Pagi nie tadi teman sempat berborak dengan rakan otai sambil ngeteh, Dia masih ingat dengan kata teman BRIM 2... memang betui ler cakap miker... dengor dah ada BRIM 2, kami berborak sekejap sambil minum, yang menariknya bila sembang kami sampai keTopik pilihanraya,
Mungkin secara sedar atau tidak kita sebenarnya berhadapan dengan satu lagi masalah besar jika tidak ditangani, saban hari kita didedahkan kepada kita tentang kemasukan semula kebanyakannya dari parti PKR dan PAS. Kita tahu makin ramai yang dah masuk semula selepas kecewa dengan pentabiran dan kerosakan akhlak pemimpin Pakatan yang mula didedahkan pelbagai pihak. bukan setakat itu sahaja banyak kepincangan menyebabkan ramai yang keluar dan masuk semula ke parti, yang menjadi pelik bila yang masuk semula adalah kebanyakan nya UMNO dan yang selalunya ahli parti yang keluar hanyalah PKR dan PAS sahaja? Kenapa tidak MCA, GERAKAN, DAP dan sebagainya dari Parti kaum lain?
Apa yang membimbangkan mungkin secara tidak menyedari bila ada mereka yang masuk semula ke UMNO. mereka ini kebanyakannya kecewa dengan PKR, sebaliknya mungkin diantaranya juga menjadi sebab parasit masuk semula ke UMNO atau BN,
Apakah kita sudah lupa bila berbalah sesama sendiri bila calon dikemukakan oleh Menteri Besar. tidak mustahil kali ini secara senyap mereka menyusup kedalam dan sebenarnya menjadi duri dalam daging, kita akan mengulangi lagikah spertimana di PRU12 dulu?
Segelintir dari parasit yang mula membrontak malah menutup bilik gerakan keran tidak berpuas hati kerana calon bukan pilihan mereka. ini dadalh punca utama kenapa BN boleh kalah dalam PRU 12 yang lalu, adakah ini akan berulang lagi?
Adakah kita sedar atau leka dengan kemasukan semula menjadikan kita alpa walaupun sebenarnya adalah salah satu dari tektik kotor aljubri, menyerap PARASIT dalam UMNO, tentunya peranan utama mereka ialah bakal menjadikan perbalahan bila nama Calon di umumkan, kita tak sedar sebaliknya mereka buat kerja secara halus,
Pihak UMNO sendiri juga perlu ada pendekatan bagaimana menangani masalah ini, Ds Najib telah berulang kali menegaskan tentang calon mesti datang sebagai Winning Candidate, UMNO perlu lakukan sesuatu untuk menjadikan sebagaimana amanat dari Perdana Menteri sendiri, Ia perlu di lebarkan ke peringkat akar umbi, kenapa perlu takut, dan pecayalah rakyat sememangnya bersetuju dengan amanat PM kita tentang Calon yang dicari, perlu ada ikrar dan taat setia dari pemimpin yang menunjukan setuju dengan cadangan Presiden itu sendiri,
Bentuk bagaimana ia mah dilaksanakan terpulang kepada pemimpin-pemimpin, dengan menunjukan setia dan setuju sebulat suara dengan cadangan winning candidate perlu dilaksanakan, mungkin dengan lafaz taat setia atau memorendum bersetuju dengan pemilihan calon kali ini, sebenarnya walaupun kecil dipemikiran pemimpin tetapi ianya besar impak untuk rakyat, mana tidaknya bukan sahaja kalau kita dapat lakukan pemutihan menunjukan rancangan jahat parasit untuk memecah belahkan undi menemui kegagalan sebaliknya menjamin kes PILIH CALON tak akan berulang lagi, sebaliknya ia akan mengukuhkan lagi parti UMNO itu sendiri
Puncanya Calon, kalau parasit PKR yang cuba mengharu birukan Parti, maka calon kenalah bertegas, demi kemenangan calon mesti bersatu dan sependapat sekalipun ada nama yang tidak disenaraikan, terima adanya, ini pertarungan Parti untuk rakyat, bukan pertandingan untuk jadi YB, jadi awaslah dengan kemasukan semula PKR dan PAS kedalam UMNO, bukan kita menunding jari pada mereka sebaliknya kita terima mereka yang sedar tentang perjuangan sia-sia Pakatan Rakyat dan masuk semula ke BN, tetapi kita juga mesti berhati-hati dengan kemasukan PARASIT kedalam UMNO khasnya adalah bertujuan memecah belahkan lagi bila penamaan Calon diumumkan nanti? macamana itu pendapat teman, miker punya pendapat camana pulak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan