Tak Sempat Minum... tu yg Ta Pau TEH TARIK (Ihsan AP) |
SALAM PERJUANGAN, Teman dah tunggu tapi Nga ko meng tak hadir, Jadi tak payah kecoh lagi untuk mendapat perhatian ramai maupun penyokong, Orang DAP dah mintak Nama, Alamat, KP dan nombor Talipon teman. Biar berapa banyak lawyer diupah untuk menyaman teman tak payah kecoh, bising dan buat macam-macam statement. Tak kan tak reti nak pos lagi...
Macam Kawan kata sahabat teman tadi (Panglima Hitam) Nampaknya dah terbalik! patutnya miker yang saman dia sebab memang dia pulak yang menganggu miker! tang mana yang miker kaco dia? Teman rasa tak payah nak dipebesarkan demi sokongan dan publisiti murah. Teman paham benor apa tindakan yang bakal hadir, SAMAN... memang itu cara terbaik menakut-nakutkan teman apatah lagi teman ni pun sebagai salah seorang rakyat negeri Bertuah, PERAK DARUL RIDZUAN. Macam-macam cara gertak bila kita cuba membongkar KEBENARAN, macam kata YB Kasvinder, biarlah SPRM buat kerja, kenapa pulak nak saman bila SPRM belum habis siasat? Biasalah bila tak senang duduk ni macam-macam cara akan difikirkan
Bila ditanya tadi, kenapa tunggu kalau dah agak dia tak akan hadir? Senang aje... kalau nak saman pun biar lah semua lengkap dengan persyaratan, peguam, wirit dan lain-lain. tak kesah juga kalau nak umum saman. Kasi READY dulu la bro! baru cerita, jangan cerita bagai nak rak apa barang pun lu tarak bikin. Satu Dunia kena tau ka lu boleh saman sapa saja termasuk rakyat macam teman?
Biarlah Orang Paper atau TV (wartawan) buat kerja dia, banyak lagi cerita Rakyat susah, miskin, susah, dilanda bencana, derita dan lain-lain yang perlu dapat perhatian didada-dada akhbar serta liputan di kaca-kaca TV, teman paham kerja dema sebab teman pun bloggers yang mahu siarkan cerita yang perlu Pemimpin dan Rakyat tahu.
Teman juga nak minta maaf dengan kengkawan lain terutama bloggers dan rakan seperjuangan yang lain. Bukan teman bongkak dan sombong bila hadir sorang diri, teman buat macam ni sebab macam biasa bila ramai yg turut hadir pelbagai-bagai ejekan dan fitnah yang akan dibuat, Penyokong UMNO lah, Pencacai BN ler, Orang Upahan ler dan banyak lagi yang akan Puak dia memanipulasikan kehadiran.
Macamana pun teman dah mula nampak ramai yang mula menyokong, membantu, menerima, bersama dan beri perhatian pada teman, Terima kasih atas memahami dan sudi sebaris saf bersama teman. Malah sudah ada rakan-rakan bloggers yang sanggup menganti teman mahu menunggu depan pintu DAP setiap hari untuk tunggu saman. Adoiii komer ni buat teman sebak jer! Segala panggilan, SMS, BBM, Facebook, Blog dan lain-lain memang terlalu banyak teman terima, Kalau tak balas tu haraf maaf, lagi pun H Phone teman ni tengah meragam dan memanjang low batt akibat tak putus-putus SMS, Call, FB dan lain-lain. Hahaha memang patut tukar beteri kereta kot! lama sikit tahan nya...
Ihsan Blog PH (Pemimpin Hadapan)... tak da WiFi nak Posting yop! |
Bukan setkat tu jer, ada yang dah mula bagi cadangan buat kutipan untuk duit lawyer, Adehhh sampai tahap tu sekali, tak pa yop... selagi belum dapat saman tak payah ler kot, lagipun Negara Malaysia kan ada Peguam Bela untuk Rakyat. Macamana pun terima kasih keperhatinan kalian, Insyallah demi memperjuangkan kebenaran akan ada jalannya nanti.
Boleh kah kita terima saman dengan alasan menganggu bini? Bagaimana pula dengan DS Dr Zambry Kadir yang dicaci dan dimalukan dengan BLACK MATELIK, Dia tak ada maruah ker? Sedap mulut dia tak apa tapi bila kita mahu kebenaran... tak boleh pulak!
Sekali pun sekadar sinis mohon maaf, tapi Siapa pulak yang akan bertanggungjawab dan menjamin penceramah kroninya yang lain bila terus menghina dan mencaci DS Zambry di stiap Ceramah-ceramah lain?
Apa-apapun teman nak ucap terima kasih kepada RAKYAT yang menyokong teman, Begitu juga Wartawan yang ikut perkembangan isu ini. Insyallah akan tetap membongkar kebenaran yang menjadi HAK RAKYAT untuk tahu sebenarnya, kita tak mahu Pemimpin yang Korupsi memimpin dan diantara yang bertanggungjawab keatas Genarasi kita yang mendatang! Biar lah SPRM buat Kerja Dia, Kita tungguuuuu, HIDUP RAKYAT! HIDUP ISLAM!
Pssttt!!! yang teman tak boleh tahan pecah perut tu ada yang bagi komen kat teman... Dia tengah hafal surah baru tu! Miker kena pesan kat penjual kitab dan buku rujukan Nas / Hadis di merata-rata pasar malam atau di Pesta Ceramah, Idak ker dema kenai Kafir atau tidak bila yang datang beli tu bukan Islam? hahaha... ada juga betoi nya tu!
Terima Kasih dan Terima Kasih semua!
12 ulasan:
terbaik yeop.. ha ha ha
Libaih dia yeop..
cantek yop... lepas ni yop sama glamor setaraf dengan Papagomo.. hahaha.... Pasti yop jadi sasaran DAP lepas ni.... teruskan MEMBONGKAR ..
cayalah....teruskan pjuangan
Tahniah dan bijak- Rakyat Melayu sarawak.
meh kiter ajor dia...syabas yeop....hahahah
mcm dlu2 g panggong wyang dema kta mne megat nye comeng jer rujuk pd coming soon dpanggong REpangkahX...truskn bongkar yg batil yop tman smua nyokong
Jadi-jadi le.. memertabatkan bangsa. Tak sampe kemane.... Kaum Aad & Samut yang hebat pun Allah SWT lenyapkan. Inikan pulak Melayu... yang murtad dah ada, kawin sejenis pun ada, muang anak merata-rata....
Kembali pada perjuangan Islam... untuk kembali Bijaksana.
Salam,
Berani kerana benar yeop..ini yang buat Mamak nak aktif berblogging ini. Teruja dengan semangat yeop!. Yeop bukan seorang dlm perjuangan ini..kita bersam Yeeop!.Wassalam.
Apa yang saudara sekupangduas lakukan ialah kritikan kepada seorang pemimpin (Setiausaha) Parti Pembangkang DAP di negeri Perak, yang sering-kali kritik pentadbiran UMNO/BN, sehinggakan menghina bermacam-macam diri peribadi Menteri Besar Perak. Kritikan DAP tentang kronisma kepada UMNO bukan baru. Tetapi kenapa pula Nga sebagai Setiausaha DAP Perak tidak terima kritikan dari Blogger UMNO?. Apakah DAP terlalu angkuh?. Ng ini orang terlalu sombong dan bongkak dengan sebab inilah Naib-Pengerusi DAP M.Kulasegaran terlalu benci padanya. Dia fikir dia, "Mr.Perfect"?. Kenapa teguran sekupangduas tidak diambil sebagai pembaikan bagi diri sendiri dan parti, sekaligus mendapatkan keuntungan daripadanya. Jadi, kekadang kritik lebih baik daripada pujian bukan?. Bodoh punya DAP!.Dasar Anjing Pariah!.
Bior dia tau yang kite menilai dia, Yop..
Deme ni kalu kite lembut, habih ditekannya.
aku suka statement ko "kita tak mahu Pemimpin yang Korupsi memimpin".. aku rase landasan ko dah salah... ce kira pakai dacing mana yg parti yg paling senget? korupsi vs telus.
Catat Ulasan