25 Oktober, 2013

VIDEO MATI DIHEMPAP BALAK

TAOTAUAJER - Ada sebabnya mengapa setiap kenderaan diberikan had laju tertentu ketika berada di jalanraya mahu pun melepasi selekoh. Seharusnya undang-undang dipatuhi saja kerana pihak berkuasa sudah tentu telah menjalankan kajian sebelum menguatkuasakan had laju sesuai.


Jika tidak mematuhi had laju sepatutnya, inilah contoh terburuk yang boleh berlaku.

Bayangkan, pemandu sebuah lori yang sarat dengan muatan balak boleh ‘layan corner’ dengan selamba. Padahnya, kayu-kayu balak yang diikat di belakang lori tercabut lalu menghentam penghadang jalan.

Malangnya, ada pula manusia sedang berada di situ sewaktu kejadian itu berlaku. Maka, berlakulah tragedi kematian ngeri ala Final Destination.

Sewaktu layan corner pemandu lori mungkin hanya terfikir bahawa dia melanggar undang-undang. Tapi bila ada nyawa yang melayang seperti ini, bersedialah untuk menjawab dan bedepan tindakan undang-undang.

Saksikan video rakaman ini...



 Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, kita sebagai pemandu boleh mengambil iktibar supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya. Siapa boleh menduga, kalau kecuaian kita boleh mengkibatan nyawa orang lain melayang seperti ini. - KOLEKSI DAHSYAT!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus la lagakan melayu gaduh, gila duit ko ni,

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND