16 April, 2010

JENTERA PERANG PERAK SUDAH MULA BERGERAK!

Salam perjuangan! Lap top Yang meragam buat sekupangdua pening kepala nak keluar artikel, Alhamdulillah atas budi seorang sahabat teman boleh ler sekejap melepas rindu, Sejak tiga hari sudah banyak gambar yang telah teman ambik sayangnya nak buat posting laptop meragam dan kawasan tempat tinggal pulak tu kurang baik signal broadband.
Jadi hari ni teman sekadar nak cerita sikit tentang yang teman lalui sepanjang di hulu selanggor, bermula dari pelancaran jentera Perak sebagai tentera sokongan di Zon C di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi kira-kira jam 8.00 malam mulanya teman tengok punyalah besar dewannya dan kalau kalau sekadar jentera Perak yang akan hadir ... boleh ke penuh Dewan? salah tanggapan rupa nyer tak teman sangka dalam dewan dan di luar dewan rasanya mau dekat 1000 orang yang hadir! lebih membanggakan lagi dari jauh teman terdengar jerit suara memanggill 'sekupangduas!' suara Ketua Pemuda Sdr Maslin Sham yang duduk berbual diantara Barisan Pemuda-pemuda Barisan Nasional yang maklum dari berbilang bangsa, dari sini kita lihat ia merupakan satu petanda yang cukup baik.
Dewan bergema dengan teriakan bila beberapa Ucapan dari Ketua kompenan dan diakhiri uacapan pembakar semangat  oleh Menteri Besar Perak, DS Dr Zambry Abd Kadir yang nyata membakar semangat semua hadiran dengan teriakan visi perak, GEGOORRR.... GEMPORRRRR! sampai teman sendiri terbakor juga rasanya macam pejuang dolu-dolu yang menuntut kemerdekaan memegang senapang patah atau Mark 4 iskkk bangga teman!

Apapun keesokan hari bila teman mula meronda  sekeliling kawasan Dun Ulu Bernam mulalah nampak pelaku burok orang PKR!, Habis segala Hak kerajaan dipergunakan, dewan Balai kenderaan dan macam-macam lagi ler, sampai malam di kedai kopi yang teman singgah pun semua orang kampung merunggut! macam bapak dema yang punya jer! apapun komer temgok jer ler gambor-gambor yang teman tangkap! hidup BN!

1 ulasan:

aswancc berkata...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
[1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
[2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
.

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND