29 Januari, 2010

SELAMAT BERSIDANG BLOGGER PERAK!


Esok tanggal 30hb Januari 2010 akan menjadi sejarah dan hari yang paling sebok untuk para blogger Perak kerana julungkali blogger diberi taraf atau dihargai jasa mereka bila perjumpaan dan perhimpunan dilihat sebagai penghargaan yang amat besar kepada blogger semua terutama blogger di Perak.

Sekupang berharap kalian semua berhati-hati memandu kalau yang mahu ke Angkasa Puri di MAJLIS DAILOG IDEALISME GENARASI MUDA bertempat di Auditorium RTM jam 8.00 pagi. dan sesiapa sahaja mahu beriringan atau KONVOI sila hadir dan menunggu di kawasan rehat TAPAH selewat-lewatnya jam 6.15 pagi. kita berkumpul disana dan bertolak secara kumpulan.

Sekupang juga difahamkan di Perak juga ada perhimpunan blogger dan UMNO yang dengar khabarnya dilanjutkan pendaftaran nya sehingga malam. jadi teman nasihatkan sebelah petang kalian semua sudah boleh bertolak balik ke IPOH. kalau seelokmya balik dengan konvoi pun lagi baik.

Bagi blogger perak inilah masanya kita bersatu dan teman berpesan jangan sekali kita bersifat kroni, lupakan pendirian dan bermegahan samada kita lama maupun baru, jangan sesekali kita berjuang demi keuntungan dan mengampu kerana sebab inilah kita dibezakan dalam pilihanraya lalu. Fahamilah mesej rakyat di PRU 12 yang lalu, ini bukan masanya untuk kita bermegah tetapi inilah masanya kita bersatu membetulkan yang tersasar, menegak hati rakyat dan memperjuangkan bangsa Melayu di Tanah tumpah darah kita. berdirilah diatas kebenaran, dan sebagai seorang insan berbangsa melayu tidak sebesar hama teman berniat dan berhasad buruk kepada usaha menyatukan insyallah selagi hidup masih ada, tidak sekali menderhaka kepada bangsa!

JADINYA YOP AND YONG ... SELAMAT BERSIDANG SEMOGA ALLAH MERESTUI PERANCANGAN KITA! HIDUP MELAYU! HIDUP ISLAM! HIDUP PERJUANGAN UMMAT AKHIR ZAMAN!..... AMIN YA ERABUL ALAMIN.

2 ulasan:

Anakbukitgantang berkata...

Salam Yeop,

Teman tak jumpa Yeop, apapon team diakan Yeop sihat hendaknya

Laksamana Parang Pedang berkata...

macam mana nak sertai kumpulan blogger saudara? boleh hubungi saya ? 017-5739303 / aizad_perak1983@yahoo.com / 05-3129515. (aizad)
http://umno-rapat-setia.blogspot.com

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND