05 Februari, 2013

PROJEK DATUM JELATEK KEMUSNAHAN DAN MELAYU BAKAL TERPINGGIR


Apa akan jadi kepada penduduk Melayu bila Projek Datum Jelatek bila pembinaan 'TWIN TOWER' WINGS, CHINESE MAINSTREAM' DISTRICTS yang bakal diwujudkan? adakah ini cara menyisihkan bangsa Melayu dari kawasan yang didiami oleh Orang Melayu dari awal lagi?

Adakah pemilik yang telah pun menjadi separuh dari Projek ini dimiliki oleh warga asing menandakan pengusiran oarang Melayu dari kawasan jelatek, kawasan taman keramat ini? bukankah dengan cara ini orang melayu bakal tersisih kerana pembangunan gergasi ini hanya kerana tidak mampu memiliki sekalipun ditawarkan untuk Bumiputera dengan nilai rm 700k untuk seunit?


Dari 4 blog bagunan ini (block A&C) bangunan pangsapuri ini telahpun dibeli secara pukal oleh pelabur asing, Penjualan juga dibuat dinegara asing ini amatlah membimbangkan kita dengan nasib orang Melayu di taman keramat ini khususnya, ini bermakna 50% dari pangsapuri mewah ini akan diduduki oleh orang asing.

Baki dua blog lagi nampaknya akan diberi kepada 50% untuk bumiputera dan 50% lagi kepada bukan bumiputera, bukankah kawasan Taman Keramat ini juga merupakan eklusif penempatan khusus kepada orang Melayu?

Nilai harga yang ditawarkan kepada oarang Melayu adalah RM 700 ribu untuk seunit, berapa ramaikah oarang Melayu disitu yang mampu memilikinya? kuota yang ditawarkan kepada orang Melayu pada unit ini di block yang termurah, paling bersauz kecil dan lokasi yang paling tidak strategik lansung

Yang Nyata kawasan ini juga akan mengundang kemusnahan sekitar selain akan mejadikan beberapa kawasan perumahan bakal diruntuhkan bagi membolehkan projek ini diadakan, malah salah satu dari syarat utamanya memerlukan jalan Enggang dilebarkan kepada 4 lorong yang tentunya akan memusnahkan beberapa kawasan penduduk Asal Melayu disini..

Demi pembelaan terhadap isu ini sekalipun bukan berunsur Politik maka satu kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai BARISAN BERTINDAK DATU JELATEK akan mengadakan sessi penerangan demi hak Orang melayu dan menangkis pencabulan ini di :

LORONG ENGGANG SATU, TAMAN KERAMAT
PADA 16.2.2013 (SABTU), 9.30 MALAM

Boleh juga ke laman blog (BANTAH DATUM) untuk cerita lanjut atau hubungi diemail bantahdatumjelatek@gmail.com

Pada sekupang Orang Melayu kena bersatu jika beginilah pembangunan yang nampaknya istemewa kepada orang asing, tambah lagi kawasan Taman Keramat yang menjadi penempatan asal bagi orang Melayu... Sekupang masih teringat bila blog pertama menjadi medan tempur membahaskan isu di blog Pemuda jalan Enggang... 

6 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau tak silap ini kat tapak kampung wawasan..setingan melayu..maaf la kot salah..sebab tade peta :P

Suparman berkata...

Berita diatas adalah berita penipu dan membohong.Aku telah mendaftar untuk membeli unit kedai di Projek ini pada tahun 2011 di PKNS Shah Alam.petang tadi aku telah bertanyakan projek ini dengan YB Saari Sungip ADUN Ulu Kelang mngenai projek ini.Jawapan beliau ialah: a. Projek akan di laksankan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor PKNS.
b. Harga Lot dan apartment adalah harga mampu beli bagi orang Melayu iaitu bawah RM 300,000
c. 50% lot lot khusus untuk orang Melayu
d. 8% Lot lot berharga jutaan ringgit terbuka kepada semua
e. Development Order belum di keluarkan oleh Kerajaan negeri maka tiada jualan telah dibuat.
e.Penjualan pukal kepada Cina Singapore adalah pembohongan.

Kalau tak caya aku cakap nih gi tanya ADUN Ulu Klang.

Chempaka Aziz berkata...

Jdnya ada peluang lg ke utk membeli unit di sini? Kt mna
Utk dapatkan borang bookingnya? Tk

Tanpa Nama berkata...

suparman,

ko bodoh ke apa,
Saari Suib tu
pkns ke, ko tak tau ke ade sales event di singapore yang GM PKNS dan peg jual ke Singapore.

Tanpa Nama berkata...

Dkt PRU 13 nih makin kencang citer DATUM,siap bukti pelan pembangunan n penjualan kpd warga asing..............menakutkn

Unknown berkata...

Tanpa Nama 12.42 PG 25/2/2013,

Aku rasa kau lagi bodoh, tak tau apa2. Ikut dengar cakap orang tanpa buat research

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND