13 April, 2013

PARTI AJARAN SESAT BUKAN HEBAT FITNAH, BALUN BINI INSTANT TAPI KAYA BILA BERSARA?

Nampaknya bukan sekadar hebat Pemimpin PAS nie dalam Fitnah, rupanya banyak lagi hebatnya dema, hebat soal membalun jugak, Aljubri (bukan nama sebenar... kekeke) kini jatuh popularitinya bula ada filem yang lagi double impak dan super power, mana taknya The Balunsss Dolls Made ini China bukan lagi ranking Top 10 malah jatuh ketangga 20 terlaris sekalipun rekod bertahan agak lama tetiba kena Smack Down tersungkur hingga ke tercorot pujaan 10...
Terkini bila tajuk terhangat dipasaran Cerita Baru 'Balun BINI, Bayar Bini? ' bila ditayangkan sekali gus menyebabkan Aljubri hilang populariti dipasaran.

PAS Bukan setakat hebat soal Ceramah Fitnah, Lembuaan Setia Roket, Rasuah & Rasuap dan terkini rupanya lebih hebat dari Aljubri dengan kemunculan Episode 'BALUN BINI BAYAR BINI?' memang dema cepat Top dan popular dengan kelebihan pemimpin PAS yang dikesan kehebatan atau pun bakat terpendam yang sekarang ni dah boleh memanipulasi soal HEBAT dan GEMPAK.

Itu soal hebatnya fitnah, membalun dan banyak lagi yang kita boleh lihat Menonjol, Kali nie pulak soal yang pernah PAS selalu memburukan orang lain, kisahnya pasal ALI BABA dengan 44 penyamun, dulu dem kata Orang UMNO rasuah , tu sebab pakai keta mewah, milik rumah mewah dan rosak akhlak main pompuan @ zina. Orang PAS tak ambik rasuah dan itu sebab tak pakai keta atau rumah mewah, hehehe... kali nie memang komer kantoi

Terkini yang sebenarnya ramai bloggers bertaram dengan samdol nie yang kaya diluar jangkaan... bukan bloggers  jer  yang tengah simpan segala baik-baik, malah khabarnya juga di intai oleh beberapa jabatan atau suruhanjaya, hahahaha pening ler beb! macamana boleh mewah sampai macam nie? hebat dema ni soal duit yang datang bergolek, mewah giller.. 

Ramai yang nak weh!!! lebam sebelah mata terus kaya dan boleh simoan angan-angan jadi PM, jadi orang Kerajaan yang boleh kaya raya! aku pun nak beb... ikuti pendedahan oleh rakan PCT teman taipingcentral.blogspot.com...

Di mana-mana siri ceramah pembangkang, pastinya mereka akan mengutuk UMNO/BN dengan isu kroni, kekayaan melampau, korupsi dan pelbagai lagi. Padahal, apa yang dibicarakan mereka itu adalah umpama meludah ke langit jatuh ke batang hidung sendiri.

Hari ini, rakyat tertipu dengan mainan politik pembangkang terutama parti PAS. Kononya bila mereka menjaja tabung tin milo di tempat ceramah, rakyat akan melihat PAS sebenarnya parti yang miskin serta pemimpin mereka adalah sederhana.

Tindakan pemimpin mereka cuba mengaburi mata rakyat dan ahli bawahan sendiri. Pemimpin PAS menipu ahli mereka kononya mereka bukan manusia yang berduit dan berharta.



Kita tidak pernah cemburu dengan kekayaan orang lain sebab kita percaya yang rezeki adalah milik masing-masing. Tetapi perangai pemimpin PAS, mereka jadikan faktor kekayaan pemimpin UMNO sebagai senjata untuk menyerang parti UMNO.

Bagi aku, kekayaan yang dimiliki oleh orang Melayu sepatutnya menjadi kebanggaan kita daripada melihat Melayu hidup merempat di bumi sendiri.

Kita sering kali mendengar cemuhan dari kalangan ahli bawahan PAS kononya pemimpin UMNO adalah kaya raya, tetapi ahli bawahan PAS lupa nak semak nilai harta kekayaan pemimpin mereka.

Tertarik dengan siri pendedahan bloggersanggahtokjanggut.blogspot.com tentang pemilikan harta Yang Dipertua PAS Lenggong Perak. Beliau antara nama yang disebut akan menyandang calon bagi Parlimen Lenggong pada PRU ini.

Razman Zakaria pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan Kastam dan dinasihatkan untuk bersara pada tahun 2009. Timbul persoalan, kenapa Razman di nasihatkan untuk bersara? Faktor kesihatan ataupun korupsi yang kuat sewaktu di dalam Kastam? Razman perlu jawab.

Hebat Razman menabung sewaktu bekerja di dalam Kastam hingga mampu memilik rumah yang bernilai RM 2 juta dengan 8 bilik tidur dan 2 kolam renang di Jalan Manggis Sijangkang Pelabuhan Klang Selangor. Tidak cukup dengan itu Razman memiliki sebuah lagi rumah bernilai 700 ribu di Lenggong.

Belum lagi bicara soal berapa buah kereta, berapa lot tanah dan berapa lot rumah kedai yang dimilik beliau. Logik akal, apakah mampu bagi bekas seorang pegawai kerajaan miliki aset yang begitu banyak? Razman perlu jelaskan.

Kita bukan apa, kalau dalam waktu menjawat jawatan awam pun Razman dah hebat mengumpul harta kekayaan, bimbang digunakan pula pentas politik untuk terus membina aset nilaian juta pula.

Ahli PAS sepatutnya berlapang dada membuat penilaian terhadap pemimpim mereka. Jangan hanya kerana memakai kopiah dan jubah, ahli PAS anggap pemimpin mereka terlampau zuhud. S/U Agung PAS pun boleh ada skandal seks, inikan pula hanya YDP PAS lenggong.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND