03 Januari, 2010

KEMANA HILANGNYA BLOGGER PERAK?... Sekupangdua is BACK!


Assalamualaikum semua...!

Menteri Besar DS Dr Zambry Kadir difitnah sebagai PENGGANAS ditahan AMERIKA semasa lawatan oleh ANGKATAN DAJAL suara keadilan. Dimana BLOGGERS PEJUANG BANGSA yang selama hari ini duduk dibarisan SAF hadapan semasa Perang dengan mereka semasa 11 bulan PERAK bertukar NERAKA dek kerana mereka. angkatan dajal (Klik ) menyerang Pemimpin Nombor 1 kita yop... teman tak dengor suara menGkomer

Sepanjang duduk berdiam diri, tuhan saja yang tahu bila melawat blog-blog sahabat seperjuangan nampaknya makin suram, Apa dah jadi sahabat sekalian? Teman dah tak sanggup dan paling ketagih bila suara serta salam yang dirindu dari kengkawan dah tak dengor lagi, malap... kelibat pejuang yang sama-sama sebaris saf hadapan sekarang hilang entah kemana. Apapun Sekupangdua menyalah kan diri juga kerana melihat kengkawan semakin jauh kerana teman sendiri undur sekejap. Sakit telinga soal perjuangan dah dilupakan seolah-olah semua pergi makan angin nak menghabiskan cuti sekolah dengan anak-anak bila poket belum surut dengan duit BONUS... Teman gurau jer jangan angin lak! Yop... Perang belum sudah... tanggung jawab jadi jemala seumur hidup, Demi Bangsa dan Rakyat kebawah duli. Demi Allah tidak kerana teman bermusuh dengan kalian sekalian... teman cuma ada pekara yang perlu di dilaksanakan, apapun SEKUPANG DUA MEMOHON MAAF dari hujung rambut hingga hujung kaki jika selama tidak nampak pelbagai benda yang teman baca... kalaulah teman menjadi punca Teman Mohon Maaf kepada semua.

Pelbagai cerita yang teman baca... Masyallah bergolak juga tapi teman cukup setuju sebab semuanya berkisar tentang menjadkan sesama kita ikhlas berjuang jadi rasanya belum terlambat teman juga nak kut jejak pejuang blogger Bangsa kalau mengkomer izinkan
1. Sekupangdua dengan ini menghormati resolusi Blogger Pembela Negara (BPN) supaya tidak berpuak, kroni, menepikan dan tidak akan sama sekali menghina pemimpin, sekupang juga berjanji akan berkata tentang kebenaran malah akan menetang musuh maupun sesiapa saja yang ada niat menjatuhkan sesama sendiri demi kepentingan diri masing-masing, memang berat ditelan tetapi kita juga perlu PERBETULKAN akidah pejuang jika mereka melencong begitu juga teman kengkawan tegurlah kalau nampaknya berubah . Sehubungan itu seperti Blogger BPN semua lakukan saya juga memohon maaf jika ada perkataan mencarut atau menghina pemimpin sebelum ini, demi tuhan tak pernah ada niat sebegitu...

2. Sekupangdua nak ucap terima kasih dan berbagga dengan tindakan BPN dan Gencatan Senjata oleh blogger KJFC. Sebagai wakil blogger tua menetap dibumi Perak kami setuju dan berharap kekalkanlah janji kalian walaupun masih ada bilangan kecil yang masih lagi berpuak dan mencarut kepada pemimpin. insyallah akan kami bantu kalian yang dinegeri lain untuk kita sesama terus berjuang bantu membantu.

3. Terima kasih kepada sahabat yang menyapa Mamak, panglima, Kunta Kinte, Apai, Tuah, Minaq, Chiep N, Yop parit, Awekz, ABG, TM, bro jinggo, GOMO dan banyak lagi yang tak dapat teman nak senaraikan... Ampunkan saya!

4. Memohon Maaf yang amat kepada Abang Haji Mamak dan Panglima terhadap sikap puteri saya yang menulis kepada mamak. saya cukup faham bila Abang Haji cuba hidupkan blog saya. Ampunkanlah dia dan saya kerana menyusahkan dan menganggu abang haji. Panglima dan sahabat yag lain terma kasih kerana kalian sering bertanya khabar.

5. Kepada Tuan Han dan Chiep N sekupang mohon satukanlah mereka dengan segera, hakiskanlah segala kemelut sebelum terlambat. hidupkalah medan perang kita kembali. usaha selamatkan perak baru bermula, jangan hambarkan dan jadikan platfrom melemahkan serta mengasingkan sesama mereka. jadikan bala tentera yang terdiri dari Panglima-panlgima perang Blogger sebagai Satu Saf dibaris hadapan. hanya tuan yang mampu gerakkan

6. Sahabat blogger yang lain... bantulah Menteri Besar sebagai pemimpin kita, jangan biarkan dia berseorangan kerana kita leka sekejap dan membiorkan dia seorang diri.

Banyak lagi yang tersimpan dalam Hati Sekupangdua yang tak dapat nak teman ceritakan, biarlah ia duduk dalam hati teman buat bekalan untuk diceritakan kepada anak-anak teman nanti, insyallah kita utamakan perjuangan dulu, sekupangdua juga menyeru sekalian Blogger sahabat seperjuangan yang lama dan baru... BERSATULAH! lupakan tenntang kroni mkz dan kj, jangan saling meragui sesama kita, jangan jadikan nilai dunia sebagai pengasingan, demi allah tidak lansung pernah terfikirkan oleh sekupang soal senang dunia. kalau yang sudah iyu sudahlah. mari rapatkan saf mari kita merahkan muka pencacai bangsa! mari kita tentang Angkatan Dajal yang sekarang berleluasa menjatuhkan akidah bangsa dan sekutu kafir menjahanamkan islam pegangan kita

Sekupang mengajak kalian semua bersatu dan saling menegur walaupun keburukan ada pada kita, KITA KENA TEGUR DAN SELESAIKAN. walaupun PARUT yang tinggal tapi itulah sebagai ingatan kita yang kita pernah tersalah langkah, kepada pemimpin sekarang bukan soal siapa yang patut dan siapa yang besar kerana kami berjuang bukan untuk dijawatkan. maaf bukan melawan arus tetapi kalau salah dimata bermakna dihati akan kita tegur dan huraikan... kengkawan setuju?
SEHUBUGAN ITU SESIAPA YANG TERBACA DAN MEMBERI IKTIRAF ATAU KOMEN SETUJU SEKUPANG AKAN ADAKAN LIST TERATAS BLOGGER PEJUANG BANGSA. Sebagai senarai blogger bersatu marhaien dalam perjuangan bangsa tanpa ada hasad sesama kita. tinggalkan alamat blog bagi teman senaraikan didalamnya atau teman akan merujuk di follower sahabat sekalian untuk disenaraikan BLOGGERS PEJUANG BANGSA sebaik teman masuk.. insyallah...ALLAHUAKBAR! HIDUP MELAYU!

Dan terakhir sekali untuk ANAKANDA-ANAKANDA AYAH! MAAFKANLAH AYAH KERANA PERISTIWA MALAM TAHUN BARU! Kepada Puteri Kesayangan AYAH maka dengan ini tertunailah hasrat anakanda yang mahu ayah KEMBALI dan sebagai Hadiah Harijadi sebagaimana yang anakanda minta! dan ingatlah apa yang ayah selalu katakan anak kecil main api...

6 ulasan:

Mohammad Roslan berkata...

Salam bro!,
Mai kita bubuh depa...inilah sekupang the great...hahaha!. Terma Kasih. Wassalam.

PAPA GOMO berkata...

salam bro...macam nilah...mantap....
anak kecil main api!!! apa yang nyata kita rapatkan saf dan bersatu dalam membela agama,bangsa dan negara.

kepada mereka yang cuba memecahbelahkan apa yang kita capai maka kita PULAUkan sahaja depa ni.

he he he.....
kita blogger jalanan tak bertuan. jangan sampai bertuan kelak susah nak berblogger.

k bro, salam perjuangan...

AbgTuah berkata...

SALAM SAHABAT..

ALHAMDULLILAH..SAHABAT MASIH INGATKAN KAMI SEBAGAIMANA KAMI SERING MENGINGATKAN SAHABAT.

TERLALU SERONOK APABILA MENDAPAT TAHU SAHABAT AKAN KEMBALI MEMULAKAN SEMULA PERJUANGAN DUNIA SIBER.

YA..KALAU SEMEMANGNYA DARAH SEORANG PEJUANG MAKA AKAN TETAP TERKILAN JUGA SEKIRA TIDAK BERSAMA-SAMA PARA PEJUANG.

AYUH SAHABAT..KITA PERKUKUHKAN BARISAN..KITA MULAKAN SEMULA SERANGAN TERHADAP PENGKIANAT BANGSA DAN AGAMA.

sekupangdua berkata...

TERIMA KASIH ABANG HAJI MAMAK, ABANG TUAH DAN BRO.... GOMO CAYALAH LU! INSYALLAH TEMAN AKAN TERUSKAN ITUPUN SEBENARNYA HATI ADA PADA TEMAN TAPI SEMANGATNYA ADALAH KOMER

SELAMAT TAHUN BARU YOP, SEBAGAI JANJI SAYA AKAN MULAKAN SENARAI BLOG LIST PERTAMA TERDIRI DARIPADA MAMAK, TUAH DAN MY BLOOD BRADER MR GOMO... MUAHAHAHA

10 BUDAK HITAM berkata...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Salam dari 10 Si budak hitam..

Ali Abdullah berkata...

Salam bro skupangdua,

Lama tak dengar khabar dan berita.. Apapun kawan pun dah lama menyepi bukan kerana tinggalkan perjuangan, tapi dek kerana sibuk urusan kerja sendiri.. (Kawan agak terumbang ambing sekarang, biasalah survival cari makan)

Ada juga masa baca blog tapi cukup berat bila fikir nak buat artikel kadang2. Tapi dengan semangat bro skupangdua ni, kawan cukup hargai insyaAllah kawan masuk saf perjuangan kita nanti bila bisnes kawan dah kembali stabil..

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND