29 Disember, 2010

MALAYSIA MAHU MELAKARKAN SATU LAGI SEJARAH 2010! ... Bertemu Ultraman dgn LASER!

Sesapa yang di Ipoh, MOH BERAMAI kita menyaksikan perlawanan Akhir Malaysia lwn INDONESIA  di Pekarangan Stadium INDERA MULIA (Skrin Gergasi) sebagai Sokongan terhadap pasukan kita dalam MEREBUT PIALA SUZUKI yang berlansung di Stadium Bung Karno Indonesia, Malam ini merupakan peluang akhir untuk tahun 2010 melakarkan satu lagi SEJARAH sebagai penutup tahun ini.

Moh ler sama-sama kita support Malaysia, Datang ler beramai-ramai tak kira kecik, besor, Tua, Muda kaya atau miskin. Kehadiran lebih melihat kepada PENGHARGAAN sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan Negara kita dan lebih tepat lagi 'BANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA' yang Aman dan Makmur, tapi jangan lupa pulak kalau boleh pakai ler baju warna Kuning atau Biru, ajak ler seramai yang boleh. Tahniah juga dengarnya Pemuda Ipoh Barat berhempas pulas nak jadikan malam nie... Drastik tuuu, tapi yang penting keroje yang macam ni ler yang patutnya diSELALUkan, rasanya memang Rakyat terutama orang-orang Muda di sini memang nak sangat dan tertunggu-tunggu untuk memeriahkan lagi Program serta memperlihatkan betapa menjadi kebanggaan sebagai rakyat di bumi bertuah ini
Apa yang teman dimaklumkan, ada juga kaunter Daftar Pemilih sebagai Pengundi yang akan dibuka malam ni, jadi sambil-sambil berhibur, kepada yang belum mendaftar juga boleh mendaftar terus malam ini. Ada juga berguarau yang kata kat teman 'Kalau Komer nak jumpa Atroman kenaler datang malam ini', he he he... malah ada juga yang bergurau kata semua Atroman dan Raksasa di dunia telah pun berhimpun di Jakarta dan menjadikan malam ini FREE WAR dan lebih Fokus akan menggunakan Cahaya Laser semasa perlawanan malam ini dalam ertikata sebenar artoman dan raksasa akan memperlihat dan bertanding PANCARAN LASER SAPA LEBIH HEBAT! hehehe

MOGA MALAYSIA AKAN MELAKAR SEJARAH DAN BERJAYA SEBAGAI CHAMP PIALA SUZUKI 2010! 2-1 ramalan teman hehehe, HIDUP MALAYSIA! insyallah! 

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND