Apa dah jadi nie? Siap bergantung banner minta ALI MADAD tolong atau bantu menangkan PAS... komer tengok sendiri banner nie punya ler baek bergantung di tepi jalan dekat kebut sawit di Jalan Kg Sungai Kering di dalam dun Sg Limau...
Persoalannya kenapa org PAS sendiri tak turunkan semua banner-banner yang begini dimerata Di DUN Sg Limau. Apa pun sebenarnya tidak menghairankan kita pun. Kadang kadang dia boleh jadi penuh dengan muslihat dan tipu helah yang boleh dirancangkan oleh depa nie... maklumlah kalau dah kaki putaq belit nie tang ceruk mana pun depa tetap spin... hehehe boleh ka gitu..opss lagu nie?
Sebelum nie seluruh umat Islam di Malaysia gempar bila serbuan Markaz Syiah di gombak. ( klik ) Nyata kewujudannya tak boleh dinafi atau rahsiakan lagi... apatah lagi bila kita juga dikejutkan oleh semua adun Pakatan Roket nie sebulat suara menolak usul bantah dan meyokong pelaksanaan bagi membolehkan pihak berkuasa bertindak diatas kegiatan Syiah yang makin menular dinegara... menolak, berkecuali dan tidak mengundi oleh Pakatan roket nie cukup jelas sebagai TIDAK menyokong usul yang dibawa ke sidang DUN Negeri Kedah baru-baru nie... atau dalam erti kata menyokong kegiatan Syiah tak boleh diambil tindakan?
Apa-apa pun tidak mustahil penuh dengan pelbagai muslihat atau perancangan yg tidak boleh iita jangka atau teka. Ditambah lagi dengan pembongkaran beberapa kejadian serta pekara yg dilhat sebagai bukti baru-baru ini. Bermacam jawapan kita boleh kita andaikan atau fikirkan sebagai resolusi terhadap isu syiah dan pembongkaran bukti yg menjadi tanda tanya terhadap persoalan nie... semuanya bermula selepas pengundi dan rakyat di N20 Sg Limau...
Dengan bukti yg kita didedahkan maka pelbagai andaian boleh kita buat...
1. Akibat kantoi SUDAH penglibatan dengan Syiah bila terpampang banner seperti ini serta penolakan usul memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan diatas kegiatan Syiah di Kedah ditolak mereka dengan tidak setuju, berkecuali dan tidak mengundi oleh 15 Dun pakatan roket ini semasa sidang DUN kedah yg lalu baru-baru ini... jadi kita boleh andaikan mereka nak cover kepincangan ini dengan... ( klik )
Buat banner sebegini dan dengan mudah akan menyalahkan kononnya ini kerja UMNO yg juga kononnya memfitnah PAS sekali pun bukan yg buat banner nie. Cara ini paling mudah sebagai taktik menutup pembongkaran mereka yg sudah kantoi sebelum ini... jadi adalah isu yg baru dijadikan tajuk atau isu baru ceramah mereka untuk kencing rakyat di PRK N 20 SG LIMAU.
2. Mungkin boleh diandaikan memang mereka yg buat atau rakan syiah yg menyokong yg buat banner ini bila kita teliti dan siasat... semuanya taktik sebagai meraih simpati pengundi Sg Limau...
Memang tak mustahil kalau kita melihat sorotan tindakan sebelum ini pun mereka memang sanggup highlite kan perbuatan jijik dengan menziarahi ayah DS Jamil Khir dirumah beliau yang dikepalai oleh mamak Mahpuih dan rombongannya siap dengan buat PC kononnya sekadar ziarah sebaliknya habis di Spin dalam flyers PAS dan lebih jijik yg dikatakan IKHLAS ni dibuat dalam bentuk video dan disebarkan dalam youtube lagi... ikhlas kepala bapak lu lagi nie (klik)
( maaf tidak bermaksud menghina Mamak tetapi nak kasi tau pada rakyat yg dema ler paling halam jadah kutuk dan hina mamak sebelum ini kepada Tun Mahathir )
Bukan setakat itu tak mustahil mereka yg buat dan rancang sendiri kalau kita nilaikan dengan isu bagaimana gambar diedit semata mahu menipu rakyat percaya calon dema baik dan juga merupakan saudara kepada Arwah DS Azizan... ( klik ) begitu juga dengan gambar bagaimana jalan diturap oleh pihak JKR selepas didesak oleh calon yg sebenarnya bukan menang lagi pun dinPRK akan datang nie...
Agak-agak ler kot ya pun apa pasal JKR boleh keluar bajet rakyat untuk dia yg nilainya tentu ribu atau puluhan ribu ringgit... kenapa nak bising dan mahu aibkan BN dan JKR sendiri sedangkan sudah lima penggal memerintah di Sg Limau dan paling tak masuk akal tempat mantan arwah MB Kedah sendiri tidak terlaksanakan sebelum ini.
3. Bagi melihatkan yang mereka nie diaibkan dengan fitnah oleh BN kononnya mereka sengaja difitnah sebagai terlibat dengan Syiah. Jadi dengan alasan ini setidak-tdaknya dapat jugak cover line bila Rakyat terutamanya dibongkarkan betapa mereka tidak menyokong usul di Sidang Dun Kedah terhadap enekmen yang dikuluskan bagi membolehkan badan berkuasa bertindak terhadap kegiatan Syiah...
Banyak lagi yang boleh disabitkan kalau di kaji sama ada mustahil atau pun tidak... kalau dah bapaknya kencing berdiri mana mungkin tak mustahil mereka lagi teruk bukan setakat kencing berdiri malah berlari 100 meter tu ekekeke...
Agak-agak ker yop buka semua pengundi lembu yang boleh korang kencing... rakyat cukup paham dwngan perangai lamjedah korang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan