21 November, 2013

JUARA-JUARA DUNIA JETRACE TURUN RENTAP DI PANGKOR 30 NOVEMBER NIE




YB Dato' Sharul Zaman Yahya dalam sidang media bertempat di Klomplek Sukan MSN Ipoh mengumumkan Pulau Pangkor sekali lagi bakal jadi tumpuan jaguh-jaguh Jetrace dari serata dunia di kejohanan WORLD JETRACE CHALLENGE yang akan diadakan pada 30 November hingga 1 Disember 2013 di Pasir Bogak, Pulau Pangkor. Nampak gayanya satu lagi sukan air extreme atau lasak semakin mendapat perhatian terutama golongan muda. Sukan air seperti Jetrace sebelum ini dikatakan hanya kepada mereka yg berkemampuan sahaja mampu diceburi. 

Bagaimana pun menurut Sharul sukan Jetrace kali ini kula digilai oleh semua golongan muda terutamanya dan tidak lagi dari golongan Elit Kerana dikatakan memerlukan Kos yg begitu tinggi untuk sukan Jetrace ini. Kejohanan bertaraf dunia ini juga boleh menjadi acara bagi menarik Pelancung luar hadir selain ia akan menjadikan sukan air yg lasak diperkenalkan di Negara terutama tumpuan Pulau Pangkor yg semakin dikenali dunia sebagai pulau peranginan yg terkenal di Dunia. Ia juga sebagai persediaan Awal bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2014



Setakat ini sudah ada 40 peserta dari 15 Pasukan seluruh negara didunia telah mengesahkan akan turun berentap dalam kejohanan yg bertaraf dunia ini. Diantara negara yang membuat pengesahan adalah negara China, Jepun, Filipina, Brunei dan banyak lagi yg mahsyur dengan sukan ini dinegara mereka.Penyertaan kali ini mendapat respon yg amat baik kalau dibandingkan hanya 10 pasukan yg bertanding di tahun Lepas.  

Kejohanan kali ini menawarkan hadiah lumayan yg berjumlah RM33.500.00 ini juga merupakan pusingan terakhir bagi peserta tempatan dari siri sebelumnya di Langkawi, Johor, Terengganu dan kini di Pulau Pangkor, Perak. Hasil kutipan mata tertinggI bakal dinobatkan sebagai juara Malaysian International Jetrace Challenge Siri 2012/2013 sekali gus akan mewakili negara utk peringkat Antara bangsa keesokannya. 


Beberapa kategori yg dipertandingkan seperti 4 STROKE PRO AM OPEN, 4 STROKE PRO AM STOCK, 4 STROKE LADIES OPEN, 4 STROKE VETERAN OPEN dan 2 STROK 800 OPEN.Difaham kan juga bagi acara 4 Strok Ladies Open dijangka bakal bersaing hebat kerana kita mempunyai ramai perserta tempatan untuk wanita bertaraf dunia. 

Turut hadir dalam sidang Media pelopor sukan Jetrace dinegara kita Yang Mulia Tengku Raja Petra Shah, Tuan Haji Musa sebagai Peneraju Utama MSN negeri Perak serta Juara Negara Sdr Mohd Nor Azahari @ Eddy yg juga merupakan anak jati Pulau Pangkor yg mereka gelarkan sebagai Thosi Samurai oleh kebanyakan rakan-rakan pelumba Jetrace.

Ditanya apakah target beliau untuk kejohanan kali ini... nyata beliau mahu dan bertekad mencapai kemenangan podium. Eddy juga pernah melakar kejayaan besar sebelum ini sebagai Juara All Japan Champion dan Juara Dunia dan ketika ini merupakan ke 7di Ranking Dunia. Di kejohanan Lepas Beliau telah memenangi tempat kedua kategori Strok 800 dan juga tempat kedua Kategori 4 Strok Close. 

YAB Menteri Besar Perak Datuk Seri Diraja Dr Zambry bin Hj Abd Kadir dijangka hadir pad hari sabtu jam 10.30 pagi  sabtu bagi menyempurnakan dengan merasmikan kejohanan tersebut manakala penutup kejohanan tersebut akan dilakukan oleh beliau sendiri yang juga sebagai Exco Komunikasi, Multimedia, Belia dan Sukan pada keesokan harinya (Ahad) yg dijangka akan selesai jam 5.30 petang.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND