13 Januari, 2011

ARWAH YANG GAMBI antara yang GEMBIRA menunggu PERHIMPUNAN BPN

ALFATIHAH! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Sesungguhnya ya Allah Kamu juga yang tahu segala Hikmah menjadikan, Kami kehilangan seorang PEJUANG dan percaya akan lahir lagi ramai Umat Rasulullah SAWyang akur dan bersyukur dengan pemberiaan mu ya Allah. Tempatkanlah dia bersama kesayanganmu ya Allah, kami akan sentiasa mendoakan kepermergian nya dengan rasa cukup kehilangannya. Salam Takziah untuk keluarganya dan kami berharap bersabar dengan perjalanan hidup yang bakal dilalui, kami bersama kalian, percayalah kalian sepatutnya berbangga dengan arwah yang kami kenal sebagai PEJUANG kerana beliau memahami segala ketentuan dan sentiasa bersyukur dengan segala dugaan serta memahami Hikmah disebaliknya... Amin ya rabul a'lamin

Merasa kehilangan sahabat seperjuangan yang pernah melahirkan kegembiraan bila mengetahui ada usaha menyatukan dan menyusun SAF BPN dan berharap beliau juga tidak tertinggal, bagaimanapun Allah lebih menyanyangi nya, Teman dan rakan-rakan terutama bloggers di Perak melahirkan kehilangan dan insyallah menjadikan dorongan beliau sebagai Tekad menjayakan PENYATUAN sebagai SATU SAF, Teman  juga berharap semua rakan-rakan dapat berkabung dengan memaparkan wajah beliau dan BPN kerana dengan BPN juga kita di temukan dengan beliau, maka dengan ini Teman sesungguhnya memohon segala kerja dan usaha kita kepada PENYATUAN BLOGGERS di tangguhkan selama 3 hari bermula hari ini sebagai tanda penghormatan kepada arwah dan berkabung dari skop aktiviti kawan-kawan bloggers.

Innalilahiwainalilahironji'un. 
Nukilan kawan-kawan di SINI

2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

bersama sama kita teruskan perjuangan arwah.

parang pedang berkata...

perjalan berliku membawa insan menggapai bintang. Allahyarham pergi sebagai pejuang dan meninggalkan pejuang yang lain untuk mewarisi perjuangan beliau. Jangan hampakan perjalanan beliau selama ini. ayuh, bangkit semula menyusun barisan kita. junjung semangat Allahyarham dalam setiap langkah kita. Salam Takziah untuk keluarga Allahyarham Yang Gambi. Al Fatihah.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND