13 Mac, 2011

BILA BLOGGERS + RINGGIT MALAYSIA + TAMAK = PENYAMUN @ PENGKHIANAT

Bukan sekali tapi berkali-kali, Dema makin kuat bertanya, Soal UMB, Soal Bloggers, Soal Penyamun, Soal Kepala Penyamun dan banyak lagi ler...selama ni teman ambik keputusan tak mau campor soal yg remeh temeh ni, Takut banyak tersentuh individu, takut ada yang lain turut ter...RASA dan banyak lagi ler yg tak berapa gemor teman menyentuh, Tang bloggers lain tu tak apa jugak, tapi takut Keluarga Bloggers yang teman dan dema duduk serumah sekarang ni (Perak Cyber Trooper) ni salah anggap, macamana pun dema kata cukup paham dan percaya kat teman, Jadi biorler teman Jawab semua isu-isu bloggers secara Peribadi. Apapun yg teman nak katakan disini sebelum panjang lebor, teman nak bagi tau apa yg teman rasa pada PCT. Korang tak pernah ada menyakitkan hati teman maupun yg lain malah dah macam CALIT DARAH setia dan akrabnya kita, dlm PCT tak ada istilah yg baru, yg lama, yg dahsyat, yang glamor, yang bongkak dan segala yang buruk belum lagi teman nampak atau terjadi. jadi... segala jawapan teman tidak ada sangkut paut korang semua

Baru-baru ni sahabat teman si PRGHHH KIRIKANAN banyak lah ditanyakan teman, tak sangka lak rupanya yang dia catat teman ingat untuk rujukan, rupa-rupanya dia buat posting pulak, senang sikit teman tak payah cakap panjang lebor dengan soalan yang sama, Terima Kasih Yop hehehe, lain kali elok jugak buat macam PKK ni, kan teman dah kabor, dema ni (PKK) baru jadi bloggers tapi memang cekap dan peka pasal isu, Bijak guna dan dapatkan isu.
dibawah ni teman ambik sikit dari blog PKK masa sembang dengan dia, kalau nak tahu cerita penuh ... singgah ler kar blog dia (klik Sini) 

Soalan : Sekupang ni bloggers UMB ker? 
-Bloggers Perak terutama bloggers PCT (Perak Cyber Troopers) adakah orang yang sama atau bloggers UMB? 
-Betul ker bloggers ni adalah hasil Sekupang culik dari UMB?

Jawab teman :  Tidak! Teman bukan bloggers UMB, teman tak pernah pergi merayu utk jadi UMB atau pun memang diajak UMB. UMB tak pernah pelawa pun, tapi diatas perjuangan sebagai satu armada Perang Cyber teman cukup berbesar Hati jika ada seberapa banyak pun yg wujud untuk bersama, tak kiralah UMB atau apa pun nama group Bloggers yang wujud.

- Keluarga PCT bukan datang dari kewujudan bloggers UMB,  Mungkin ada sorang dua kot! itu teman tak berapa tau sebab masa pelancaran UMB Perak, Teman tak diajak pun, jadi tak tau ler sapa yg asalnya dari UMB dalam PCT, bagaimanapun semasa pelancarannya memang ada bloggers yg talipon tanya teman Bila nak datang (semasa pelancaran ler) kerana tak nampak muka Teman Dalam Majlis tersebut.

 - Tentang teman Culik ni tak betoi sama sekali. Siapa pulak blogger yg teman culik, kalau hampir semua yg dalam PCT sekarang ni tiada dalam senarai Majlis Perasmian UMB Perak tempohari. Tapi teman tak nafikan jugak bila Punca mereka tidak disenaraikan dalam UMB mengambil pendekatan mencari sendiri group atau   kumpulan Bloggers yang boleh dema menjadi kawan-kawan beramai seperti PCT. Dah tak diajak jadi tentulah cari jalan lain. Apatah lagi ada yg rasa dema ni baru setahun jagung dan tak ternama pun, tak ambil hati jika tak tersenarai dalam UMB 

Soalan :  Betul ke sekupang demand untuk cari keuntungan dan boikot tak hadir pelancaran UMB Perak? 

- Ada sumber sahih kata memang betul sekupang tak ada dalam bengkel, tapi ada saksi kata  selepas pelancaran Nampak Sekupang dan sorang lagi rakan hadir duduk semeja dengan pemimpin serta bloggers Otai malam itu,  Betui ker? 

- Kenapa tak hadir sepanjang masa berbengkel tapi hadir pulak bila time berbincang semeja dengan bloggers Otai dan pemimpin tertinggi selepas selesai Majlis? 

Jawab teman :  Mana pulak nak boikot dan demand, Kalau teman demand demi melaba keuntungan Besar... Tak la sampai sekarang tak kaya-kaya lagi, sapa pulak yang nak buang masa dan duit kat teman tak tentu pasal.Nama pun Sekupang dua, tak kan nilai sekupang dua dikategori sebagai Rasuah, lagi pun tak kan teman mintak habuan sekupng atau dua... Dua kupang pun rasuah ker, tak masuk akai. gelak guling pering SPRM kalau dia dapat aduan dema rasuah nilai sekupang atau dua... hehehehe.

- Teman akui memang Hadir setelah selesai majlis dengan sdr Topan, Memang tak berniat nak pergi,  apa  lagi kalau tak ada dlm senarai jemputan. Teman pergi bila SUA MB talipon dan tanya kenapa tak nampak muka, Dia lah yg jemput kerana sidang teh Tarik tu sebenarnya bersantai bersama bloggers dan pemimpin. Ketika panggilan Cheif (SUA) tu pun saya dan topan sebenarnya tengah Mesyuarat Koperasi di Nasi Ayam Hainan. Itupun lepas bertalu-talu Cheif talipon tanya bla nak sampai, teman dan Topan kesana selepas selesai Mesyuarat tersebut, hehehe pakai selipar dan T Shirt jer, tak kan tak perasan yang teman tak pakai baju yg seri (sama) dengan urusetia dan bloggers yg ternama yang turut hadir malam tu

Soalan :  Kenapa bloggers PCT tak Melompat (angin) bila sekarang ramai yg riuh, tak puas hati dengan UMB? Bukan kah bloggers Nyamuk yang angin dengan UMB ni sama dengan PCT. lagi pun tadi kata  PCT bukan UMB, maknanya PCT juga adalah kumpulan Bloggers Nyamuk juga. tapi buat tak tahu jer dengan ISU ni?

Jawab teman : Apa yg bloggers nyamuk marah mungkin kehadiran mereka yang lansung UMB tak nampak atau peduli, bezanya Kami dah lama sebleum Isu ni dah malas nak melolong-lolong, lagi pun tak rasa kecik hati sebab mungkin UMB wujud  sebagai satu lagi divisien Perang yg akan membantu. Bagi PCT isu tak ambil port ni bukan baru nak jadi, Tapi di Perak isu dianaktirikan ini sudah lama terjadi, bezanya yang againts bloggers Perak bukan UMB tapi bloggers Luar Perak dan barisan di belakangnya adalah anak-anak didik bloggers baru.. bukan itu saja utntuk semacam nampak memimpin jangan terkejut blogger yang dia pimpin kononnya barisan blogger pejuang tetapi yang sebenarnya bloggers tersebut adalah blog yang dia cipta sendiri dan claim anak buahnya padahal dia punya sendri bagi mengaburkan mata, telinga serta pulangan lumayan bagi dia  


Soalan : Benarkah ada bloggers yang jadi penyamun? Kami dimaklumkan ada blogger baru-baru ini mendapat habuan (35 RIBU)dari tiga penderma iaitu Exco, AMT dan Bekas Pegawai Besar di Perak dengan hasil samunan kononnya utk diagihkan kepada bloggers disini ? dan yang terkini geng ini ke Sarawak pulak untuk tuntut Ufti daun Emas mengunakan Tiket yang mereka adalah LEADER kepada Bloggers? 

Jawab teman :  Memang disini isu tersebut banyak diperkatakan oleh Blogger disini, leih kurang dianaktirikan, saya boleh jamin sorang pun mendapat sumbangan untuk Bloggers seperti yang diperkatakan..Kalau ada yang kata bloggers Perak anak emas dan mewah , Teman tak setuju dan bantah, tak ada sapa pun yg bayar kat dema. Bloggers menyara hidup sendiri dan tak ada sebarang sumber lain yg konon nya kayakan mereka. Yang kaya dengan menyamun tu adalah bloggers yg pergunakan nama kumpulan bloggers dan kenalan bloggers lain sebagai batu loncatan utk menghimpun harta samunan hasil dari perjuangan rakan-rakan
- Saya juga di maklumkan kini dema dah jadi Rombongan pegi kemerata-rata lubuk yg ada kaitan Pilihanraya, tak tau la tujuannya, tapi kemungkinan dengan nama yang tersohor kerana Popular menjual perkhidmatan kot? Mungkin dengan nama tawaran sebagai diantara asykar perang jadi tajuk uttama perbincangan. Apapun teman tak berapa gemor cara ni, katakan lah dema dah ada unit sendiri dan menolak bayar UFTI tentu pertelagahan dan down gred serta memburukan pasukkan cyber sesama sendiri tanpa tahu apa sebenarnya terjadi sebelum ni.


Soalan :  Akhir sekali, Apa pandangan Sekupang dengan mereka ini, adakah ini sebagai warna dalam kisah blogger ataupun satu permulaan yang kurang sihat semacam ada virus dalam perjuangan bloggers? 

Jawab teman :  Macam ni la, bukan susah sangat nak jadi bloggers, sesapa pun boleh jadi, tetapi yg penting adalah ketulusan perjuangan, sebab kena hormat kawan-kawan, tak kirala yang baru ataupun yg lama, macam PKK sendiri contohnya, saya tak pun anggap miker ni org baru, miker dah lama dan kutai dalam  perkembangan politik, mungkin dalam Blog jer yg baru, jadi tak kisah ler baru dan lama bukan ukuran Bloggers tu hebat atau ternama. Satu Blog Popular tak dapat menandingi 100 pendapat blogger-blogger, jadi yang eloknya hormati perjuangan bloggers lain, mereka juga pejuang. dan yang paling penting dan Mudah ialah syarat menjadi bloggers disusuli dengan pengakuan hati, BLOGGERS + RINGGIT MALAYSIA + TAMAK  = PENYAMUN @ PENGKHIANAT, sebagai seorang bloggers ialah menjadi jujur dalam perjuangan, itu saja......

Soalan :  Apa yang dimaksudkan Sekupang dengan BLOGGERS + RINGGIT MALAYSIA + TAMAK  = PENYAMUN @ PENGKHIANAT, Blogger yang menyamun tadi ker?

Jawab :  Berapa punya banyak soalan akhir da! lu pikir la sendiri la. (ketawa) yang miker ni dah macam dalam wawancara TV ni apa kehal nya, elok juga untuk miker ambil sebagai pandangan dan pembelajaran sebagai bloggers, yang penting kena rajin UPDATE, tapi kalau setakat nak banyak posting tanpa isu baik tak payah, tengok berkebun lagi baik! 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, boleh minta dengan izin logo P.C.T untuk saya paste ke blogspot.saya, Ada syarat untuk jadi ahli?

Unknown berkata...

SALAM, BRO BAGI TEMAN USAH KESAH SANGAT BRO HAL2 DUNIA NI KEH!!!!

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND