13 Februari, 2015

HEBAH ATAU HEBAT ATAU HAMPAS, KENA CATAT NUA DALAM SEJARAH?

Sehari lepas non dipenjarakan di Penjara Sg Buluh..., 3 pemuda yg Akrab berborak setiap awal pagi lagi diwarung Pak Nua. Pulangnya pulak bila pagi yg baru ganti hari. Kebiasaanya pelanggan atau orang kampung suka melayan keletah 3 anak muda nie... Bagaimana pun semenjak mendapat perkhabaran tentang TGNA sakit yg agak berat habis, semua akhbar mereka baca hingga iklan yg tersepit pun tak dapat lari dari mata dia orang

selesai baca selagi ada baris dlm akhbar dan melalui laman maya pula selagi ada sisa kredit maka jadinya penyelamat atau dalam kecemasan utk tahu isu atau kes panas. Hanya cara ini lah mereka masih bertahan dan kekal setiap pagi punch card untuk mencari info tentang isu dan cerita. Cepat dan pantas

Kadang-kadang sukar diterima akal... mana taknya... beli kredit prabayar tel pun kekadang RM 10 sahaja. Tapi bertahan hingga akhir bulan... teknik atau mentera jimat apa yg dia orang amalkan

Tapi bukan pelik. Orang kampung tau sgt... yg sebenarnya warung tersebut begitu popular kerana Nama dan kedudukannya. Warung tersebut sebenarnya terletak sebelah dan cukup hampir dgn Mc Donald.
Kerana itulah warung nie dapat nama glamor Mc Dollah dan sebelahnya Mc Donald.

Tak banyak info yg diperolehi... kalau ada pun di kaca tv terutama bila disiarkan DS Najib dan beberapa pemimpin yg menziarahi TGNA. Bagai terkesan dgn berita TGNA yg sakit dan agak kedai kopi pak Nua nie jugak kelihatan tenang dan sunyi.

Sebaliknya pada 8hb febuari, Warung Pak Nua nyata gamat kembali. Sessi sidang parlimen warung pak Nua kembali hangat. Kes liwat menjadi perhatian ramai termasuk ketiga-tiga pemuda ini diantaranya... Antara pemidato terhebat ialah taukey kedai itu sendiri... Mengalahkan berita paper dan tv...

Sebaik jatuhan hukum oleh hakim di makamah rayuan makin panas la warung pak Nua. Ibarat kedai nombor ekor disebelah petang berbaki 10 minit terakhir utk membeli nombor ekor... nyata semua setuju termasuk taukey warung sekali sebulat suara mengakui kes  bang non tak mungkin hilang begitu shj. Malah amat yakin ianya akan berlarut sehingga PRU 14. Kata bang non rakyat akan terus menyokong serta bersamanya. Malah tidak sesaat pun ada kekosongan ruang tentang perjuangan utk dia dilupakan...

sempat sehari bertahan kecoh psl isu liwat yg melibatkan bang Non . Bila tiba-tiba menerima berita TGNA telah karahmatullah...
Maka topik baru mula dibuka... bezanya bang non yg buat huru hara dengan mengaitkan siapa sahaja yg dia tunjuk. Pelbagai aksi serta tindakan yg huru hara dimintanya meneruskan kerana inilah kononnya perjuangan...

Warung Pak Nua kembali tenang... perbezaan mahzab politik serta berbeza fahaman dan pegangan semua yg diwarung nampaknya ditinggalkan dirumah masing-masing.lupa sejenak pasal pendirian dan tengan urat tengkok kebiasaanya tak jadi macam biasa. Malah lebih harmoni sesama mereka yg kekadang tepuk menepuk bahu bergurau... tapi kesedihan tetap terlihat dirasai semua kaki lepak warung Pak Nua

Kisah warna hidup ini makin sayu sehingga ketiga-tiga sahabat ini merasakan sesuatu yg pelik...

Pemuda A : korang tak rasa macam ada tak kena jer kan..
Pemuda B : Betul la... nak kata takda isu, awal tahun nie dah berapa isu panas timbul
Pemuda C: betui tu... Brim 3 kali setahun, musibah banjir, MH 370, 17, minyak turun, Prima, bantuan sekolah... ehhh banyak lagi la bro...
Pemuda B : tu la pasal...
Pemuda A : kali nie pun macam tak stim jer macam takda isu...kekadang rasa nak balik rumah jer...
Pemuda C : hahaha... memang kompom sifat kluang man sebelah malam. Selagi rumah tak suruh utusan (adik aku ler) datang panggil balik selagi tu la tak balik punya...

Tapi nie mmg berbeza ha bro... boar (bosan) baik balik tengok cerita hindustan tengah malam di TV. Ada gak faedahnya...

Pemuda A : Aku balik la... korang nak lepak-lepak la... aku rasa layan tido lagi baik...
Pemuda C : Pak NUA mai kira... nak balik dah...
Sebaik tersebut nama Nuar ketiga-tiga saling berpandangan... laa... dah lupa dah pasal Nua nie... baru jer sehari kena hukum beb... 

Pak Nua tokey warung pun datang dengan lembab serta sopan santun sekali. Muka dari jauh 10 kilometer dah nampak gigi... macam tak kena. Apa pasai nyerongeng...

Rupanya yg tukang canang dah datang, mula lah ungkapan seperti si jabit mabuk todi... 3 pemuda nie pun disergahnya, ungkapan keramat jadi saksi 3 pemuda nie... 'Kan ker pak nua yg kata isu nua nie sampai PRU 14 pun tak reda?, Hehehe... Ye ler dengan nyerongeng dia menjawab, 

Pemuda A : kan ker Pak nua jugak yg cakap kami nie bingong...Jawab pak nua lagi... Aje benor tuh...

Pemuda B : Kan ker pak nuar kutuk kita orang hari tu...

Pemuda C : Mana tak nyer weh... Siap jerit maki hamun yer... Ngutuk kita orang, pak nua juga cakap kalau tak betui jangan panggil pak nua the master, siap boleh bagi makan kumer dan anak beranak setahun kan... Berkerut muka pak nua...

Patut la tetiba aku lapor kata pemuda B, bak yop (mintak talipon dari pemuda C), hishh ngapa pulak? Nak telipon sapa? 'Telipon anak beranak makan free la beb...' Berkerut muka pak nua, tapi dalam nada sedih dan sendu pak nua cakap 'ishhh tak kan tu pun komer berkira... Biasaler nua lir what pun peronah kata jadi perdana menteri 19 haribulan september... Tak jadi pun, idok pun orang marah... Cuba meredakan...

Pemuda C dan A pun bangun macam nak balik dan pemuda C menegur, 'aikkk kita nyarih gaduh sebab pak nua komer bagi muka lagi kat dia, berapa kole air lior dia ke muka kita, lantak korang la... Aku idok...

Agak-agak ler weh jawab pemuda C dan A, kumer balik dulu, nanti datang balik nak ajak kaum kerabat makan free. Miker oder ler barang 6 atau 6 ekor siakap masak 7 rasa... Ada akai nak bagi can... Elok ngajornyer supaya jangan kelentong dan sembor orang ikut suka... 

Se elok dema bersembang berkerut muka pak nua... Elok jer berpaling ke belakang, riuh sekedai bermacam-macam suara dan jerit, rupanya bukan sorang jer yg disembur sapa jer yg datang dia sembor... Itu ler kali akhir seminggu lepas yg teman tau... Seminggu jugak kedai pak nua tutup... Hehehe... Kali akhir semalam bila nampak kelibat pak nua kat bawah pejabat parti yg diagungkannya... Bezanya kali nie teman perasan berapa kali dia meludah bila menjerit kat brader yg jadi tonto cerita pasal nuar lir what...

Sekadar renungan... Moral of the story... pasai apa nak percaya pada yg kuat kencing...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND