18 Oktober, 2012

SEKUPANG ON ROAD TOUR SATU MALAYA... HUJAN BEB!


Salam semua, masuk hari ni dah empat hari sekupang dan tiga lagi rakan bloggers kami tour se malaya, selain ada misi kami berempat juga setiap tempat akan jumpa rakan bloggers... dalam usaha meneruskan perjalanan ada juga yang kita rasa ini masanya melawat rakan- rakan lain.  selain dari tu banyak juga yang kita dapat melihat kehidupan, tradisi hidup dan pelbagai laku manusia di negara kita yang aman...
Nasi Ambeng Johor... tak terabih yop!
Antara banyak negeri yang dah kami pegi banyak yang boleh kita kongsi bersama, contohnya di
Johor tak tertinggal nasi Ambeng jadi kan kami ingat balik bagaimana ianya dipraktikalkan ... ada yang guna talam dan ada jugak yang dijual dalam sebungkus, mak datok tak habih makan sorang, lepas tu pulak teman  teringat di Kampung Endah Morib Nasi Ambeng dimakan dalam talam, yang syoknya siap dibagi sorang satu beg plastik pada yang ada dalam group... rupanya dibahagi sama rata dan dibawak balik kalau tak habis....


Menarik dan unik, juga jadi laluan gajah sebelum Sg Ketiar
Pokok nie dah macam cendawan, kat sini jugak laluan gajah , jam 11 pagi kami bertolak dari kuala lipis ke terangganu berhenti sekejap kat sini sebelum sampai di Kawasan Perhilitan Sg Ketiar yang boleh kita saksikan 5 ekor gajah denak ada disitu, ada lima pekerja yang cukup ramah dengan kami, siap dema bagi gajah makan lagi dan bertanya kalau nak bergambar dengan Gajah... Free lak tu yop!  gajah- gajah kat sini jinak, bagaimana pun ada sekor anak gajah yang dijumpai oleh mereka bila dia terpisah dengan  ibu dan masuk kampung berdekatan...

  
Menakjubkan... dari Pahang, kota bahru anda akan jumpa nie
antara kawasan yang kami lalui jika dari  johor ke pahang jika ikut Bera anda akan dapat tengok tempat nie, rasanya macam sepanjang jalan yang sunyi dan sawit yang dalam proses tanam semula, bila kita tengok semua pokok yang dah mati bila tak berdaun tentunyaanda akan rasa amat pelik seolah dunia dalam kehancuran bila jalan sunyi sepi dan semua pokok dah pun mati...

 
kuala lipis, hehehe... Dato Siti Nurhaliza tu...
jinak ... boleh jumpa Suria, Abby (anak gajah terpisah ibunya) dan lain-lain..
Ha ni dia gajah yang teman maksudkan, jinak bro, rugi kalau tak singah taman pemeliharan Gajah oleh perhilitan di Sg ketiar, petugasnya cukup ramah dan baik, sebaik kami sampai dema terus bagi gajah makan untuk kami mendekati gajah tersebut, yang paling kami tak dapat lupakan bila anak gajah yg terpisah dari ibunya diberi nama Abby... abby apa teman tak tau ler yop, tapi kalau komer dari gua musang jalan pintas ke terengganu melalui sg Ketior. oleh ler singah kat sini, tengok gajah yang ada disini  


 
port dikson...sun set terbaik bro...

Bagaimana pun perjalanan baru empat hari dan masuk hari kelima, bermula dari wilayah, selangor,  negeri sembilan, melaka, johor, kuala lipis pahang dan buat masa sekarang sedang menuju dungun terengganu, esok insyallah kelantan dan akan terus ke langkawi dan seterusnya...

Apapun sekupang nak ucap terima kasih pada semua yang sepanjang perjalanan jumpa dan sembang dengan sekupang, seronok jugak ramai kengkawan yangndaat jumpa dan ngeteh yop! insyallah nanti kita sambung... tulis ni pun sementara dalam keta.. kejap signal ada kejap takda... tak per ler bunag boring... 

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND