Kalau anda merasa Hitler itu kejam, tunggu sampai anda melihat apa yang dilakukan oleh orang-orang Sepanyol ini terhadap lembu-lembu di negara tersebut.
Setiap tahun, pada minggu kedua bulan November, pertunjukkan yang sangat sedih diadakan di jalan-jalan di bandar Medinacelli. Begitu matahari terbenam, lembu-lembu dibawa masuk ke dalam kota tersebut dalam keadaan terikat, dan dikerumunin oleh peserta yang mendakwa dirinya 'paling berani'. Dalam keadaan terikat, lembu tersebut diikat dengan bola api di tanduk mereka oleh peserta tersebut pun sebagai 'berani' yang kemudian lembu tersebut dilepas selepas itu.
Begitu bola api tersebut mula membakar tanduk lembu tersebut, panas api akan menjalar ke mata dan muka yang menyebabkan sakit yang luar biasa yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.Dalam kesakitan tersebut, lembu tersebut akan lari ke dinding dan menanduk-nanduk melukai dirinya sendiri, sementara itu orang ramai berteriak dan tertawa terbahak-bahak.
Setelah berjam-jam dalam kesakitan yang luar biasa, lembu tersebut akan buta kerana api, dan kemudian mati dalam kesakitan. Masih belum cukup sedih rasanya, orang ramai tersebut kemudian akan memotong lembu tersebut dan kemudian dibahagi-bahagikan ke peserta di acara tersebut.
Benar-benar kasihan sekali nyawa lembu-lembu tersebut hanya dijadikan mainan oleh manusia. Satu lagi bukti kekejaman manusia di muka bumi ini. Entah apa yang difikirkan oleh manusia tersebut .sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan