16 Disember, 2010

SELAMAT DATANG BLOGGERS PEMBELA NEGARA (BPN)

Assalamualaikum Semua!
Kami mengalu-alukan kehadiran AMT BPN yang akan turun ke ipoh esok, kehadiran kalian amat di nantikan. Rasanya tak sabor gak untuk kita duduk semeja pekena TEH TARIK! mungkin selepas program kita boleh bercerita panjang dari pelbagai aspek BPN sendiri , bagi bloggers Perak yang akan turut sama diharap dapat membantu bersama dengan kehadiran Sahabat-sahabat kita. 
Nampaknya penghormatan besar terhadap Bloggers Perak yang akan di kunjungi AMT BPN yang akan turun dari merata negeri termasuk Sarawak, Kedah, Johor, Selangor, Pahang dan negeri-negeri yang lain, suka teman nyatakan kehadiran kalian sememang nya dinantikan dan berharap ini bukan yang pertama. sebelum itu teman dan warga Bloggers Perak memohon maaf jika terdapat kekurangan yang berlaku esok. Rasanya yang penting ialah Perjumpaan esok dapat membincangkan lebih lanjut serta persediaan BPN sendiri untuk hala tuju tahun 2011.

Kepada yang belum atau kami terlepas pandang sila hubungi teman di laman FACEBOOK teman, tolong hantar pesanan kepada teman di FACEBOOK sekupangdua anak pak ya. insyallah saya dan warga bloggers lain akan maklum dan bagi tahu info pada kalian... insyallah!

SELAMAT DATANG SEMUA. berhati-hati dijalan raya, pandu cermat, ingatlah kami yang menunggu anda!

4 ulasan:

BUDAK BENTENG berkata...

NAMPAKNYA ESOK JADI SEJARAH LER... INSYALLAH BRO, LAGI PUN BUKAN SENANG NAK LEPAS PELUANG PEKENA TEH TARIK DENGAN BLOGGERS YG SELAMA NI MEMANG SENTIASA SAYA IKUTI,
INSYALLAH!

Gerakan Timur berkata...

Salam Ziarah,

Gerakan Timur mendoakan agar Pejuang Maya Perak akan bersatu, demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.

Awasi fitnah, kuatkan ukhwah.

Salam Perjuangan dari Gerakan Timur!

http://gerakantimur.blogspot.com

pisau berkata...

tahniah bro

sekupangdua berkata...

salam pisau

lama tak dengar cerita, harap bersama kami, moga segala perancangan dapat kita duduk semeja lagi, apa cerita tak turun Ipoh ker?

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND