Siapa sangka bila waktu kerja rasanya mungkin tak rami yag akan hadir..., sebaliknya majlis yang bermula awal pagi bila semua gotong royong menyudahkan kerja memasak bubur asura rupanya mendapat sambutan yang menggalakan, pelik pada waktu bekerja malah budak-budak bersekolah begitu riuh yang berbaris yang datang dari merata tempat Teluk Intan, Gopeng, Batu Gajah, Simpang Pulai malah dari penduduk berdekatan, tak menang tangan MB, YB Midah dan beberapa agensi yang terbabit mengaihkan bubur asura kepada rakyat, tak lupa juga MB juga menyampaikan sumbangan kepada beberapa persatuan terutama yag memerlukan membantu mereka yang kurang kemampuan
Sekupang tak ambik bubur asura sebab dikampung semalam dah buat bubur asura... teringin jugak nak ambik bila patah balik sudah cuci habis, alhamdulillah... tentu sedap kot
1 ulasan:
Salam Tuan Sekupangdua..syukur alhamdulillah kerana telah kembali bersama-sama kami untuk terus berblog semula. Alam blogger terasa suram dengan ketiadaan Tuan Sekupangdua buat seketika waktu. InsyaAllah selepas ini kita kuatkan tekad untuk terus berjuang demi memartabatkan Ugama, Bangsa dan Negara. Allahhuakbar..
Salam perjuangan..
Catat Ulasan