11 Mei, 2013

JANJI NAK JADI CIKGU TADIKA, KENAPA LAK NAK MERUSUH?




MAHUKAH ANWAR TUNAIKAN JANJI? Apakehainya yop? Kata kalau dah gagal rampas Putrajaya di PRU 13 dia nak jadi cikgu mengajar dan lupakan politik selamanya, macamana pun tak menghairankan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan Raja Goyang... Errr Raja Temberang nie dah memang kita tau sangat merata dia akan kencing, sekadar nak temberang dan menambahkan perisa dalam ucapan pembohongan dia yang kemerata-rata tempat dia berceramah.

Peliknya dia bukan nampak nak jadi cik egu tadika tapi nak jadi cikgu demonstrasi, kalau dulu dia tabur janji tapi kali nie tentu dia spin lagi cikgu jugak, mengajor rakyat jadi kurang ajor! Adeh macam nie punya manusia kalau ada 3 orang ler yang sama pakat dunia lebih huru hara, dulu mungkin la kita rasa ramainya bila sampai 30 ribu yang hadir... Hehehe tak kira ler anak baru lahir sampai anak yang belum baligh mengundi pun diheret ikut sama. Malah kalu di ikutkan kajian orang muda sekitar 18 hingga ke 20 an sebenarnya memang tertarik dengan pekara merusuh dan ala revolusi nie, jadi ta sia-sia kencingan pakaran Roket nie didedahkan seribu mimpi termasuk lah isu Jos Soli dan Free PTPTN.
Orang Melayu Yang Pernah Ditipu Anwar.
Dengan cara menentang arus soal isu begini orang muda mudah berahi, sebaliknya di Malaysia nie banyak benor kerajaan bersabar dengan mereka, kalau di negara Dunia ketiga dah tentulah pekara begini dianggap sensitif kerana layaknya seperti bidalan orang muda sekarang badan cantik otak jer cetek! Tahukah mereka pada zaman rakyat perjuangkan tempat semasa era 80an untuk bakal anak mereka kerana terhadnya tempat di pengajian tinggi sekdar mampu menampung hanya 7 ribu pelajar sahaja di seluruh Malaysia, malah bagi mereka yang belajar diluar negara hanya mampu kerana mak bapak dema yang kaya raya, apa pun perjuangan Hak untuk anak ( walaupun belum kawin lagi pada mereka yang belum kawin di 80an ) nampaknya berhasil... Kini bukan penambahan sekitar sepuluh tau dua puluh ribu malah hampir mencecah ratusan ribu punya peluang untuk ke pengajian tinggi.


Sedihnya bila hasrat mak bapak yang tak kesampaian ke menara gading bila anak mereka yang yang menyalahkan kerajaan kerana hutang PTPTN yang tertunggak dek kerana pencapaian yang di gelar below two pointer, bagi mereka untuk gred mestilah diatas jalan, yang sebenarnya mereka tak merasa bagaimana bapak dan mak dema rasa, kurang ambik tahu pasal perjuangan mak bapak dema, tu yang buat tak sedor diri sampai sekarang. Bukan sekadar belajor tapi menjadi bertambah Haram Jadah dengan kesenagan yang ada, banyak bezanya dengan yang terdahulu menempuh hidup susah untuk senang.

Apa yang jadi pada zaman 70-80an adalah amat berbeza, kalau sesiapa sahaja dikampung menerima tawaran belajar kemenara gading akan timbulah pekara yang sama, tawaran belum tentu diambil, anak-anak kebanyakan nya faham masalah ibu dan bapa mereka. Yang pasti kebanyakannya mencuri dengar bila lewat malam ibu dan bapa akan berbincang bagaimana menjadikan impian anak tercapai, atas hanya satu sebab sahaja... Tidak mahu melihat anak susah seperti mereka, lazimnya jalan penyelesaian 3 cara menyelesaikannya

1. Mengadaikan gran rumah atau tanah yang ada
2. Lurut dan lerailah segala simpanan emas yang ada disimpan untuk digadaikan
3. Melipat gandakan usaha kerja dan sumber pendapatan, kerja lebih atau berniaga kecil- kecilan demi menunaikan hasrat anakanda tersayang.

Pekara begini tidak lagi wujud, hampir semua pelajar kita tidak melaluinya, soal gadai dan memajak lansung tak dipraktikalkan lagi, sebaik menerima tawaran ibu bapa tahu kerajaan mementingkan anak mereka dahulu, soal biasiswa atau pinjaman bukan sekadar khusus untuk belajar tetapi dah jadi kebiasaan anak muda yang belajar mewah dengan motorsikal, bergaya, berkereta dan macam-macam lagi kemewahan, bukan setakat itu malah buku, taipon pintar yang digunakan lebih canggih dari menteri... 

Banyak yang mereka tak RASA macam mak bapak dema yang juga mahu belajar dan jadi orang cerdik dizaman mereka, semuanya kerana kekosongan terhad, apatah lagi macam sekarang yang rata-rata bukan didalam negara sebaliknya diluar negara sekalipun dimonopoli oleh budak kampung tanpa ada halangan untuk itu. 

Mereka juga lupa yang sebenarnya dizaman mak bapak dema sebelum ini jika diberi tawaran... Bukan keluarga jer yang berbangga malah sekampung merasakan kebanggannya. Malah sekampung mengutip derma bagi meringankan anak kampung untuk menyambung pelajaran ke menara gading, kalau mak bapak menolak tawaran maka berpusu-pusulah jiran akan hadir memujuk malah setiap kali  ziarah meninggalkan sedikit sumbangan untuk memujuk dan menjayakan anak kampung ke menara gading, memang mereka tak merasa begini...

Sebaliknya hari nie anak makin biadap tanpa memikirkan apa yang mak bapak dema rasai, bagi mereka cerdiknya dema ialah berada diatas jalan dan memberontak sebagai revolusi cara mereka. Apakah mereka sedar yang mereka ni lebih dahsyat dari komunis itu sendiri, diberi hak dan keupayaan sebaliknya dibalas dengan najis, semuanya kerana gara-gara otak yang lembab dan berlagak bijak! Kata kawan teman  ' Dema lagi jijik dari banduan' ada  benarnya kata Mat kayu yang berbangga dengan anaknya yang kini menunggu masa mendapat segulung ijazah, kalau tak tak merasa ler anak aku nak belajor tinggi, apa yang aku boleh buat dengan keroje kilang papan yop! 

 'Komer jangan samakan si Nurul anak nuar tu, dia bodoh pun boleh belajor tinggi, mak bapak dia orang besor kaya raya, kita nie lain ler yop! Kalau tak kerana kerajaan bantu jangan mimpi ler!!! Jadi tak heran ler kalau kepala nya si juburi ni kencing merata yop!junis macam ni tak boleh pakai yop! Hahaha... Tapi dia pakai boleh ler... Udah ler nak ngantor anak ke UTP yop... Senyum sampai pipi Mat Kayu, bedesup hilang degan wira 1.6 hacthback dengan garang...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND