Memaparkan catatan dengan label IKRAR PERWIRA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IKRAR PERWIRA. Papar semua catatan

01 Jun, 2013

KISAH BENAR 6 (EPISODE AKHIR) ANWAR BERTEMU KETUA PENGGANAS! APAKESUDAHANNYA?


Anwar akhirnya dapat juga bertemu dengan General yang sebenar. Dalam keadaan kesakitan dan didera begitu teruk sekali sebenarnya tidak mematahkan semangatnya.dia nekad menempuh apa sahaja yang menghalang, lagi pun seperti kata pembantunya inilah cabaran terakhir. Maka Anwarntidak akan sesekali menyerah. Dugaan terakhir ini pasti dia tempuh walau apa pun yang akan terjadi.

Kepada sesiapa terutamanya yang baru pertama kali mengikuti cerita Kisah Benar yang teman posting kan sebelum ini, episode ini juga merupakan episode terakhir... Bagaimana pun jika anda tertinggal siri sebelum nya dan berhasrat ingin mengikutinya,...sila KLIK di episode yang anda mahu ikuti... dari episode pertama, episode2, episode 3, Episode 4, Episode 5 dan seterusnya episode sekarang yang juga merupakan Episode Akhir

Anwar disuruh bangun sekali pun dalam keadaan sukar akibat kedua-dua tangan yang terikat belakang. Sebaik dia melihat General yang sebenar, tiba-tiba semua dalam kem mereka terus membisu bila boss mereka merenung tidak berkata sepatah ayat pun dari mulutnya... Sepi sekejap yang hanya ada lakunan drama kaku yang semua pengikut dia jugak terdiam melihat gelagat
Ganeral yang pelik

General Ayob terus menerkam Anwar dan terus memeluk Anwar yang tangan nya masih diikat memanggil nama My Brother Anwaro.. Brother.. brother... General terus membuka ikatan di tangaan Anwar dengan begitu gembira sekali kerana idak menjangka dapat bertemu lagi...
Rupanya General Ayob yang dimaksudkan ialah pembantunya sebelum ini ketika Negara mereka mula bergolak sebelum ini ( Episode 5)

Kelihatan merah padam muka General dan sebaik selesai membuka ikatan tangan Anwar dia terus memanggil semua yang diarahkan membawa anwar berjumpa nya. Belum pun diantara mereka mahu bersuara menjawab... apa lagi pakat semua dapat sepak dan tumbukan Free masing-masing sambil General berkata Ini balasan buat kamu semua yang memukul orang yang tidak upaya melawan sebab tangan yang terikat!

Anwar juga memujuk Ayob berkata, dia tak kisah dan tak ambil hati, sebaliknya sudah memaafkan mereka untuk apa yang telah mereka lakukan

Nasib generasi dan bangsa mereka akibat peperangan

Tak puas geramnya Ayod pada anak buah yang mendera, dirampasnya senjata dari mereka dan terus jab (hentak bontot senjata) dan menendang semua yang didepan nya sementara yang lain hanya berani memerhati dan senyap, semuanya dapat Free jer dari General Ayob kerana mendera Anwar. Ayob menyoal dan mengherdik dan berkata... Yang ini pulak sebagai kamu tidak menghormati My Brother!

Anwar akhirnya dilayan dengan baik oleh General dan pengikutnya. General nyata begitu suka kerana dapat bertemu Anwar, rupanya pembantu anwar semasa kali pertama dia menjejak kaki kebenua Afrika kini menjadi orang besar dalam peperangan antara mereka.

Ayob juga menceritakan bagaimana peperangan mengheret negara menjadi hancur bila ada sekumpulan atau golongan yang sebelum ini menjadikan huru hara malah negara tidak lagi aman malah menjadikan negara miskin, hancur, diserang wabak, kebuluran dan macam-macam lagi yang akhirnya rakyat sudah

Kerana mereka lah (memberontak dan mengulingkan kerajaan) negara kami kini tidak punya masa hadapan, malah lagi teruk dilanda pelbagai musibah, dan atas dasar itulah kita dan yang lain memburu dan membunuh mereka sekalipun sesama bangsa sendiri, bagi kami mereka mesti bertanggung jawab atau pun tidak boleh dimaafkan lagi, kerana mereka lah yang mengheret negara kearah peperangan yang berakhir dengan pelbagai kemusnahan dan pembunuhan rakyat yang tidak berdosa termasuk Kanak-kanak. Tindakan mereka hanya kerana mahukan kuasa tanpa memikir apa nasib rakyat dengan tindakan mereka yang menjatuh dan memusnahkan negara mereka sendiri

Perundingan bersama General sebenarnya juga tidak mengubah perinsip mereka, dia berkata Kami tak boleh bertolak asur kerana prinsip kami. Bagaimana pun saya tak kata kami akan menghalang kamu dari meneruskan usaha kamu, kita tak pernah berbincang dengan sesiapa pun kan? Kata nya kepada pengikut nya yang lain... Semua mengeleng dan kata tidak.. Tak pernah, tak da pun... Sambil dia senyum kepada Anwar seolah tiada sebarang pertemuan antara dia dan Anwar atau pun Berbincang soal ini, dalam erti kata lain mereka buat-buat tak nampak ataupun buat-buat tak tahu...

Sebaik Anwar mahu balik ke tempat konvoi dia yang menunggu. Ayob menegur anggotanya yang disuruh menghantar atau mengiringi Anwar keluar tanpa mata ditutup. Ayob selamba sahaja menyindir anggotanya, Jangan kamu inaya dia lagi... Jangan kamu rasa hebat kerana adakah kamu tahu sebenarnya dia boleh pulang sendiri tanpa bantuan kamu sekali tertutup matanya, apa lagi bila matanya boleh melihat! Jangan nak tunjuk hero kepada dia yang tangan tidak terikat dan mata tidak tertutup! Aku cukup tahu kemampuannya, jangan sesekali pandang rendah keupayaan dia...

Kekurangan ubat-ubatan, setiap hari bertambah angka kematian
Anwar meninggalkan Ayob dengan pelbagai rasa, gembira, sedih, musykil dan macam-macam lagi menjadi pertanyaan buat dia, elok sahaja dia berjalan tak sejauh mana tiba-tiba Ayob menjerit memanggil ... ANWARO MY BROTHER... ! Sebaik Anwar menoleh... Ayob tangan kanannya menunjuk di pinggangnya manakala tangan kirinya menepuk-nepuk ke alatan serbaguna yang tersimpan dalam sarung yang terlekat di pinggangnya. Dia cukup berbagga dan menyimpan dengan baik yang dia bawa bersama kemala sekalipun... Kata Anwar pada teman, sehingga sekarang rasanya dia tidak tahu saya beri bukan yang original made from swiss...

Begitu lah sedikit sebanjak kisah yang teman dapat posting di blog teman. Ada lagi beberapa peristiwa yang saya belum ceritakan pada anda, antaranya bila dia menyelamatkan Hakim bila makamah diserang kerana ketidak puasan hati bila rakan pemberontak dan menyerang makamah untuk menyelamatkan rakan mereka. Cubaan membunuh hakim tersebut akhir gagal dan menghairankan mereka bagaimana Hakim dapat meloloskan diri... Anwar yang sebenarnya menjadi penyelamat kepada hakim tersebut

Teman juga nak ucap terima kasih kepada semua yang mengikuti dan menunggu setiap sambungan episode. Teman berharap segala cerita diatas boleh dijadikan panduan. Pandangan, keburukan, dan apa sahaja yang boleh kita jadikan tauladan dan paling penting menghargai kehidupan kita yang cukup aman dan damai, negara yang makmur dan maju...

Insyallah, jika diizinkan selepas ini teman akan cerita dan bongkar pula Kisah Sebenarnya BLACK HAWK DOWN yang pernah menjadi cerita box office lakunan bruce wilies... Insyallah tunggu...

31 Mei, 2013

KISAH BENAR 5 : ANWAR KENA BELASAH



Apa Kesudahan nya terjadi kepada Anwar? Adakah dia didera dan diserang kerana berkeras mahu bertemu ketua Pemberontak? Apa sekali pun dia tetap berkeras mahu berjumpa General Ayob. Pembantu beliau dan rakan yang ikut menyertai misi kemanusiaan begitu gementar dan paling menakutkan kerana belum ada yg berani mahu bersemuka dengan General Ayob. Sebelum ini mereka amat tahu apa kesudahnya setiap kali sesiapa sahaja yg bertemu dengan Ayob tak akan kembali kebanyakannya, kata mereka bagai mencari Nahas atau menghantar nyawa

Sir... Are you sure still want to see Ayob The General?... Pembantu nya  memberi pandangan, malah dia sendiri menasihat Anwar tentang risko yang bakal dihadapinya, Tuan Kita punya masa lagi untuk beredar atau berpatah balik ke Kem kita dari sini kalau ingin selamat. Terlalu bahaya tuan kita boleh tidak tahu sejauh mana mereka boleh diyakini, mungkin mereka belot dan mungkin kita boleh diambush bila-bila sahaj...

Anwar terus menjawab, Saya hanya seorang tetapi mereka lebih ramai yang perlu diselamatkan... Mereka mesti kita bantu, ajal maut ditangan Tuhan, biarlah risiko nie saya ambil dan tidak membabitkan kalian. Kalau apa-apa terjadi saya arahkan kamu supaya berpatah balik ke Kem kita...


Hampir 45 minit nampaknya tiada apa pun berlaku dan tiada tanda-tanda kejadian atau respon sebaik kumpulan anak-anak tadi yang sudah pun menghilang diri dengan menyelusup semak samun berhampiran sehinggalah pembantunya menegur Awar, Sir here they are... Sambil mencemus memuncungkan bibir menunjukan kearah kehadiran beberapa orang dewasa yang hadir menuju ke mereka. Jagan risau, biar saya yang bincang dan selesaikan dengan mereka.

Kali ini bukan kanak-kanak lagi tetapi orang dewasa yang memikul beberapa kelengkapan perang termasuk bazuka atau pelancar RPG yang ketika ini digunakan oleh pelbagai negara yang bergolak termasuk negara Afrika sebagai senjata pemusnah kereta perisai, boleh disasarkan dari jarak jauh dan yang paling penting kemusnahan senjata RPG ini boleh mengakibat kesan yang besar disasaran. Iebih lagi di mudah digunakan malah boleh dibawa kemana-kemana  dengan Mudah dan efektif

Siapa yang berani sungguh mahu berjumpa General? Tanya salah seorang dari mereka. Yes Sir... It's me, jawab Anwar ringkas. Dia tanya lagi... Adakah kamu tahu akibatnya nanti jika General tidak suka atau mendapati kamu berbohong atau apatah lagi kalau kamu sebenarnya talibarut atau spy yang  mahu mencari tempat persembunyiaan kami.
Kelihatan rakan-rakannya selesai memeriksa dan mengesahkan barangan yang dibawa oleh konvoi bantuan berupa makanan dan ubat-ubatan. 


Anwar masih tertanya-tanya siapa sebenarnya diantara mereka yang sebenarnya General? Look General i dont have any weapon on me. Please let us pass... Sebaik sahaja Anwar berkata begitu mereka gelak besar, Anwar juga keliru dan tertanya-tanya kenapa mereka ketawakan dia.

We are not the General... But we will bring you to our General. Barulah Anwar faham bahawa dihadapannya rupa-rupanya bukan General sebaliknya merupakan anggota General. Setelah berbincang dan mereka setuju atas desakan Anwar supaya jangan libatkan anggota Konvoi mereka, dia sendiri akan mengadap boss besar mereka The General... Bagaimana pun Anwar sudah pun mengarah pembantunya mengambil tindakan sekiranya apa-apa yang terjadi kepadanya supaya berpatah balik ke Kem semula

Anwar terpaksa mengikut syarat mereka bila Matanya di tutup dengan kain, selain tangannya yang juga terikat, pegerakan nya amat sukar bila tangan diikat dan mata ditutup bagaimana pun Anwar berkata kepada saya, sebenarnya komando juga dilatih bagaimana membaca gerakan ataupun membaca dimana kedudukannya sekali pun mata mereka ditutup, iannya ada kaitan dengan bunyi, jenis tanah atau tapak, mengira setiap langkah yang dilalui dan banyak lagi bagi memastikan dari mana dia datang atau mula


Teruk jugak saya didera, disepak dihentak dengan bontot senjata mereka dan macam-macam lagi. Sebenarnya sehingga kini dia masih sakit belakang akibat tusukan bontot AK 47 di belakangnya
Nyata sekali sebenarnya dia tahu bahawa dia dibawa tak kemana sekitar berpusing-pusing di situ, sekejap menaiki bukit sekejap turun bukit. Dia cukup yakin dia dibawa sekitar disitu sahaja berpusing-pusing beberapa kali dan akhir baru lah mengalih perjalanan menuju ke suatu tempat

Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya dia didera semasa dalam perjalanan ke tempat General. Beliau dapat mengagak yang beliau kian hampir ke tempat General apabila mereka yang membawa dia mula menegur seseorang se olah melintasi kawalan kawasan mereka, orang yang ditegur tersebut merupakan pengawal yang mengawal kawasan mereka yang juga awalan pertama yang sesiapa sahaja mahu melaluinya...

Dia mula merasakan kian hampir bila boleh mendengar makin ramai suara lain. Sehinggalah sampai di tempat yang dimaksudkan sekali lagi dia dihentak dengan bontot senjata dibelakangnya dengan kuat membuat dia tersembam seperti sujud ketanah lakukan dia tahu sebenarnya dia sudah sampai ke tempat persembunyiaan General.



Anwar tidak lagi bergerak bagaikan lakunya seperti sujud ke tanah, apa yang mampu dia buat ialah mengecam mengunakan naluri telinga mendengar apa yang di perbualkan oleh mereka, dia agak terkejut bila beberapa ketika selepas itu merasakan tidak asing baginya dan tentunya suara ketua mereka dan rakan-rakannya semasa dari mula mereka membawa dia meninggalkan konvoi yang bersama beliau sebelum ini.dalam keadaan tunduk sujud pun masih ada lagi yang terus menyepa dan memderanya. Mungkin sebelum General hadir mereka tak lepas peluang untuk mendera nya

Dalam dia terus tersembam atau seperti sujud dia mendengar seperti ada seseorang hadir dan dberi hormat, setelah beberapa kali mereka bersembang ikatan penutup matanya di buka, lalu disuruh bangun... 

Nak tahu kesudahannya? Adakah Anwar selamat ataupun terus dibunuh seperti yang pernah pembantunya memberi amaran. Berjayakah dia menyelesaikan misinya? Ha ha ha... Nak tahu kenaler ikuti sambungan KISAH BENAR EPISODE 5 nanti yang juga merupakan episode akhir untuk cerita Anwaro di bumi Afrika...

29 Mei, 2013

KISAH BENAR 4 : WELLCOME ANUARO! @ THE TRUE GENERAL




Adakah Anwar dapat bertemu dengan ketua pemberontak? Adakah dia berjaya dalam misinya? Tentunya pemberontak ini bukan calang-calang orangnya, mereka sanggup membunuh sehingga ke anak kecil jika mereka dapati sesiapa sahaja yangcuba berpaling tadah, malah mereka sanggup membunuh orang tua sehingga anak kecil didalam buaian kerana bagi mereka yang mengkhianat kepada negara sehingga hancur ketika ini nampaknya tidak akan diampunkan melainkan hukuman bunuh...

Terima kasih pada yg telah fari awal mengikuti cerita kisah benar pengalaman komando elit kita dari unit Paskal leftenan Komander Khairil Anwar yang menceritakan pengalaman nya semasa di sana benua Afrika bukan sahaja memperlihatkan kemiskinan malah kekejaman memang jelas terbukti oleh kerana ada sesetengahnya mengheret negeri mereka dengan kancah peperangan kononnya tidak berpuas hati, sebaliknya sehingga sekarang negara mereka sebenarnya tidak aman, kerana percaya dengan hasutan maka negara digulingkan sehingga kini kita sebenarnya cukup menyedari negara hasil dari digulingkan sebenarnya tidak akan berakhir dengan keamanan

Berjayakah Anwaro bertemu dan mendapat leizinan Ganeral Ayob (bukan nama sebenar)? Akan saya ceritakan nanti, tetapi kali ini ingin saya menseritakan sedikit bagaimana Lt kmdr Anwaro juga terlibat beberpa kali misi kebenua Afirka sebelum ini

Sebenarnya sebelum peristiwa yang sudah saya ceritakan dalam episode kisah benar 1, kisah benar 2 dannjuga terakhirnya Kisah benar 3, Anwar memang pernah ditugaskan di benua afrika sebelum ini, cuma semasa kali pertama beiau disana ketika itu negara Afrika belum bergolak, ia ditugaskan disana ketika itu masih belum bergolak tetapi tanda-tanda pemberontakan sudah dilihat, teman ceritakan sedikit apa yang teman berkongsi dengannya...

Semasa saya sampai di kem base untuk saya menetap disana, saya masih ingat lagi saya dipertemukan dengan seseorang yang bakal menjadi juru pandu saya sepanjang saya disana.
Kami bertemu  ketika saya dalam kemah yang hanya ada katil lipat askar. Saya duduk bertentangan dengannya sama juga dia yang ketika itu duduk diatas katil, sedang kami berbual dan berkenalan tiba-tiba saya terdengar bunyi berdesing (bunyi bila bom yang sampai)

Bom tersebut jatuh berhampiran kem kami, walaupun ianya selamat dari jarak kemah mereka tetapi berdesing telinga dan mengegarkan, tanpa disedari secara otomatik saya terus menyorok dibawah katil bila beberapa butir bom terus meletup yang jatuh berhampiran kem mereka. Apa yang saya mampu buat hanyalah cuba selamatkan diri dengan menyorok dibawah katil sehingga lah seketika saya di tepuk oleh pembantu saya tadi yang tetap duduk diatas katil yang berhampirannya... Sir... Wellcome to My Country...

Saya bingkas bangun dan bertanyakan kepadanya apakah dia tidak takut dengan Bom tersebut, selambaj er dia menjawab, mati dimana-mana sahaja boleh mati, mungkin ini kali pertama tuan kesini, tak mengapa... Tuan akan dapat membiasakan diri nanti. Itulah kisah pertama kali bila dia mejejak negara benua Afrika...

Dia banyak membantu saya, memang dia punya banyak pengalaman, dia ditugaskan untuk bersama saya bagi membantu saya sebagai penunjuk arah dan selain itu dia cukup mahir tentang kedudukan musuh dan juga menjadi jurubahasa bagi saya. Dia akan sentiasa bersama dia...

Banyak peristiwa saya lalui dengan dia, lucu dan kadang-kadang ada juga yang saya tidak faham dengan sifatnya. Tapi itulah warna afrika, pernah ketika saya sedang makan biskut (dalam tin) bila dia melihat saya makan dan tak sampai hati melihat dia yang menjeling-jeling saya yang tengah jamah... Saya terus bertanya, anda mahukan ini, sambil menyerahkan satu tin biskut tetsebut, yes... Sir thank you! Bukan dia ambil biskut yang dalam tin sebaliknya dia terus leboh dengan satu tin biskut tersebut, saya difahamkan dia bawak balik terus satu tin biskut tersebut bagi keluarganya.

Pernah juga saya mempelawa dia makan, maklumlah disini kita sebagai tuan mereka hanya sebagai pembantu, almaklumlah makanan bukan mudah disini, dia selamba bawak balik makanan untuk dimakan bersama keluarganya.

Bagaimanapun dia cukup setia apa sahaja yang saya arahkan, malah bila bersama dia dia lebih jujur memaklumkan dengan siapa saya berhadapan, malah dia juga tahu laulan mana yang lebih selamat, adakalanya dia akan membawa saya kelaluan lain kerana tahu jalan yang bakal dilalui penuh dengan jerangkap samar ataupun ditanam dengan periuk api.

Tapi dalam banyak-banyak permintaan nya satu pekara yang saya tidK dapat lupakan, kebiasaan bila saya lepas mandi saya akan trim misai mengunakan gunting lipat yang ada didalam alat pelbagai guna swiss yang sentiasa di terlekat tersarung ditalipinggang saya. Alat begini memang mustahak bukan setakat digunakan dalam siri talivesyen Mc Gaywer kara Anwar berseloroh... 

Setiap kali saya menggunakannya dia akan minta supaya diberikan kepada nya sebagai tanda atau hadiah kenangan kepadanya. Saya agak keberatan mahu menghadiahkan kepadanya kerana saya beli pundengan hargayang mahal kerana ia buatan Swiss yang original, bagaimana pun saya jugak ada membawa satu lagi yang lain tetapi bukanlah berjenama Swiss, yang itu agak murah kerana sebelum saya dapat membeli yang original saya gunakan yang ini dulu katanya

Setiap kali saya mengeluarkan pisau swiss serba guna ini pasti dia akan minta ia di hadiahkan kepadanya sebagai kenang kenagan. Saya juga difahamkan tak semudah di Malaysia untuk kita beli disini, disini benda-benda macam ini memang tidak bolah dijumpai, apatah lagi mereka agakkagumdenganpelbagai kegunaan yang boleh atau mampu alat ini digunakan. 

Akhirnya saya katakan padanya, Insyallah... Tunggu saya akan berikan pada anda, janji saya, saya merasakan tak mengapa lah kalau diberikan satu lagi alat serbaguna ini kepadanya, tetapi kenalah tunggu sehingga saya pulang nanti. Saya juga mat menghargai jasa beliau kepada saya, beliau sanggup berkorban nyawa sepanjang saya disana, kesetiaannya tak boleh dipertikaikan. Saya menganggap dia sebagai adik beradik dengan keakraban beliau serta jasa beliau kepada saya...

Sehinggalah pada satu ketika saya diarahkan pulang ke Malaysia kerana segala usaha pengaman menjadi jalan buntu, rundingan kearah  kedamaian nampaknya menuju jalan buntu, bagi kami petugas dari seluruh negara luar diminta pulang kerana takut sesuatu yang akan berlaku kerana jika negara yang bergolak tentunya kami mana mungkin dapat keluar dengan selamat...

Saya juga sebak dengan pembantu yang saya sering memanggilnya dengan gelaran brother, seingat saya dia juga begitu sebak bila saya terpaksa pulang, apa akan jadi kepadanya tak lah akan saya ketahui, apa yang mampu saya katakan Insyallah we will meet...  Insyallah, sebelum saya pergi sempat saya serahkan alatan serba guna  yang dia inginkan sebelum ini, rupanya dia hampir lupa mungkin kerana sebak untuk berpisah,saya letakan ditangannya dan kata as i promise to you... Jelas dia tak dapat menahan sedih, maklumlah banyak kelebihan yang dia dapat sepanjang bersama saya, apa lagi negara semakin getir akan menghadapi peperangan mana mungkin dapat berjumpa lagi, apa yang mampu saya katakan thank you brother may Allah blest you...

Itulah kali akhir peristiwa yang sukar saya lupakan.  Itulah sedikit sebanyak yang dpt saya ceritakan kepada teman sepanjang teman dan rakan bersam Left Komander Paskal semasa pertemuan bersama dengannya di bangunan Paskal di kem tentera laut di lumut Perak satu ketika dahulu...

Episode akan datang akan saya sambung semula apakah akan terjadi terhadap Anwaro bila bertemu dengan General... Misi akhirnya untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dn makanan ketika negara mereka dlam krisis peperangan... Insyallah

28 Mei, 2013

KISAH BENAR 3 : ANUARO VS THE LITTLE GENERAL

Seikhlasnya teman & rakan berbangga dengan Anwar! Sewajarnya diangkat dan di tabalkan kerana apa yang dilakukan sebenarnya kita berbangga dengan jasanya mengharumkan nama Malaysia dimata dunia, sanggup mengadaikan nyawa dan paling bangga bila dengan apa yang dia buat menjadikan satu dunia cukup hormat dan harumkan negara yang dinamakan Malaysia bumi kesayangan dan kebanggan kita.

Sayangnya Anwar yang teman maksudkan ialah Leftenan Komander Khairul Anwar yang juga merupakan dari unit Komando Elit PASKAL dari Tentera Laut Diraja Malaysia yang berpusat di TLDM Lumut... Teman sudah pun menceritakan kisah pengalaman beliau semasa di benua Afrika seperti Somalia, Uganda dan beberpa negara di benua Afrika sebelum ini.

Bagaimana pun mungkin ada yang menjengah blog teman sebelum ini mahu tahu Kisah Benar 3 sambungan dari sebelumnya (Kisah Benar 1&2)

Pada yang mungkin tidak mengikuti episode sebelum ini boleh ikuti episod kisah benar disini dengan klik di KISAH BENAR 1 dan KISAH BENAR 2 sebelum mengikuti cerita teman KISAH Benar 3 disini, sambungan dari episode sebelumnya bila Anuaro yang akhirnya berjaya melepasi sekatan dilaluan yang penuh dengan Periuk Api. Meninggalkan budak remaja tersebut. 

Sebaik beberapa jam perjalanan konvoi tersebut mereka kali ini berdepan satu ujian lagi rintangan kepada usaha mereka. Kali ini sekumpulan kanak-kanak yg berumur belasan tahun, mengikut anggarannya kumpulan kanak-kanak tadi yang hanya berumur diantara 12-16 tahun seramai 9 remaja nie dari jauh sudah boleh dilihat bagai menunggu kederaan sampai ke tempat mereka. 

Melihat kepada remaja sebaya itu cukup jelas kita boleh melihat betapa mereka  yang cukup ketara berbeza dengan anak-anak kita di Malaysia kita. Dalam keadaan serba daif, kelaparan, pakaian yang tidak terurus dan bermacam-macam lagi bezanyan dengan anak-anak kita yang boleh bermain bersama rakan lain dan paling kita dapat membandingkan nya dengan kita, Jauh benar Bezanya.. tentulah bentuk fizikal anak-anak kita yang cukup segala keperluan kalau mahu dibandingkan dengan mereka yang kurus kering tanpa ada masa depan yang cerah boleh dijanjikan di Negara yang cukup miskin dan hancur dek kerana Perang...  

Pembantu beliau juga memaklumkan kepadanya, inilah rintangan terakhir yang mereka perlu lepasi. Dia juga memberitahu kawasan ini sebenarnya dibawah seorang ketua Pemberontak yang digelar sebagai General Ayob (bukan nama sebenar), dia juga amat digeruni kerana ketegasan nya. Disnilah baru Anuaro faham kenapa mereka boleh bertindak kepda sebuah keluarga tanpa mengira tua atau muda jika mengkhinat perjuangan mereka. Bagi mereka sebab atau punca kejatuhan negara mereka yang mengheret kekancah perangan sukar diampun walaupun sewarna kulit. Bagi mereka pengkhinat inilah yang membawa kehancuran negara merupakan musuh dan dendam mereka mesti dibalas nyawa.

Sebaik turun dari kenderaan Anuar terus memberi salam dan mengangkat kedua tangan dan berkata Peace! We come in peace... Anak-anak muda yang masih kecil dan HIJAU ini kalau mahu bertempur tengan Anwar nie pun belum tentu boleh menang, sebagai seorang komando Anuar lebih bersedia dan faham bagaimana bertindak dengan tanpa senjata. Bagaimana punmelihat mereka dengan pelbagai senjata termasuk pistol dan AK47 buatan russia ini nampaknya anwar perlu berhati-hati

Seperti yang diduga Anwar sekali lagi dihalang meneruskan perjalanan, menurut mereka General tidak membenarkan sesiapa sahaja melaului jalan ini. can I see your general, Anwar berkeras mahu berjumpa general, I Bring food and medic for your brother who realy need it kata Anwar, salah seorang dari mereka mengacukan senjata ke Anwar dengan agak marah...

Dia kata Anwar nie cukup berani nak jumpa General, dia tahu tak yang siapa sahaja yang berani nak berjumpa General pasti tak akan pulang selama-lamanya... Kata pembantu Anwar sambil mengangguk tanda sahih apa yang budak kecil tadi kata memang benar, 

Sebagai seorang komando sudah tentu kita dapat mengagak bagaimana dia tentu berdegil, it's ok bring me to see your General... Desak anwar lagi. Kali ini rakan-rakan mereka menghampiri dan menundukan senjata beliau ketanah, mereka berbincang dan kelihatan mereka mengangguk-anggukan kepala. Anwar merenung pembantunya untuk mengetahui apakah yang dibincangkan oleh mereka, pembantunya terus mengangguk-angukan kepala, they discuss about your demand..

Kelihatan empat dari mereka pergi melihat apakah barang yang dibawa oleh konvoi Anwar, setelah memeriksa mereka melaporkan kepada rakannya yang lain dan berbincang lagi, ketika itu pembantu Anwar berkata they will bring the general to you, kelihatan seorang dari mereka berlari menuju memasuki semak berdekatan dan menghilang diri, lebih kurang dalam sepuluh minit dia muncul kembali dengan seorang lagi kanak-kanak yang agak kurus kering memegang pistol ditangannya, Anwar jelaskan pada teman ketika kemunculan budak tersebut memang kita dapat tengok bagaimana pistol yang dipegangnya jelas begitu berat buatnya, macamana dia nak menembak pun saya tak tau...

Anwar agak bigung... Apakah budak ini yang amat ditakuti dan digeruni? Tak kan lah semuda 13-14 tahun ini yang menjadi pemimpin kepada mereka? Dia terus bertanya kepada Anwar kenapa dia begitu berani mahu berjumpa dengan General sedangkan cukup tahu akibatnya nanti!  Anwar tetap dengan hasratnya dan mengatakan dia datang dengan berniat baik membantu mereka. 
Kamu akan tanggung akibatnya nanti jika kamu berdegil katanya... Anwar menjadi lebih bingung siapa pulak budak tersebut! Apa sahaja kesannya saya sanggup tanggung akibatnya demi menyelamatkan Manusia yang kelaparan dan sakit. Pease general... Kata anwar

Sebaik anwar memberi penjelasan pembantunya berkata ini bukan general yang sebenarnya, Anwar bertanya lagi... Kalau bukan habis tu dia ni siapa pulak, pembantunya menjawab dia ni adala Little General ataupun General kecil... Barulah Anwar faham siapa sebenarnya budak yang baru hadir tersebut adalah General kepada kumpulan pembrontak kanak-kanak...l

Dia nampaknya berkata sesuatu kepada dua dari mereka dan sebaik selesai mendapat arahan mereka bergegas memasuki hutan semak tadi menghilngkan diri, Anda tunggu sini sehingga orang General Ayob sampai, saya tidak bertanggung jawab apa yang akan terjadi kepada anda katanya, dia mengacukan pistol dan menghampiri Anwar meninggalkan rakan-rakannya yang bersedia Mengacukan senjata mereka kepada Anwar...

Apa yang kamu bawa untuk kami? Tanyanya lagi, Anwar menjawab makanan dan perubatan bukan senjata, little general terus menyoal... Dia maksudkan bukan didalam trak tetapi apa yang ada pada kamu? Muatan itu untuk kamu serahkan, apa yang saya maksudkan apa yang ada pada kamu boleh diberi kepada kami. Mendengar apa yang diperkatakan fahamlah Anwar sebagai upah diplomasi untuk mereka, betul lah pembantunya pernah berkata kepadanya kekadang biskut boleh menjadi senjata penyelamat dan menyuruh beliau memenuhi selagi ada ruang poket disimpan biskutyang siap dikampit kecil...

Anwar terus berkata, ok saya akan mengambilnya dari dalam poket sambil menurunkan tangannya untuk menyeluk poket dan memberikan kepada little General, dia mengambil biskut tadi dan terus bertanya Apakah benda yang ada dalam paket nie? Anwar mengeluarkan biskut yang tersimpan di poket sebelahnya lagi dan menunjukan bagaimana mengoyak plastik tersebut dan menunjukan Biskut kepada Little General kandungan Paket tersebut.

Little General berteriak suka kepada rakan rakan nya. Mereka jelas terus menuju ke Anwar dan meminta jika ada lagi Biskut tersimpan dalam poket. Anwar terasa lega yang amat malah juga sedikit sebak bila melihat anak-anak sekecil ini berebut mahukan Biskut kerana kelaparan sedangkan anak-anak kita di Malaysia takat biskut belum boleh memujuk... 

Ada lagi... Tunggu kata Anwar kepada mereka yang sedang menikmati biskut ditangan, Anawr mengeluarkan semua simpanan biskut yang berada didalam poketnya. littel General menyapanya, ada lagi kah biskut didalam poket kamu sebab rakannya yang berdu tadi belum dapat biskut yang Anwar bagi. banyak lagi jangan risau saya beri semua simpanan biskut dalam poket untuk kamu. Sambil mengeluarkan semua simpanan yang ada didalam poket-poketnya untuk diberikan kepada little General dan rakan-rakannya. Pembantu Anwar juga mengeluarkan biskut yang ada didalam simpanan poketnya terus memberi kepada anak-anak yang begitu riuh dengan ketawa semasa mereka.

Sambil dia menjeling pada Anwar, I told you before, am i right, anyway we don't need this biscut anymore. Anwar baru faham dan tak menyangka pembantunya juga turut buat pekara yang sama sekalipun dialah yang memberi rahsia bagaimana Biskut boleh jadi senjata, dia juga faham tak perlu lagi menyimpan biskut dipoket masing-masing kerana ini halangan terakhir bagi mereka kedestinasi atau misi sebenar mereka

Bagaikan anak-anak diberi mainan, kekadang sampai lupa makan, itu kita yang hidup aman dan damai... Kata Anwar kepada teman, kalau biskut lah kat tempat kita tak sapa nak (anak-anak kita).bagai anak-anak riang menyambung bermain semula lagaknya, bezanya anak-anak kita bermain tanpa hirau soal makan sebab kita tak kelaparan macam mereka. Sambil menyebut Thank You berulang kali  beredar dengan mengenggam biskut dikiri dan kanan tangan mereka mula beredar, termanggu sekejap Anwar yang dilihatnya depan mata

Sambil berdedar mereka berkata terima kasih, kamu tunggu disini nanti orang General akan sampai disini... Anwar tersenyum kerana Puas dan terkejut dengan apa yang dia lihat apa yang terjadi didepan mata sambil menyebut Alhamdulillah...sebaik bila mahu masuk kedalam kenderaan alangkah terkejutnya dia sambil menjerit kepada kumpulan kanak-kanak yang riuh sambil memanggil... hey Come Back, come back again here... Anwar memanggil mereka kembali... 

Tahukah anda kenapa dia memanggil semua anak-anak ini?... Hahaha cer teka? Nak tau jawabnya kena ler selesaikan jawapannya di bawah atau tunggu sambungan KISAR BENAR 4 nanti
jawapannya ....

Awnar brau menyaderi psiotl dan AK47 kepnuayan mrekea ter tniggal di atas benot kendareannya dan sepurah nya di atas Taanh blia telrlau gmeriba mnedaapt Biskut yang direbi oelh nya...

EPISOD SETERUSNYA KISAH BENAR 4... Apa kesudahnya konvoi kemanusiaan Anwar?, Apakah yang akan terjadi kepada Anwar? Berjayakan dia berjumpa dengan General yang sebenar? Insyallah nanti di next episode... Siapakah sebenarnya Anwar? ikuti sambungannya nanti... Insyallah


18 Mei, 2013

KISAH BENAR 2 : THE LITTLE GENERAL, ANTARA PISTOL, KANAK-KANAK DANBISKUT



KISAH BENAR 2 : Pada kisah kali ini teman nak ceritakan bagaimana Anwar ditugaskan dalam satu misi membawa bekalan dan menghantar kepada satu kawasan atau penempatan yang menghadapi kebuluran serta diserang wabak penyakit. Agak melucukan dan tak kurang juga sedih melihat bagaimana mereka yang putus bekalan makanan dan ubatan akibat perang dinegara Mereka yang sehingga kini menjadi troma pada mereka malah berputus asa untuk mengharap negara kembali aman dan makmur. (Sambungan Kisah Benar 1)

Walaupun tugasan menghantar bekalan dianggap mudah tetapi sebaliknya tidak di Somalia yang sedang dalam peperangan apatah lagi membawa bekalan boleh mengancam nyawa. Lebih merbahaya Anwaro dalam misinya tanpa sebarang senjata. Disini juga agak sukar mengenali siapa pemberontak dan siapa pula yang memihak kepada kerajaan. Membawa konvoi bekalan makanan dan perubatan di negara yang bergolak serta kebuluran boleh dianggap seperti membawa Emas kalau dinegara kita,    sebenarnya teramat Merbahaya dan terdedah dengan pelbagai risiko

Saya hanya bersenjatakan Biskut, sebelum perjalanan saya isikan semua poket saya dengan kampit-kampit kecil biskut. Bagi negara yang mengalami kebuluran apa sahaja mereka sanggup lakukan sekalipun terpaksa membunuh. Jangan tak percaya, biskut adalah senjata yang paling selamat dan efektif. Biskut juga menjadi alternatif untuk satu-satu kes yang boleh mengancam nyawa kita sendiri...

Setiap hari pasti ada anak-anak yang terkorban..

Bagi misi begini kena ada pengalaman dan pengetahuan, pada pendapat teman Anwaro memang paling layak kerana punya pakage untuk misi seperti ini. Sekalipun tanpa senjata kita cukup faham keupayaan mereka termasuklah menentang atau membunuh musuh dalam satu-satu kejadian tidak perlu dipertikaikan. Ini juga lah antara kelebihan Komando Elit kita dari PASKAL. 

Bantuan perlu dihantar sekalipun terpaksa melalui pelbagai dugaan dan ancaman sama ada dari pemberontak maupun dari Askar Kerajaan, terpaksa menempuh kawasan yang dijajah oleh kumpulan pemberontak, kawasan Ambush, kawasan periuk Api dan macam-macam lagi yang tentunya menjadi penghalang kepada Anwaro dan rakan

Kanak-kanak yang hanya berusia belasan tahun (sekolah rendah) boleh dilihat bermain dengan rakan dengan membawa senjata kehulu kehilir, 'kadang-kadang memegang pistol apatah lagi AK 47 {buatan Russia) pun tak kemas dan Hogeh (hoyong hayang) sebab senjata yang dipegang terlalu berat.

Tiada ihsan untuk pengkhianat yg jadikan negara Neraka


Konvoi bekalan makanan dan ubatan yang Anwaro terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Sekali tu saya dan rakan terpaksa melalui lorong yang kiri dan kanan nya diapit dengan dua bukit, mereka juga dibantu oleh seorang Guide ataupun penunjuk arah sepanjang beliau disana. Dialah yang paling banyak membantu terutama dari segi laluan selamat dan cukup Arif dengan kawasan terutama bila merujuk kawasan yang dikuasai oleh pihak mana.

Kita tak punya pilihan tuan, terpaksa melalui jalan ini sekali pun ianya amat merbahaya dan belum tentu selamat kata pembantu Anwaro nie, Apa yang merbahaya dan tidak selamat nya? Tanya Anwaro untuk mendapat kepastian, adakah kita terpaksa melalui kawasan pemberontak?

Sambil mengeleng kepada dia menjawab kepada Anwaro, ' tiada jalan lain, insyallah tuan akan tahu nanti, kalau ada tuah kita akan selamat, tunggu la nanti bila sampai kekawasan itu dia akan maklumkan kepada Anwaro

Perjalanan diteruskan tanpa ada sebarang masalah sehinggalah mereka sampai disuatu kawasan, sebaliknya Anwaro mula perasan dengan kawasan yang dia mahu lalui, dapat mengagak kemungkinan ini jalan yang dimaksudkan pembantunya. Anwaro sebaik memalingkan muka ke pembantunya pembantunya terus mengangguk tanda mereka tiba di kawasan yang dimaksudkannya sebelum nie,

Laluan ini sebenarnya merupakan kawasan penduduk atau pun tempat beberapa keluarga yang berlindung serta menjadikan tempat ini sebagai penempatan yang selamat untuk semua keluarga yang melarikan diri dari terlibat dengan kancah peperangan. Dari jarak yang agak jauh Anwaro mula perasankan seorang remaja dengan bersenjata duduk termenung dilaluan yang mereka akan lalui...

Anwaro akhirnya meminta mereka berhenti bila kenderaan mereka semakin dekat dengan kawasan tersebut, remaja tersebut yang beliau nampak tadi betlari menuju kekenderaan mereka. No, you cannot go! Stop, danger, danger... No, no danger...
Anwaro agak kehairanan kenapa dia tidak dibenarkan oleh remaja tersebut, tetapi lebih bersedia kerana dimaklumkan awal oleh pembantunya.

Anwaro turun berjumpa terus dengan remaja tersebut, I Come in Peace! We Talk ok, we Friend ok, pujuk Anwaro, dia memujuk dan minta supaya konvoi beliau boleh melalui jalan tersebut, sebaliknya remaja tersebut tidak membenarkan Anwaro melintasinya, No, No... If you go, you death. No, no Danger, go back, go back jerit remaja tersebut yang terus menghalang. Sebagai seorang Komando sudah tentulah sukar untuk berputus asa, Anwaro terus memanggil pembantunya supaya boleh berunding.



Anwaro cukup bimbang dengan kejadian ini kalaulah mungkin mereka jadi sasaran, remaja tersebut mungkin sebagai umpan, untuk langkah berjaga-jaga hanya beliau dan pembantunya sahaja yang turun berunding manakala yang lain berkawal dengan kenderaan mereka. Pembantunya terus berbincang sementara Anwaro mengawasi jika ada sebarang pergerakan sabotaj. Remaja tersebut tetap berdegil tidak membenarkan mereka melaluinya... No, No.. Itu yang Anwaro fahamn tentunya tidak dibenarkan

Akhirnya pembantu beliau menjelaskan apa yang telah terjadi sebenarnya...
Remaja tersebut adalah diantara yang ditugaskan oleh mereka, laluan ini sebenarnya menjadi laluan utama kepada semua termasuk pemberontak dan pengganas. Remaja dikawasan ini akan bergilir menjaga laluan tersebut. Setiap hari mereka bertugas secara shif, mereka terutamanya remaja akan ditugaskan untuk menjaga laluan tersebut

Untuk keselamatan semua, laluan ini akan ditanam periuk api ataupun bobby trap sebaik hari mahu malam, mereka akan memerhatikan jika ada musuh yang melaluinya tentu bunyi letupan akan kedengaran, sebaliknya bila siang hari petugas atau remaja tersebut akan mengeluarkan semua periuk api tersebut bagi membolehkan laluan itu digunakan oleh mereka semula

Anwaro terus bertanya, bukankah sekarang ni dah siang jadi bolehlah kita melaluinya, kenapa dia tak benarkan kita lalu, dia memang tak menghalang konvoi kita tetapi ada problem sikit tuan. Kenapa pulak? Begini tuan...

Dia baru masuk shif siang gantikan shif rakannya semalam, masalahnya rakan dia semalam telah menanam 10 periuk api semasa shif dia, pagi ini saya gantikan atau sambung shif dia. Yang jadi masalah lagi besar dia dah keluarkan semua 8 periuk api yang dia tanam. Baki lagi dua periuk api yang ditanamnya belum dikeluarkan kerana dia lupa dimana yang dia letakan. Dah puas dia cuba ingat tapi dia lupa dimana periuk api tu ditanam, kerana itulah tuan tidak boleh lalu ikut sini...

Lucu pun ada tetapi nasib Anwaro juga baik, kalau ditakdirkan remaja ini tiada menghalang maka sudah tentulah konvoi mereka terkena periuk api yang ditanam oleh rakannya semalam. Bagaimana pun konvoi akhirnya berjaya melepasi laluan tersebut. Semuanya selesai apabila akhirnya Anwaro sendiri mencari dan mengeluarkan semua periuk api yang ditanam, lebih memeranjatkan bukan dua periuk api yang dia jumpa sebaliknya 4 kesemuanya yang masih tertanam si laluan tersebut.

Konvoi tersebut akhirnya dapat melalui dengan selamat, remaja tersebut juga berpesan kepada Anwaro, berhati-hati kerana dihadapan nanti dia akan melalui satu lagi kawasan yang dibawah kuasa pengganas Kanak-kanak dibawah ketua mereka yang digelar dengan nama THE LITTLE GENERAL....

Insyallah kita sambung lagi cerita Anwaro menerusi misi menghantar bantuan kemanusiaan disana. Sebagai tanggung jawab yang diamanahkan Anwaro tetap memegang amanah tersebut, kita sambung lagi nanti, ada yang lagi menarik...

17 Mei, 2013

TAHUKAH ANDA? : KENAPA PERLU HINDAR NEGARA DARI HASIL RAMPASAN ATAUPEMBERONTAKAN





KISAH BENAR 1 : KITA KONGSI IKTIBAR, Lebih 10 tahun lalu teman dan beberapa rakan diberi tugasan untuk membongkar dan medokumentasikan pelbagai Peristiwa yang dilalui Tentera kita dimana selama ini dicatat dan direkodkan tanpa disentuh atau dibuka. Semua KES yang kami gelarkan THE HIDDEN FILE, Bagaimana pun teman akan cuba ceritakan dari sebuah kisah ke sebuah kisah yang pernah teman lalui buat semua tatapan dan pandangan serta boleh dijadikan iktibar serta panduan kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan... Teman juga memohon maaf jika ada sebarang ralat atau kesilapan kerana ianya puluhan tahun yang lepas ianya berlaku, bagaimana pun teman rasa ia boleh dikongsi bersama terasuk harapan teman dapat bertemu kembali unit ini semua dengan pendedahan kisah yang bakal teman paparkan

Dalam Kes 1 nie adalah mengisahkan seorang wira kita yang kini diberi penghargaan pingat PGB tertinggi, beliau sebagai Komando Elit dari unit Paskal mempunyai Visi ke Somalia yang ketika bergolak dalam kancah peperangan, tugasan Sdr Anwar (leftenan kolonel) di pikul oleh beliau yang juga sebagai Leftenan kolonel sebagai ketua Comander ke Somalia bagi menyelamatkan seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan Orang besar Petronas yang terperangkap dalam peperangan di Somalia, tugasan beliau bukan mudah kerana disamping peperangan juga dia hadir dengan tangan kosong atau tidak bersenjata. Bagaimana pun bagi seorang komando itu bukan sebab untuk terus hidup. Nyawa boleh hilang bila-bila masa kerana hujan peluru lebih kerap dari hujan air, kalau mahu di bezakan betapa nyawa bukan boleh dijanjikan selamat ketika itu

Kanak-kanak terpaksa berlatih guna senjata dan membunuh


Sekitar 1960 Somalia bergelut dalam usaha mendapatkan kemerdekaan dari Great Britain dan Italy. Kerajaan baru Somalia bedasarkan kerajaan demokratik bagaimana pun masih mengharap bantuan Britain dan Italy untuk membangunkan infra struktur dari segi kewangan, ntuk membina Jalan, Bangunan dan juga perladangan atau pertanian yang juga merupakan sumber ekonomi bagi rakyat Somalia. Bagaimana pun pembangunan begitu lembab sehingga lahirlah pemimpin baru Said Barre yang mengantikan Shermaarke sebagai Presiden kerana rakyat yang mahukan pembangunan pesat dan merasakan terlalu lembab semasa beliau menjadi Presiden.

Said Barre juga menghapuskan beberapa dasar kerajaan yang kononnya menyebabkan negara tidak progresif seperti National Assembly dan rancangan kerajaan sebelum nie, dia juga memansuhkan beberapa hak bumiputra Islam sehingga pada tahun 1976 dimana dia mencetuskan peperangan antara Somalia dan Ethiopia.

Somalia tewas akhirnya di tangan Ethiopia pada tahun 1978. Dalam peperangan ini juga dilihat bagaimana kuasa asing Ikut campur bila Ethiopia dibantu Russia manakala Somalia pula bersama Amerika. Sikap diktatornya menjadikan wujudnya pemberontak yang menentang, selain kumpulan besar Pemberontak yang datangnya dari Askar kerajaan sebelumnya

Pada tahun 1991 Barre di gulingkan oleh ketua pemberontak Mohammad Farra Aidid dengan kumpulannya Somoli United Congress dengan menyerang Mogadishu, manakala Ali Mahdi Muhammad pula mengantikan Said Barre sebagai presiden baru. perbalahan semakin teruk antara mereka sehinggalah pada 3hb Disember 1992 UNOSOM terlibat sebagai pengaman begitu juga UNITAF yang juga dikenali pengaman yang dikatakan condong kepada Amerika yang dikatakan campur tangan kerana Harta lumayan Somalia yang tentunya adalah sumber Minyak yang dikenal pasti diSomalia. Malah dikatakan mahu manjadikan Kristian bertapak di Somalia. Atas dasar ini jugalah alasan utama Aidid menentang

Peperangan makin merebak dan semakin teruk bila angka korban mencecah lebih 1000 yang terkorban...peperangan kecil juga melibatkan pengaman dengan rakyat tempatan, hari ini juga bumi Somalia telah pun mengorbankan lebih sejuta nyawa termasuk rakyat mereka sendiri.

Anak-anak diajar membunuh untuk hidup? 
Apa pun Anwar yang mendapat jolokan nama ANUARO oleh penduduk tempatan menceritakan bagaimana dia dengan kumpulan pengaman pernah menyelamatkan sekumpulan anak-anak kecil yang sedang lari bertempiaran di kejar askar Aidid yang memburu dan mahu membunuh kanak-kanak tersebut, saya sendiri memberi komand kepada pemandu condor (PC) (kereta Perisai pengaman) memintas ditengah-tengah antara drama kejar mengejar dan tembak menembak kearah kanak-kanak tersebut sekalipun mereka sepatutnya tidak mencampuri urusan mereka, Sebagai seorang manusia tidak tergamak saya menyaksikan kejadian pembunuhan tersebut didepan mata! apatah lagi sebagai pengaman anwaro tak punya senjata kecuali GPMG yang sedia ada di Makenise.

Sejujurnya saya tidak sanggup melihat bagaimana anak kecil yang hanya berumur sekitar 10-12 tahun yang melarikan diri untuk menyelamatkan diri dari ditembak dengan penuh ketakutan, bayangkan saya tak tahu dari mana datangnya kederat memegang budak-budak nie kiri dan kanan lalu campakan mereka kedalam makenise kesemua 8 orang anak-anak ini. Mereka juga sebenarnya baru pulang dari sekolah! Beliau mengarahkan pemandu dan mengambil tanggung jawab terhadap tindakannya demi menyelamatkan kanak-kanak ini.

Bagaimana pun anwaro terlepas dari tindakan kerana beliau menyelamatkan kanak-kanak ini yang juga sebenarnya adalah dilindungi oleh peraturan perang dimana beberapa kategori yang dilindungi seperti kanak-kanak, ibu mengandung, orang tua dan sebagainya

Sebagai pengaman memang saya dan semua pengaman tidak ada senjata dan kami hanya berharap pada senjata pada Condor, apatah lagi kita kena berhadapan dengan mereka yang terusan menembak, saya minta gunman mengacukan kepada mereka sebagai mengacah dan juga memberi psyco terhadap pengganas, dengan cara menyerongkan kenderaan sebagai dinding makenise sebagai penyelamat, Condor menembak keluar bom asap untuk mengaburkan pandangan kumpulan yang menembak kanak-kanak ini, bukit disebelah kanan juga menghalang dari anak-anak ini dari menjadi sasaran peluru mereka...

Mangsa yang tidak berdosa 


Apa sebenarnya kaitan cerita ini dengan kejadian demonstrasi, perhimpunan Haram bagi mengulingkan kerajaan kita, mahu mengajak rakyat bangkit menentang dan meruntuhkan kerajaan sekarang?

Apa kaitannya dengan kisah budak yang mahu dibunuh ini dengan hasrat melulu yang mahu Negara yang sedia aman di UBAH hanya kerana hasrat Pengkhianat yang mahu menjadi Perdana Menteri?

Apakah mereka sedar kesudahannya nanti disebalik terjebak dalam himpunan Haram kerana terpengaruh dengan pemimpin mereka yang gagal memenangi Pilihan raya dan gagal membentuk kerajaan mereka di Malaysia bila cukup jelas Rakyat Menolak pemimpin yang bernama anuar Ibrahim?

Pernahkah mereka terfikir siapa paling selamat jika negara huru hara dan bagaimanakah negara selepas pembrontakan terpaksa bergelumang puluhan tahun untuk kembali bangun? Adakah mereka tahu betapa nilainya harga nyawa mereka?

Tidak ketinggalan kaum ibu terpaksa memikul senjata utk melindungi keluarga


Sebenarnya anak-anak ini menjadi mangsa, pembunuhan kanak-kanak adalah wajib semasa peperangan tanpa belas kasihan atau berperi kemanusiaan, semuanya bermula bila ada sekumpulan rakyat yang tidak berpuas hati bangkit dan menjatuhkan negara dengan cara rampasan kuasa ataupun pemberontakan yang menyebabkan negara mereka sendiri hancur dan juga bila ada negara luar campor tangan dengan tanpa disedari menjadi dalang kepada pergolakan.

Seperti di Somalia, bila negara mereka hancur kerana peperangan dan tidak aman lagi seperti sebelum ini, maka bagi mereka yang mencetus dan punca negara terlibat dalam pergolakan sehingga negara menemui kehancuran sudah tentu lah dianggap pengkhianat negara, maka disebabkan merekalah segalanya hancur, mereka lah punca pengkhianatan dan pastinya layak dibunuh sehingga seluruh keturunan

Mereka membunuh tanpa mengira batasan usia maupun dari yang paling tua sehingga anak didalam buaian, bagi mereka siapa sahaja yang belot dengan perjuangan, bersekutu dengan orang asing maka mereka dipertanggung jawabkan kemusnahan negara kesayangan mereka. Cuma cara ini sahaja yang boleh memuaskan hati mereka akibat pengkhianatan mereka terhadap negara sehingga negara hancur dan tidak aman lagi sehingga kini.



Realitinya sehingga kini tiada negara dalam dunia yang bertambah maju dan lebih aman selepas pemberontakan atau digulingkan, malah ianya melarat berabad untuk kembali aman.
Negara juga tidak akan kekal aman hasil rampasan jika mereka tidak punyai sokongan 2/3 dari rakyat, apatah lagi jika pembangkang dan kerajaan yang seimbang ataupun sama rata pengikutnya mana mungkin perampas kuasa dapat bertahan lama, maka tidak hairanlah kebiasaannya ketua pemberontak mendapatkan sokongan negara luar secara terang atau pun di sebaliknya tanpa kita sedari telah lama dibelakangnya sebagai penyalur dana untuk memastikan negara dapat digolakan oleh pengkhianat yang ditaja...

Tentunya kalau negara dalam kancah pergolakan tiada siapa yang akan selamat kecuali mereka yang menjadi dalang memusnahkan negara yang tentunya di lindungi... Terutama negara asing yang mula menjajah dan sebagai balasan pengkhianat ini akan mereka lindungi, selagi pengkhianat ini masih selamat maka pada mereka juga mendapat Hak untuk apa sahaja hasil dari bumi peperangan tersebut...

Maka berfikirlah secara waras, apakah kamu telah melakukan tindakan yang sebenar-benarnya dan tahu akibatnya apabila negara diheret kedalam pemberontakan? sudah selayaknya kita faham kenapa begitu ganas dan zalim tindakan mereka terhadap pengkhianatan mereka, pada hakikatnya mereka lah yang menyebabkan negara huru hara, hancur dan rakyat terbunuh dek kerana tindakan mereka memberi ruang kepada kuasa asing yang sekian lama menanti ada pengkhianat yang menjadi pelaksana nawaitu sebenar mereka.

NEXT EPISODE : KISAH BENAR 2 : THE LITTLE GENERAL, ANTARA PISTOL, KANAK-KANAK DAN BISKUT

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND