02 September, 2013

BUNUH DIRI TAK SELESAIKAN MASALAH MENYUSAHKAN ORANG LAIN LAGI ADA LER


Seorang lelaki di China bernama Wang Li cuba bunuh diri dengan melompat dari tingkat enam pangsapuri tempatnya tinggal di Changchun, Wilayah Jilin, China bahagian utara. Dia cuba melompat melalui tingkap apartmen dengan hanya memakai seluar dalam.

Cubaannya untuk bunuh diri tidak berjaya, kerana isterinya, Ling Su, sempat mencegahnya. Dailymail, Kamis 1 Ogos 2013 melansir, Ling terpaksa menarik seluar dalam Wang agar suaminya itu tidak jatuh ke bawah,tetapi, genggamamnya tidak kuat menyeebabkan semakin terus melorot, sehingga Ling hanya dapat memegang kaki kanan Wang untuk mencegahnya bunuh diri. Seorang diri, Ling berusaha menarik tubuh Wang kembali ke tingkap.

Namun dia tidak cukup kuat, badan Wang tergantung di bawah tingkap dengan keadaan seluar dalam hampir melorot.

Panik, Ling kemudian berteriak meminta pertolongan.

"Kami mendengar suara teriakan dan melihat ada seorang lelaki tergantung di tingkap dengan si isteri memegang seluar dalamnya supaya dia tidak jatuh," ujar salah seorang pejalan kaki yang melewati di depan pangsapuri mereka.

Masih menurut para pejalan kaki, mereka sebenarnya sudah berniat untuk menolong, namun terhalang akibat pintu pangsapuri terkunci dari dalam. Mereka juga mengaku tidak mampu mendobrak pintu.

Pegawai polis dan pemadam kebakaran kemudian datang 20 minit kemudian dan berjaya menarik tubuh Wang dari luar tingkap. Menurut pengakuan polis, Wang berniat membunuh diri kerana mengalami kemurungan akibat kehilangan pekerjaan.



Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND