19 April, 2013

PKR TAPAH TELAGAH KEHADIRAN CALON LUAR!!!

                                               Pix: pkrcabangtapah.blogspot.com


PKR pusat meletakan calon mereka di Tapah dengan membelakangi  ketua cabag PKR disini, Ridzuan Bani begitu kecewa dengan calon yang terang-terang diberi kepada sekutu rapat Azmin dan beberapa pemimpin tertinggi PKR. Nyata ahli PKR cabang Tapah tidak dapat menyembunyikan rasa kekesalan terhadap tindakan pimpinan tertinggi terhadap mereka, nekad akan terus bertanding diatas tiket Bebas menjadikan PKR di Parlimen Tapah lumpuh...

Soal pemilihan calon dalam Pakatan terus bergolak . Macai2  bloggger Pakatan  diam bila masalah berlaku dalam  parti mereka terutaman PKR . 

Semalam di Parlimen Tapah , lebih separuh daripada jentera pilihan raya PKR  cabang terbabit mengumumkan untuk memboikot calon yang dinamakan parti berkenaan. Lebih mengejutkan, Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani, 49, semalam mengumumkan bertanding sebagai calon bebas bagi Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum ke-13. 

Menurut Ridzuan, keputusan itu adalah atas kehendak akar umbi terutama penyokong setia PKR daripada masyarakat India yang menolak bekas pemimpin Hindraf, K. Vasantha Kumar sebagai calon. 

“Apa yang berlaku, mereka (PKR Pusat) hantar (calon) daripada bakul sampah. Takkan kita hendak terima calon seperti ini. 

“Semua (PKR) tidak terima bahkan masyarakat di sini semua tidak terima beliau. Pokok kayu, daun dan ular-ular tidak terima calon berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Cabang PKR Tapah di sini. Hadir sama, Setiausaha PKR Cabang Tapah, R. Maniam. 

Menurutnya, ketidakpuasan terhadap pencalonan Vasantha Kumar dari Kedah telah disuarakan kepada PKR pusat namun ia tidak dihiraukan.

“Kali terakhir saya hantar khidmat pesanan ringkas kepada dua pemimpin termasuk Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ialah pada petang Isnin lalu tetapi tiada jawapan,” katanya. Mengakui Pakatan Rakyat bakal lumpuh berikutan tindakannya itu, Ridzuan turut memperlekehkan jentera calon PKR terbabit yang didakwa dibawa dari Tanjung Malim dan Sungai Petani, Kedah. 

“Sudah tentu (lumpuh) tetapi jentera saya sudah bersedia. Jentera saya datang daripada kalangan orang jujur, bukan orang parti, bukan orang mata duitan,” katanya. Bagaimanapun, bapa kepada lima anak itu berkata, dia tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Tapah dan kekal sebagai ahli parti.,


Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND