21 Februari, 2012

DAP GANTI SPRM? DAILOG LGE & CSL KECOH BILA TAK TERJAWAB SOALAN PENONTON

DAP dah buat keputusan NGA tidak bersalah sebelum SPRM selesai siasat? Bila pulak dema jadi SuruhanJaya Pencegah Rasuah Malaysia? Senang ler gitu kalau DAP tak payah takut selagi dema kata tak salah maknanya boleh pakai untuk rujukan lain. Dalam mesyurat tertinggi pari nampaknya macam kelam kabut nak bagitahu tak bersalah walau pun SPRM tak habis lagi menyiasat dalam kes LONG SUIT MBI yang telah teman laporkan kepada SPRM sebelum nie, Senang benor dema boleh jatuhkan hukum ikut suka dema sendiri (KLIK SINI).

Apa yang dema kelam kabutkan entah? Nak bagi tau sedara dema PAS dan PKR suruh akur dan tolong hebah dema tak bersalah ataupun tengah nak bagitau Orang paling Kuat DAP Perak boleh bertanding di PRU 13 nie? Melihat pada perjalanan isu nie pun teman diperasankan oleh kawan bloggers 'Miker tak perasan ker PAS dengan PKR tak nyokong isu ni kat nga?' Isu nie pun tak ler teman nak pebesarkan sebab beranggapan biorler SPRM selesaikan, sebaliknya dia yang kecoh dan mulakan saman menyaman yang sampai sekarang teman tengah mencari jawapan BETUI KER ORANG YANG TEKANAN MENTAL NI PANDAI KIRA DUIT SAMPAI BERJUTA JUTA?

Paling menarik dan buat teman pecah perut bila terbaca di Perak News TIGA BEKAS AHLI MAJLIS MBI YANG JUGA BEKAS AHLI LEMBAGA TENDER FRANKIE WONG (DAP), SIMON NG (DAP) dan KHAIRUDIN ABDUL MALIK (PAS) MENUNJUKAN MEREKA TIDAK SEDAR BAHAWA ISTERI NGA RAKAN KONGSI SYARIKAT TERSEBUT! Pecah perut teman bila dema dedahkan betapa begini yang dilantik ahli lembaga tender... Senang benor yop! Boleh guna alasan tak sedor kalau ada yang nampak benda tak betui dah jadi! Ater kan ker kerojer komer yang memeriksa atau semak semua tender dan bedasarkan TATACARA PENILAIAN TENDER WAJIB DIPATUHI AGENSI KERAJAAN PUSAT, NEGERI atau Majlis Perbandaran yang telah ditetapkan perlembagaan serta peraturan tender yang telah ditetapkan bagi seluruh Malaysia... 
Tengok 3 hb April 2008  dah diaward
Syarikat Bini yang wujud 20 hari lepas tender dah diaward?


Habis tu macamana pulak tarikh syarikat tersebut didaftarkan pada 23hb April, 2008 yakni selepas 20 hari tender dah bagi kat goodman tailor pada 3hb April, 2008? Bermakna syarikat E&E belum wujud pun lagi semasa tender tersebut dibuka kepada pembida, Tak semak ker masa tender dibuka dan di dibida oleh syarikat lain yang nampaknya syarikat E&E belum pun wujud? Tak rujuk ker pada pendaftaran syarikat yang sepatutnya disertakan sekali? LEMBAGA TENDER AMENDA MACAM NIE? Nak bagi alasan tak sedor juga ker yop? senang bemor komer nak halalkan perintah! Apa komer ingat Rakyat boleh terima ker? Ishhh terus terang ler sebab kengkawan komer boleh halal ker?

Berbalik masa Dailog LGE dan CSL pulak! Nampaknya Lim Guan Eng tak boleh nak jawab bila soalan diajukan oleh penonton, antara nya Jessie Oii yang begitu lantang persoal pasal kenapa masih suruh majlis tunda kereta walaupun dah pukul 10 malam ? Bukan setakat itu sahaja malah LGE sendiri gagal menjawab dan CUBA MENUTUP ISU NGA DAN LONG SUIT MBI seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian dan Blog-blog sahabat yang melaporkan semalam. (KLIK) 

Apakah dailog seperti ni nampaknya menjadi target untuk mendapat undi kaum cina dengan pelbagai tuduhan oleh kerajaan Barisan Nasional. Yang nyata LGE tidak lansung menjawab persoalan Chua Soi Lek kepadanya, yang penting hentam selagi boleh dan jangan jawab kalau ia merugikan PARTI! Kesimpulanya lebih berbaur kepada penyokong kaum cina menyokong dema, macam biasa ler kucing berak tengah jalan pun UMNO ler yang dipersalahkan...


LAIN KALI MINTAK JER TENDER, DOKUMEN REKA-REKA ATAU DAH DAPAT BARU BUAT SYARIKAT, MANA TAU NASIB BAIK! DAPAT PULAK TENDER, IYA LER KEKADANG LEMBAGA-lEMBAGA (bukan sorang yop) TENDER TAK SEDOR YOP, BUTA JER MASYUK, DAP BOLEH BAGI KEPUTUSAN PER!!!

4 ulasan:

ddinbunga berkata...

SALAM, DEME BODOH BRO.

bota silver berkata...

nak tanya. lesen kementerian kewangan ada ke.??

bota silver berkata...

nak tanya. lesen kementerian kewangan ada ke.??

Tanpa Nama berkata...

Harap orang Perak sedor ler. Jgn bagi muka pd DAP. Sekali dema dapat, nyesal le kome seumur hidup. Nga pelahap, kome nganga...

nengok muka Nga ni, teman pun konfius. Muka ke, buntut?

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND