05 Ogos, 2013

MANUSIA SPESIS POPAYE DITEMUI

Setiap lelaki mengimpikan bentuk badan yang menarik dan sasa terutamanya dalam proses ingin memikat gadis dan bahagian utama yang akan sering diperhatikan adalah pada bahagian bicep (lengan)..Kalau korang nak tahu, pemilik biceps terbesar di dunia adalah milik kepada Moustafa Ismail, seorang lelaki dari Mesir..Nak tahu dengan lebih lanjut? Meh usha kat bawah ni..


Gregg Velentino, seorang lelaki yang mempunyai biceps terbesar di dunia telah dipecahkan rekodnya oleh seorang lelaki yang berasal daripada Mesir iaitu Moustafa Ismail. Moustafa yang juga merupakan ahli bina badan juga dikenali sebagai "Big Mo".

Dia yang berumur 24 tahun dan bekerja sebagai atendan stesen minyak mempunyai biceps yang membonjol sebesar 79cm (3i inci) telah disahkan sebagai pemilik biceps terbesar di dunia dan akan muncul di dalam majalah Guinness World of Records, isu 2013.

Dia memberitahu telah mula menjalani latihan bina badan sejak 10 tahun yang lalu dan memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 3 jam latihan dan 2 kali sehari.

Pelpp

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

musti makan bayam dlm tin banyak2 nih..

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND