21 Mac, 2010

BANJIR-BANJIR LAGI!... ADUH LAPTOP TEMAN PUN SWIMING SEKALI!


Semalam jam 4.30 pagi teman sekeluarga yg tengah nyenyak tidor terbangun disebabkan banjir. Apa lagi teman dan anak-anak memang tidor sebaris melompat bla tiba-tiba rasa sejuk, mana taknya semua tilam & toto dah basah! (tengokler gambor sebelah usaha CPR dengan menjemor laptop teman, usaha akhir)

Banjir memang bukan benda baru bagi teman, kalau dulu bila musim hujan confirm seminggu sekali tentu kena, tapi sekarang ni makin kuat pulak dan makin menjadi malah tak heran sampai adakalanya 3kali seminggu, perit yop! habis semua barang rumah terutama karpet tah berapa kali dah bergantinya, semua ni disebabkan kerakusan beberapa individu yang rakus bina gerai haram di depan lembah rumah teman seolah bapak dema punya tanah sesuka hati nak buat gerai, tak nampak ker pokok keladi, kekabu, kelapa, pisang yang ada disitu. Tumbuh sendiri ker apa? sesesuka bapak dema jer suruh lori buang pasir kotor dilembah rumah teman dan tak kira nak tanya teman seolah samseng besor apa nak takut! habis punya air ditutup dengan timbusan tanah kotor tersebut tanpa ingat nak tanya ke tuan depan rumah yg didepan mata. Ingat-ingat ler yop apa kata kalau teman buat sardin jer bina gerai depan rumah miker! apa komer rasa?

Selama hari ni tak teringat teman nak hubungi YB Dato' Midah yang menjadi Adun disini, tang bagitau kat ketua kampung niee iskkkk sekarang termasuk arwah ketua kampung dulu teman siap buatkan gambor serta latterhead JKKK sendiri untuk disampaikan ke YB Midah... haram apa pun takda apa, teman sikit pun tak kecil hati sebelum ni walau dah berpuluh kali rumah teman banjir teman memang tak pernah dapat pampasan banjir selain mangsa lain yang sikit lega dapat bantuan. meringankan sikit beban dema. Tanyaler pada sapa yang pernah kena banjir! Teman beranggapan biorler dema dapat pada teman ni tak ngesah sangat, teman sedor sebagai seorang JKKK juga memang banyak keroje nyer... lagipun dema lagi teruk, tapi sekarang ni udah tak tahan rasanya tah berapa kali teman laporkan tak sekalipun ketua kampung hadir kecuali arwah Ustad Ariffin bila teman terus kerumah tok ketua masa banjir. itupun sekadar dtg melawat. takat tu jer... 
Tapi hari ni dah tak boleh sabor dah teman bila kenangkan harta kesayangan teman (LAPTOP) yang turut swimming dalam banjir pagi tadi. aduh sakitnya hati, itu satu-satunya reta yg  menjadi kesayangan teman untuk berblogging, tah bila termampu nak adakan yang baru tak tau ler pulak. Disebabkan angin satu badan... tak boleh tahan dah teman terus sms YB Midah, teman tahu sebab dema semua ada dijanda baik, mulanya tak nak mengacau, tapi sekarang teman kena bagitau pada dia kerana yang bengkok kena diperbetulkan supaya lurus kembali. selepas 10 minit kemudian YB Midah membalas kembali sms teman dan seperti diduga dia memang takada di ipoh, siap dia dah maklumkan kepada pegawai turun dan kalau tak hadir juga maklum kan kat dia kembali, terima kaih YB, walau macamana pun teman tak harap sangat dan sudah biasa kesudahannya, bukan sekadar itu sahaja pagi ni anak sedara teman siap bawak kamera nak tunjuk gambor dan  maklumkan kepada Ketua Kampung dan JKKK yang kebetulan bermesyuarat pagi ni, sampai la ni belum ada cerita... apatah lagi nak melawat dan bertanya. sama ler macam dulu, bukan apa kalau menjenguk tu sejuk sikit panas ni

Apa pun sebagai rakyat yang didahulukan teman ucap terima kasih kepada YB Midah yang membalas sms teman, kawan-kawan blogger yang datang membantu teman, tak sangka juga dema datang membantu dan menjengguk rumah buruk teman. Sepatutnya kawan-kawan blogger yang datang menjengguk itulah yang patutnya Ketua Kampung dan JKKK, abih tu... apadah jadi! ADAKER KETUA KAMPUNG KAT KAMPUNG AKU NIE? macam duduk di permatang pauh jer!  


tengoklah rakusnya menimbus tanah menutup laluan punca air untuk dirikan kedai sesuka hati bapak dema. apa pakatan rakyat punya stail ker?

 









selalunya kering tapi sekarang ni tak surut-surut sebab air tak boleh keluar sebab punca air dah tertutup


kolam renang instant tetiba jam 4.30 pagi diajak berenang.samada dalam rumah ataupun luar rumah (outdoor/ gambar dibawah), inilah tempat tidor sebaris teman anak beranak, siapa nak swimming pukul 4.30pagi!

bukan karpet terbang tapi karpet menyelam aduh.. aduhhh pakat raya ni tak berkapet ler... 5 helai semuanya hancorrrrr!. sementara dalam bilik ayor batu bata penahan pun tenggelam, (dibawah sekali) benggali karpet tentu tersenyum kalau nak buat hutang lagi, karpet buat guna sekat air dari masuk rumah, aduhhhh aku benci benggali karpet!
  


3 ulasan:

CUCU TOK WAN berkata...

salam...

Sabar Pak Sekupangdua... ada ler hikmahnya tuh... Saya pernah berhadapan dengan masalah yang sama. Sakitnya hati, Allah Taala sahaja yang tahu. Yang datang pun, sekadar nak tengok dan dibuat bahan bersembang nanti. YB Melayu, haram tak nampak muka... mujur ada Ong Tee Kiat... walaupun si Melayu ni bukan main lagi duk sembang berdegar-degar pasai agama, pasai kepincangan UMNO/BN tapi Presiden MCA tu jugak yang datang menulung... Nak harapkan Janice Ong? Sampai la, saya tak pernah tahu macam mana rupa wajahnya. Tu belum lagi seekor Cina PKR yang nama dan mukanya langsung saya tak ingat. Zuraidah? Asyik la nak MEMBONTOTI Anwar Ibrahim punya family....

Tok Batin Hilir berkata...

Yop, sepatutnya Anwar Brahim sebagai ketua pembangkan turun meninjau apa saja permasalahan rakyat. apa guna jadi pembangkang kaalau tak keje? keje bangkang jer ka?

Tanpa Nama berkata...

Jangan risau otai, semua tu rezeki tuhan tapi macam mana pun YB Dato'Hamidah Osman tak kan tengok saja, bukan sekali, tetapi berkali-kali dan lansung tiada susulan
bukan sekadar rakyat yang didahulukan tetapi sekupangduas yang tentunya punya banyak jasa sepatutnya tidak diketepikan sebagaimana pakatan rakyat yang buat.

Aku kadang-kadang tak berapa faham dengan sikap manusia ni dari mengenal hati budi dan jasa seorang pejuang. Jangan sampai tuhan yang membalasnya sudah lah

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND