16 Oktober, 2012

PAGI YANG PUNYA SERIBU CERITA...

Dato Speaker Ganesen...

Dah dekat empat minggu lebih berlalu, apa pun teman nak menceritakan sikit pengalaman semalam hingga ke pagi semalam sebaik mendapat tahu anak teruna teman jatuh dari basika fixie bersama kawannya semasa on the way nak pegi makan katannya dia pitam atau blank dan jatuh sendiri, akibat nya diusung oleh hamba Allah keklinik 1Malaysia. kawan-kawanya menghubungi isteri teman dan kemudiannya menghubungi teman

Sebaik sampai di klinik agak memeranjatkan teman jugak bila tengok kecederaan nampaknya besor jugak, apa yg difahamkan pada teman dia pitam semasa mengayuh bersama rakan-rakannya, bermakna masa dia jatuh dia tak sedar dan akibatnya menyerah jer muka ke jalan raya, almaklumlah dia tak sedar jatuh tak ada protection ler katakan. dia sedar bila dah diangkat nak ke klinik. Nasib la hamba Allah tadi membantu dengan bawak anak teman ke kelinik 1 Malaysia. Terima kasih yop teman terhutang budi dengan yop dan jugak kelinik 1 Malaysia, tak kerana semua mie tak mungkin anak teman dapat rawatan segera yang diperlukan

Disebabkan dia pitam atau pengsan maka MA mintak teman rujuk ke hospital takut ada kerosakan atau kecederaan yang memrlukan scan atau xray supaya memastikan tidak ada kesan sampingan selepas ini disebabkan pendarahan dalaman maupun tulang yang patah, sebaik teman dapat surat dari dia teman terus ke Hospital di laluan emergency. nampaknya sibuk jugak kat hospital malam tu, macam-macam emergency terutama yang terlibat dalam kemalangan, tak kurang jugak sakit tua dan critical condition 

anakanda teman pada hari kemalangan ... 
Teman juga dimaklumkan oleh doktor yang bertugas anak teman kena diletakan dalam ward selama 4-6 jam untuk di x-ray dan dimasukan air serta menunggu jika ada kesan lain yang tidak dapat dikesan dan jika tiada sebarang kesan lain maka dibenarkan pulang, nampakanya teman kena menunggu di ward emergency tu sampai 4-5 pagi ler

Kira-kira jam 2.30 seorang untie berbangsa India juga masuk diward bersama teman yang menunggu anak teman, nampaknya dia kesakitan di belah pinggang, dalam kesakitan sempat dia bertanya kenapa anak teman yang cedera, dia diberikan ubat dan rehat tetapi bangun dan sering ketandas beberapa kali, teman tanya mungkin dia sakit gastrick ker? mungkin angin yang menyelinap ke pinggang pulak... dia kata mungkin tidak,  dia yang nampaknya berseorangan berlain dengan yang lain ditemani oleh seseorang. Sebaik rehat dia mula bangkit dan berjalan kehulu dan kehilir kerana sakit yang dialaminya

Teman terdengar perbualan pegawai perubatan dengan mungkin Matron atau Staff nurse yang bunyinya pesakit tadi isteri kepada Dato'. Terfikr teman pulak sapa pulak auntie nie, Dia juga meminta maaf jalan keluar masuk di pintu Ward kecemasan tersebut kerana rasa amat sakit kepada petugas tersebut, ini menjadikan teman menjadi tanda tanya siapa pulak dia nie yang sepatutnya boleh dapatkan rawatan di Hospital yang lebih baik atau high Class seperti Pantai Puteri ataupun Fatima yang ada di Ipoh

Petugas tersebut juga menghubungi suami kepada auntie tersebut bila sakitnya berkurangan ' Encik Boleh datang ambil isteri encik....' setengah jam sebelum teman dan anak teman boleh pulang, kira-kira jam 4.30 pagi teman dibenarkan membawa anak teman pulang, dia tak lupa menegur teman sebelum balik dan harap anak teman agar cepat sembuh dengan senyuman skalipun dalam reda sakitnya yang kian surut

Sebaik teman nak keluar dipintu teman bertembung dengan Dato Ganesan, lalu dia tenya teman apa buat kat sini, terkejut teman bila teman juga tanya kenapa pagi buta dia seorang diri datang kehospital? 8rupanya auntie tadi isteri beliau, terfikir teman bagaimana isteri yang memahami dengan tugas suami beliau, lagi pelik dia sendiri yang datang mengambil isteri beliau... kebetulan 2 minggu lepas teman jumpa dia di Bagan Datoh dia masih tanya apa khabar anak teman... teman berkesempatan bertanya kepada memandu beliau kenapa dia datang pagi tu sorang diri? 'BETUL LA BANG DIA ITU MACAM LA, KADANG-KADANG DIA MANA MAU KASI TAU SAMA SAYA, DIA SENDIRI PERGI... KALU SUDAH LAMBAT DIA TARAK KASI TAU SAMA SAYA, DIA MEMANG ITU MACAM, BUKAN ITU JAM SAYA TARAK, SAYA MEMANG SAMA DIA TAPI DIA SENDIRI PERGI LA BANG...'

Alhamdullilah... sekarang nie anak teman pun dah sembuh, tapi malam tu teman rasa terharu sempat berjumpa dengan seorang yang dicaci oleh puak katak hijau sedangkan dia lebih baik beribu kali dari magkuk magkuk nie... 

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND