18 Mei, 2013

KISAH BENAR 2 : THE LITTLE GENERAL, ANTARA PISTOL, KANAK-KANAK DANBISKUT



KISAH BENAR 2 : Pada kisah kali ini teman nak ceritakan bagaimana Anwar ditugaskan dalam satu misi membawa bekalan dan menghantar kepada satu kawasan atau penempatan yang menghadapi kebuluran serta diserang wabak penyakit. Agak melucukan dan tak kurang juga sedih melihat bagaimana mereka yang putus bekalan makanan dan ubatan akibat perang dinegara Mereka yang sehingga kini menjadi troma pada mereka malah berputus asa untuk mengharap negara kembali aman dan makmur. (Sambungan Kisah Benar 1)

Walaupun tugasan menghantar bekalan dianggap mudah tetapi sebaliknya tidak di Somalia yang sedang dalam peperangan apatah lagi membawa bekalan boleh mengancam nyawa. Lebih merbahaya Anwaro dalam misinya tanpa sebarang senjata. Disini juga agak sukar mengenali siapa pemberontak dan siapa pula yang memihak kepada kerajaan. Membawa konvoi bekalan makanan dan perubatan di negara yang bergolak serta kebuluran boleh dianggap seperti membawa Emas kalau dinegara kita,    sebenarnya teramat Merbahaya dan terdedah dengan pelbagai risiko

Saya hanya bersenjatakan Biskut, sebelum perjalanan saya isikan semua poket saya dengan kampit-kampit kecil biskut. Bagi negara yang mengalami kebuluran apa sahaja mereka sanggup lakukan sekalipun terpaksa membunuh. Jangan tak percaya, biskut adalah senjata yang paling selamat dan efektif. Biskut juga menjadi alternatif untuk satu-satu kes yang boleh mengancam nyawa kita sendiri...

Setiap hari pasti ada anak-anak yang terkorban..

Bagi misi begini kena ada pengalaman dan pengetahuan, pada pendapat teman Anwaro memang paling layak kerana punya pakage untuk misi seperti ini. Sekalipun tanpa senjata kita cukup faham keupayaan mereka termasuklah menentang atau membunuh musuh dalam satu-satu kejadian tidak perlu dipertikaikan. Ini juga lah antara kelebihan Komando Elit kita dari PASKAL. 

Bantuan perlu dihantar sekalipun terpaksa melalui pelbagai dugaan dan ancaman sama ada dari pemberontak maupun dari Askar Kerajaan, terpaksa menempuh kawasan yang dijajah oleh kumpulan pemberontak, kawasan Ambush, kawasan periuk Api dan macam-macam lagi yang tentunya menjadi penghalang kepada Anwaro dan rakan

Kanak-kanak yang hanya berusia belasan tahun (sekolah rendah) boleh dilihat bermain dengan rakan dengan membawa senjata kehulu kehilir, 'kadang-kadang memegang pistol apatah lagi AK 47 {buatan Russia) pun tak kemas dan Hogeh (hoyong hayang) sebab senjata yang dipegang terlalu berat.

Tiada ihsan untuk pengkhianat yg jadikan negara Neraka


Konvoi bekalan makanan dan ubatan yang Anwaro terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Sekali tu saya dan rakan terpaksa melalui lorong yang kiri dan kanan nya diapit dengan dua bukit, mereka juga dibantu oleh seorang Guide ataupun penunjuk arah sepanjang beliau disana. Dialah yang paling banyak membantu terutama dari segi laluan selamat dan cukup Arif dengan kawasan terutama bila merujuk kawasan yang dikuasai oleh pihak mana.

Kita tak punya pilihan tuan, terpaksa melalui jalan ini sekali pun ianya amat merbahaya dan belum tentu selamat kata pembantu Anwaro nie, Apa yang merbahaya dan tidak selamat nya? Tanya Anwaro untuk mendapat kepastian, adakah kita terpaksa melalui kawasan pemberontak?

Sambil mengeleng kepada dia menjawab kepada Anwaro, ' tiada jalan lain, insyallah tuan akan tahu nanti, kalau ada tuah kita akan selamat, tunggu la nanti bila sampai kekawasan itu dia akan maklumkan kepada Anwaro

Perjalanan diteruskan tanpa ada sebarang masalah sehinggalah mereka sampai disuatu kawasan, sebaliknya Anwaro mula perasan dengan kawasan yang dia mahu lalui, dapat mengagak kemungkinan ini jalan yang dimaksudkan pembantunya. Anwaro sebaik memalingkan muka ke pembantunya pembantunya terus mengangguk tanda mereka tiba di kawasan yang dimaksudkannya sebelum nie,

Laluan ini sebenarnya merupakan kawasan penduduk atau pun tempat beberapa keluarga yang berlindung serta menjadikan tempat ini sebagai penempatan yang selamat untuk semua keluarga yang melarikan diri dari terlibat dengan kancah peperangan. Dari jarak yang agak jauh Anwaro mula perasankan seorang remaja dengan bersenjata duduk termenung dilaluan yang mereka akan lalui...

Anwaro akhirnya meminta mereka berhenti bila kenderaan mereka semakin dekat dengan kawasan tersebut, remaja tersebut yang beliau nampak tadi betlari menuju kekenderaan mereka. No, you cannot go! Stop, danger, danger... No, no danger...
Anwaro agak kehairanan kenapa dia tidak dibenarkan oleh remaja tersebut, tetapi lebih bersedia kerana dimaklumkan awal oleh pembantunya.

Anwaro turun berjumpa terus dengan remaja tersebut, I Come in Peace! We Talk ok, we Friend ok, pujuk Anwaro, dia memujuk dan minta supaya konvoi beliau boleh melalui jalan tersebut, sebaliknya remaja tersebut tidak membenarkan Anwaro melintasinya, No, No... If you go, you death. No, no Danger, go back, go back jerit remaja tersebut yang terus menghalang. Sebagai seorang Komando sudah tentulah sukar untuk berputus asa, Anwaro terus memanggil pembantunya supaya boleh berunding.



Anwaro cukup bimbang dengan kejadian ini kalaulah mungkin mereka jadi sasaran, remaja tersebut mungkin sebagai umpan, untuk langkah berjaga-jaga hanya beliau dan pembantunya sahaja yang turun berunding manakala yang lain berkawal dengan kenderaan mereka. Pembantunya terus berbincang sementara Anwaro mengawasi jika ada sebarang pergerakan sabotaj. Remaja tersebut tetap berdegil tidak membenarkan mereka melaluinya... No, No.. Itu yang Anwaro fahamn tentunya tidak dibenarkan

Akhirnya pembantu beliau menjelaskan apa yang telah terjadi sebenarnya...
Remaja tersebut adalah diantara yang ditugaskan oleh mereka, laluan ini sebenarnya menjadi laluan utama kepada semua termasuk pemberontak dan pengganas. Remaja dikawasan ini akan bergilir menjaga laluan tersebut. Setiap hari mereka bertugas secara shif, mereka terutamanya remaja akan ditugaskan untuk menjaga laluan tersebut

Untuk keselamatan semua, laluan ini akan ditanam periuk api ataupun bobby trap sebaik hari mahu malam, mereka akan memerhatikan jika ada musuh yang melaluinya tentu bunyi letupan akan kedengaran, sebaliknya bila siang hari petugas atau remaja tersebut akan mengeluarkan semua periuk api tersebut bagi membolehkan laluan itu digunakan oleh mereka semula

Anwaro terus bertanya, bukankah sekarang ni dah siang jadi bolehlah kita melaluinya, kenapa dia tak benarkan kita lalu, dia memang tak menghalang konvoi kita tetapi ada problem sikit tuan. Kenapa pulak? Begini tuan...

Dia baru masuk shif siang gantikan shif rakannya semalam, masalahnya rakan dia semalam telah menanam 10 periuk api semasa shif dia, pagi ini saya gantikan atau sambung shif dia. Yang jadi masalah lagi besar dia dah keluarkan semua 8 periuk api yang dia tanam. Baki lagi dua periuk api yang ditanamnya belum dikeluarkan kerana dia lupa dimana yang dia letakan. Dah puas dia cuba ingat tapi dia lupa dimana periuk api tu ditanam, kerana itulah tuan tidak boleh lalu ikut sini...

Lucu pun ada tetapi nasib Anwaro juga baik, kalau ditakdirkan remaja ini tiada menghalang maka sudah tentulah konvoi mereka terkena periuk api yang ditanam oleh rakannya semalam. Bagaimana pun konvoi akhirnya berjaya melepasi laluan tersebut. Semuanya selesai apabila akhirnya Anwaro sendiri mencari dan mengeluarkan semua periuk api yang ditanam, lebih memeranjatkan bukan dua periuk api yang dia jumpa sebaliknya 4 kesemuanya yang masih tertanam si laluan tersebut.

Konvoi tersebut akhirnya dapat melalui dengan selamat, remaja tersebut juga berpesan kepada Anwaro, berhati-hati kerana dihadapan nanti dia akan melalui satu lagi kawasan yang dibawah kuasa pengganas Kanak-kanak dibawah ketua mereka yang digelar dengan nama THE LITTLE GENERAL....

Insyallah kita sambung lagi cerita Anwaro menerusi misi menghantar bantuan kemanusiaan disana. Sebagai tanggung jawab yang diamanahkan Anwaro tetap memegang amanah tersebut, kita sambung lagi nanti, ada yang lagi menarik...

1 ulasan:

Awanama berkata...

Terbaik. Tunggu sambungan kisah

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND