20 September, 2013

KERETA LUTSINAR UNTUK KURANGKAN KADAR NAHAS JALAN RAYA?

kereta lutsinar, berita, german, luar negara

Kereta lutsinar guna teknologi keselamatan  | Frankfrut -  Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untukmengurangkan kadar nahas jalan raya.

Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.

Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi.

Sumber : newandoldinfo.blogspot.com

1 ulasan:

ajai62 berkata...

Assalam Bro

Betul ke kereta tu lebih selamat... kalau bahagian enjin yang nampak oklah bro... Tapi kalau bahagia pemandu dan penumpang tu ada sikit ngerilah bro... bayangkan pemandu tu wanita cantik dan pakai baju tak cukup kain....? Apa akan jadi diatas jalanraya nanti...wakakakaaaa

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND