07 Januari, 2011

"India worang suda jemu la, itu... hari hari sama cerita" .

Thirupathymani!.. itu gelarannya dikalangan masyarakat India di sekitar Dun Sungai Rapat."u sebut ini nama ini,summa orang tahu punya"..pemilik syarikat Ipoh Permai pengusaha Bas sekolah dan persiaran.

Dikalangan orang melayu yang berusia 30 - awal 40an, dia dikenali sebagai Uncle Mani pemandu bas sekolah untuk sekolah  menengah di sekitar bandaraya Ipoh pada awal 90 an,lama sebelum bas sekolah di cat kuning bagi identitinya. petang tadi sewaktu santai petang blogger Sekupang dan bro Affden di sebuah restoran mamak, pertemuan tak di sengajakan antara kami meleraikan banyak perkara tentang suara suara masyarakat India di sekitar Gopeng mengenai suasana politik Perak kini,

"itu worang bagus!!" itu yang keluar di mulutnya apabila di tanya mengenai Menteri Besar Perak DS Zamry Abd Kadir."itu time DAP sama PAS jadi goverment..u bagitau saya mana  itu sekolah Tamil dapat apa apa.Tarak!"bentaknya lagi. "Tapi sudah kasi itu SUWA 3000 ekar tanah" "itu Zamry u tengok,summa dia jaga.melayu ada dapat,cina ada dapat, itu SRJK Tamil juga dapat 6 bulan lepas,dia ada kasi 2000 ekar.""saya gerenti sama u,kaum India sini Gopeng support BN sudah"

Kata kata uncle Mani bukan sekadar kata kata kosong,atau sekadar mengampu Menteri Besar.Naib Ketua Bahagian MIC bahagian Gopeng itu juga menyatakan betapa satu ketika dulu,masyarakat India menolak BN dalam PRU lepas akibat marah dan rasa disisihkan dalam arus pembangunan.Dan bagaimana beliau dan barisan MIC Gopeng bertungkus lumus memastikan sokongan masyarakat India kembali kepada BN, TamilMani Mandram atau persatuan pemuda pemuda Tamil Mani Mandram antara NGO India yang kembali menyatakan sokongan hasil usaha Uncle Mani dan jawatankuasanya.

 Pengusaha Bas Persiaran yang paling dikenali di bandaraya Ipoh ini juga tidak lokek apabila di tanya jikalau ada masyarakat India yang memerlukan bantuannya baik apa jua  "u angkat saya handphone number " 012 510 1253. ini nombor u angkat satu kali.. 018 5777055 Thirumurugan. Ini Ketua pemuda juga.

Luahnya lagi,betapa masyarakat India mula sedar akan "politiking' yang berlaku dalam PR baik di negeri Perak maupun cerita PR Nasional, "India worang suda jemu la, itu...  hari hari sama cerita" ... Apa kata Uncle Mani bila ditanya tentang PR Perak, ikuti temubual dan jawapan di Siri 2... NEXT EPISOD!!!



.

7 ulasan:

geng bas skolah berkata...

INI UNCLE MANI MULUT BANYAK BISING...HAHAHAHA AKU NAIK BAS DIA DULU.STEADY UNCLLE!!!

parang pedang berkata...

Uncle mani boleh jadi Rajnikanth bila suaranya tak didengari.....Hidup uncle mani!!!......Zap!..Zap!..Zap!...

pak karo berkata...

rajnikan malaya... hehehehe power uncle ni boleh duduk brsembang denan bloggers, hik 3x kenapa jutawan melayu tak mahu macam nie yer?

1 Malaysia berkata...

Tahniah Uncle Mani,
Nampaknya sudah mula ada Kaum India sedar mereka telah di perbodohkan oleh Pakatan Rakyat dengan memainkan sentimen Kaum untuk membenci Orang melayu terutama perpaduan yang telah lama wujud di Malaysia semenjak kemerdekaan tercipta.
MIC adalah diantaranya yang sekarang telah nampak perubahan bila timbul pelbagai suara yang melahirkan kesyukuran dengan perhatian Menteri Besar yang kita sendiripun tidak tahu bila dia membantu kaum India seperti apa yang dilahirkan oleh Uncle Mani ini.
Rakyat seadanya sememangnya tidak pula menzahirkan kelebihan sesuatu kaum kecuali Pakatan Rakyat yang suka menjadikan Satu Malaysia sebagai Fitnah terbesar supaya Huru Hara menjadi Target sebenar.
Kalau kita lihat paling dekat dengan Uncle Mani mewakili pandangan ekonomi bangsa India bukan pekara baru bila sudah ramai Kaum India yang kita dapat lihat menceburi perusahaan Bas Persiaran dengan baik. Rasanya tidak dapat kita nafikan IPOH PERMAI memang disenangi oleh ramai dengan perkhidmatan Bas Persiaran. Saya juga adalah diantara yang pernah mengunakan perkhidmatan Ipoh Permai beberapa kali, selesa dan berpuashati dengan servis syarikat Uncle Mani ni juga kadang-kadang terfikir Pakatan Rakyat dikhuatiri akan timbulkan pelbagai fitnah dengan kejayaan Uncle Mani dan Ipoh Permai. Saya berharap akan muncul lagi ramai kaum-kaum lain seperti Uncle Mani boleh mendedahkan betapa kerajaan amat perihatin dan menyokong semua kaum untuk memajukan nasib terutama membela Rakyat tanpa mengira Kaum seperti Uncle Mani.
Seperti Ulasan Pak Karo saya juga bersetuju dengan pandangannya, semoga diBlog saudara ini akan lebih ramai pendedahan akan dapat di lihat.
Tahniah Uncle Mani, saudara Sekupang Dua dan juga Ipoh Permai semoga anda sekalian menjadi contoh terbaik pengertian PERPADUAN RAKYAT dalam merealisasikan SATU MALAYSIA.

Rakyat Perak Darul Ridzuan berkata...

Salam Bro Sekupang.
Menarik perhatian saya dengan pendedahan bro dan sedang menunggu The Next Episod dengan jawapan UNCLE MANI tentang Pakatan Rakyat, mungkin ada kisah yang ada kaitannya

Pada Uncle MaNI, Apa kata kalau Uncle taja sebuah bas untuk bawa semua Bloggers di Perak ke Langkawi atau Pulau Pangkor tempat DS Dr Zambry bagi lawatan sambil kerja serta bertemu dengan pemimpin Nombor satu di perak ini.

Ha Ha Ha, pada bro sekupang jangan lupa listkan sekali Nama Saya dalam trip tersebut.

Tangga Langit berkata...

salam bro,

mohon paut blog saya. saya sudah paut dan follow blog anda. tq

http://ketanggalangit.blogspot.com

Mohammad Roslan berkata...

Salam,
Sebenarnya masyarakat kita jenis cepat beremosi. Emosi boleh cacatkan pemikiran yang betul. Orang India di negara kita telah dipergunakan oleh Parti pembangkang terutamanya peguam-peguam etnik India untuk membentukkan (Image) emosi dengan babitkan kes-kes jenayah dari golongan penjenayah berketurunan India untuk manipulasi pemikiran orang India dinegara ini, seperti Filem-Filem Tamil yang punyai plot ceritanya seperti penjenayah wujud kerana kezaliman dan tidak keadilan pemerintah. Kebanyakan plot Filem Tamil adalah menentang pemerintah. Plot Filemnya kalau Menteri, menteri jahat, kalau Wakil rakyat pemerinath jahat. Ini adalah gerakan potret emosi kepada kaum India yang berpendapatan rendah di sini. Filem membentukan emosi seperti juga porno merosakan akhlak.

Untuk mengatasi persepsi yang timbul dari emosi ini, MIC dan NGO-NGO Kaum India perlu kerja keras dengan mendampingi masyarakat India yang berpendapatan rendah melalui program-program yang bersesuain dengan masyarakat tersebut. Bukan kah tujuan asal parti politik adalah menjaga kebajikan Masyarakat yang mewakilinya. Kerajaan Negeri perlu membantu dan memberi sokongan kepada program seperti ini. UMNO juga boleh membantu berkerja-sama dengan MIC dalam anjurkan program bersama. Minda Masyarakat Cina lebih terbuka dan hal ini sebab mereka punyai NGO-NGO dan Deawan-Dewan perniagaan mengambil peranan Aktif.

UMNO perlu mengubah pemikiran eksklusif untuk Melayu kepada pendekatan Iklusif masyarakat India diluar bandar. Unit amal Pemuda UMNO buatlah sekali dua anjurkan program untuk kaum India. Ke Iklusifan UMNO dengan MIC akan memberi satu impak baru dalam senorio politik Negeri Perak. Cuma UMNO boleh beri keyakinan kepada kaum India yang berpendapatan rendah, kerajaan sentiasa beri perhatian kepada mereka juga. Bagi kaum India..UMNO adalah kerajaan.

MIC Perak perlu ubah pemikiran masyarakat India Perak, Parti MIC bukan Parti eksklusif untuk orang-orang yang berada.Setiap lawatan pemimpin MIC perlu di kalungkan bunga dalam setiap program. Berhentikan adat berkalung itu kini seperti kerja pembodek ini. UMNO dah lama meninggalkan berarak dgn kompang dan bunga manggar. Ini semua kerja kaki bodek. Persepsi wakil rakyat adalah pekerja untuk rakyat perlu diamalkan. Kalau perlu Pemimpin MIC perlu rumah ke rumah dan bertemu dengan masyarakat India bukan semata-mata semasa pilihan raya. Kerja ini bukan mudah tetapi sukar dilakukan. Politik memang sukar dan bahaya. Ambil lah sebagai cabaran. MamaK Penang ucapkan tahniah kepada blogger ini yang berfikiran terbuka dan iklusifkan MIC dalam UMNO. UMNO perlu berdiri di atas kaki sendiri. Pemikiran dan persepsi Rakyat sedang berubah UMNO perlu gunakan kesempatan dan memikirkan masa depan dari bergantung kepada konsep parti perkauman. Kalau Pas dabik dada mengatakan "PAS UNTUK SEMUA'..UMNO juga boleh, "UMNO UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA". Insyallah kita sudah tiba masanya bukan saja bergantung kepada pemimpin parti komponen tetapi kita bersama Rakyat.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND