13 Februari, 2015

PERJALANAN TERAKHIR NIIK AZIZ BIN NIK MAT...


Inallilahiwainalillahirojiun... Antara 10 pekara... 9 yang buruk dan 1 yang baik, Teman pada hemahnya memilih yg satu. itu percaturan yg paling baik bagi memberi ruang supaya kita tidak berbicara penuh dengan rasa iri dan tertipu seterusnya mempercayai dan menyebarkannya... penghujungnya maka lahirlah keretakan sesama umat Muhammad saw. Tanyalah kepada hati dan akal sebelum memulakan sesuatu pekara. 

Samada anda rasa kepuasan yg anda cari dan menghancurkan Terhasut dengan apa saja luahan anda terpulanglah... tetapi itu bukan yg dituntut malah ditegah. Bangsa kamu sensdiri yg di Aibkan, Agama kamu juga di Inayah serta rakus menghancurkan. Siapa lagi yg perlu jadi mangsa? ukuwah mana lagi yg boleh dikecaikan? Setakat mana kepuasan yg anda cari? Pernahkah anda memikirkan sejenak apa kesudahannya... berpesan pada diri sendiri... sekadar menilai betapa masih lagi kekal sebagai golongan yg bangga dengan kehancuran sesama ummah... fikir-fikirlah lagi...

Bagi teman secara peribadi terhentinya perjalanan terakhir Arwah Nik Aziz bin Nik Mat dengan meninggalkan banyak hikmah dan petunjuk... semua utk yg berbaki nyawa didunia. Sekali pun agak sukar utk kita mengangguk tanda perubahan dan sinar penyatuan saliturrahim sesama umat islam dan bangsa yg terlalu parah utk disembuhkan dan sukar meletakan harapan kembali erat hasil rencana dan wayang roket... apapun usaha kearah itu perlu sekali pun lansung tida kelibat ukuwah akan bertapak teguh seperti mana bermulanya episode damai sebelum ini...

Harapan melihat kedamaian serta cantuman keluarga bangsa seagama menjadi keluarga besar spt seebelum ini nyata agak sukar sebaliknya utk tidak menyerah bersama kegagalan tak salah kalau kita terus usaha dan mencoba... dimana titik kejayaannya? Rasanya tak perlu difikirkan.. itu lebih baik.sebaliknya atas kehendaknya pun kayakun... biarlah Allah swt berikan... itu haknya bagi apa sahaja yg wujud dan bernyawa...

Kalau hikmah dan musibah tidak diendah atau dipedulikan maka nawaitu kearah penyatuan akan terus sia-sia... sebaliknya jika berterusan  bersekutu dengan kepala kejahilan dan pemecahan bangsa dan agama seperti roket dan silebam mata... kita akan lihat lagi besar kemusnahan dan perpecahan terutama bangsa melayu dan umat islam... episode sedih dengan kehancuran bakal tiba menutup cerita sad ending scene... jadi marilah kita sejenak memikirkannya... 

Kita imbas kembali zahirnya seorang umat islam sebagai manusia yg diberi nama Nik Aziz Bin Nik Mat... Dan sebolehnya jangan menilai ikut sedap mulut nak cakap. Dan jangan juga menilai imbasan ini utk pengaruh dan nampak cerdik serta dilihat ada kategori Hebat serta pintar... sebaiknya tautkan kembali hati tanpa ada sempadan retak akibat politik atau fahaman....

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.
Semoga Allah sentiasa menjaga roh TGNA dikalangan mereka yg beriman. Amin..

Marilah kita memikirkan penghujung pengakhiran beliau, kita belajarlah dgn musibah, takdir dan segala kehendak Allah swt... sekali pun sukar dgn pelbagai rintangan umat akhir zaman...bersatulaj umat islam perkasakan bangsa kita...

Apa pun amat sukar bagi teman melupakan pekara yg masih tertinggal dalam usaha beliau berusaha dalam hayatnya...  
- Hudud ikut serta tanpa sempat dilaksanakan
- Kembalikan keagungan serambi mekah
- Penyatuan umat Islam tiada kesudahan
- Sehingga berakhir sebagai MB banyak yg masih tertangguh

Sebaliknya tidak boleh dinafikan kerana perjalanan diakhiri dengan segala kedukaan... semua atas kehendaknya juga memberi musibah... Manusia memang sukar belajar dari Musibah. Tidak kah terfikir titik nota terakhir bila mata menyaksikan, hati menangis bila Mendengarkan, manggu dengan segala kehadiran sebelum pergi... nik aziz nik mat melihat segala-galanya berakhir dengan kesedihan... Pergi selepas menyaksi dan mengetahui...

-Musibah Banjir melumpuhkan serambi Mekah
-Sesama umat bertelagah
- Perpecahan umat islam sesama sendiri
- Kejadian keji pemimpin dlm episode china dolls, stopa dan banyak lagi tanpa dihukum atau dihakimi mengikut tuntutan
- Rakan tanpa rasa hormat persendakan islam serta hadis dan nas dipermaikan...
- Saat umat dalam kepayahan sebaliknya kafirun konon rakan monopoli kekayaan dgn puluhan ribu ekar harta rakyat disamun
- Kemusnahan Bumi kerana kerakusan kekayaan balak dan sebagai harta milik serta rakyat terus menderita
- Tiada penghujung atau kesudahan niat utk rakyat yg kini dilupakan, lebuh raya rakyat, Pertumbuhan Masjid, Negeri Islam @ serambi mekah... dan paling sedih....
Menyaksikan sesama bangsa dan agama bercakaran saling bermusuh, berperang sesama sendiri sementara kononnya rakan hanya menghilai tawa menyaksikan dan mengutamakan Tembolok sendiri.. sesama umat bertelagah mereka juga yg beruntung... semakin kaya dan berkuasa hasil dari pertelagahan kita sesama sendiri... 
Allah swt lebih  mengetahui... wallahualam... Alfatihah buat Nik Aziz bin Nik Mat...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND