia lalakan. Secara peribadi teman setuju jika sidang parlimen diadakan dgn harapan fakta dan maklumat tepat akan kita perolehi, dan disinilah semua MP berbahas tentang keperitan dan masalah rakyat ketika ini. Elok mereka berbahas kenapa perlu disekat dan idea yg boleh membantu tangani dan hapuskan covid supaya Darurat boleh di tarik balik 


Kenapa tidak? Pertama jgn jadi golongan ketiga yg teman katakan tadi. Sebaik apa sahaja cadangan baik akan diputar belitkan. Sesungguhnya ini yg terjadi. Ketika rakyat mahukan info terkini dan tepat mereka sebagai soldadu penjilat akan putar belitkan apa sahaja. Bukan susah mana pun cuma semua fakta dikaitan dgn kemarahan rakyat, jadi berpusu-pusulah yg akan menjawab dan tak kurang juga terlalu marah akan maki hamun dgn sikap mereka. 


Apa sahaja ketika ini semuanya soal parliemn atau darurat atau kegagalan tindakan akan pastinya pergi ke soal Makamah, Najib dan Zahid. Pusing tang mana pun dema konar kesitu. Muntahlah yop kalau berbalik kesitu. 

Sehingga sekarang pun masih belum ada kes makamah yg gugur. Dan siapa pula yg sdg berebut kuasa? Apakah strategi sebaliknya? Adakah mahu guna pakai cara yahudi? Memghukum seseorang dan create hukuman atau rancang kejadian supaya dilihat aib dan bersalah?


 Tanyalah sapa pun, adakah manusia kat Malaysia ni yg nak Darurat sebab Covid selamanya, tentunya tidak. Kalau boleh dalam seminggu dua covid ni terhapus terus lagi baik dan darurat pun boleh ditarik balik. Yang peliknya gooingan meracau ni nak Darurat sampai bila, satu dua atau sepuluh tahun? 

 Inilah keburukan yg merekalah puncanya, jangan dilihat kecil ttg segala perlakuan mereka kerana dalam keadaan negara dilanda wabak Covid pelbagai kerosakan boleh melarat dan tercetus. Lebih membimbangkan lagi bila tukang sekat juga dari golongan mereka.


Kesan nya muhibbah akan hilang dan sifat buruk seperti rasis dan fitnah memfitnah akan menyerap dijiwa san minda rakyat secara pelan-pelan. Tak caya? Cer komer tengok Drama petang-petang asik tunjuk cerita macamana jahatnya dema buat fitnah buat rancangan jahat, inaya orang, upah fitnah, bunuh la memacam lagi... kesannya tengoklah kan dah jadi betui sekarang dah macam contoh pulak kat drama bukan bagi pengajaran... 


Rumusannya secara peribadi ‘ Teman sokong kalau ada sidang Parlimen secara online yg bahaskan tentang terkini dan salurkan fakta benar dan perjuangkan nasib rakyat dan Negara... On jer... tapi jangan tanya kerajaan dan majoriti sebab aku tak boleh jawab. Takda fakta yg betui beb. Haaa masukkkk... berhemah yer, kawan teman semua berakai kan...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND