08 Mei, 2012

BPN PERLU DI PERKASA DAN DIMERTABATKAN


BPN (Blogger Pembela Negara) nampaknya semakin kian pudar taringnya kini, tetapi disebalik itu mungkin tak ramai yang tahu ada usaha untuk menyatukan SAF PERANG yang tesohor satu ketika dulu sedang diusahakan kembali berbisa semula. Sekupang rasa usaha begini perlu diberi sokongan. Sekupang percaya masih ramai lagi diluar sana masih aktif dalam blog cuma mungkin tidak lagi menonjol dalam bentuk satu saf atau kumpulan.

Satu ketika dulu BPN dilihat kumpulan atau Saf Perang yang amat digeruni, apa pun sehingga kini sekupang cukup yakin dengan divisyen maya masih berbisa cuma agak tenggelM sedikit dengan begitu ketara kehadiran ribuan bloggers baru yang tidak tahu sejarah BPN kerana ketika mereka hadir kisah BPN agak suram.

Kalau mahu dikatakan berkubur.... Sekupang yakin TIDAK sama sekali, contohnya bila sekLi sekala menyentuh perihal BPN termasuk ada satu ketika bila sekupang menaruh wasiat dan mahu mengundurkan diri sekitar lewat 2009, tanpa disangka begitu ramai sahabat BPN muncul memberi pendapat dan nasihat kepada sekupang. Jadi, soal aktif atau tidak sahabat dari BPN tidak timbul cuma sekupang rasa ia perlu di PERKASA dan DIMERTABATKAN semula.

Kebetulan ketika 28 hb lalu bila teman dan rakan-rakan bloggers, facebookers dan tweeterian bersama melancarkan PCT (Perak Cyber Troopers) laman yang dikongsi oleh semua pelayar maya terutama di negeri Perak. Rakan lama BPN turut hadir bukan hanya untuk meraikan pelancaran PCT tapi bagi tujuan merancang arah tuju BPN semula, agak terharu sekupang pada malam itu membincangkan perihal BPN sehingga ke pukul 3 pagi, sekupang yakin dengan nawaitu serta usaha meraka yang datang dari jauh seperti Melaka, Subang, Pahang dan negeri- negeri lain demi penyatuan semula BPN...

Kami mula bercerita soal BPN an mencari kata sepakat bagaimana mengembalikan semula SAF PERANG BPN dan disatukan kembali, BRAVEHEART, TAIPING CENTRAL, ABANG TUAH, KAMUNTING, CHEGU MAN, PERAK BANGKIT dan lain-lain serius mahu BPN kembali menyengat.
Saya faham sangat dengan sifat perjuangan rakan-rakan yang merendah diri ini, bagi mereka selagi bloggers yang bersama dalam perjuangan tiada erti siapa yang baru atau yang otai. Sekupang cukup setuju dengan pandangan mereka bagi mengembalikan semula BPN dipersada perang maya.

Untuk makluman semua, PCT pun agak begitu lama untuk dilancarkan, bukan kerana apa, sebelum merancang kemunculan PCT asalnya kami berhasrat mahu menubuhkan BPN peringkat negeri, bermaksud semua negeri sudah boleh diwujudkan BPN, ini akan menyokong dan memperkasakan lagi BPN yang punyai rangkaian negeri, sebab itulah pelancaran PCT agak tertangguh begitu lama.
Bagaimanapun PCT akhirnya dilancarkan bagi mengantikan hasrat Mewujudkan BPN kerana merasakan amat perlu diadakan laman yang boleh dikongsi oleh semua pelayar maya dengan tujuan menjadikan satu keluarga besar dalam maya.

Apa pun perancangan atau usaha mengembalikan BPN sekupang dan rakan-rakan diPerak Akan tetap turut sama dan insyallah akan cuba membantu, sekupang juga yakin pembaca yang juga punya cerita dan pendapat sendiri kerana sayangkan BPN. Sapa sangka BPN sudahpun melakar sejarah dalam maya... Kumpulan bloggers yang diwujudkan melalui sidang maya, lebih menarik lagi BPN juga adalah kumpulan pertama yang wujud dalam sejarah dan punyai ratusan pengikut yang terdiri dari bloggers dan pelayar maya yang tegar. BPN juga mendahului penyatuan dalam kumpulan sehinggalah kini sudah ratusan kumpulan yang kita dengar seperti UMB, 1 Agenda dan lain-lain

Dengan rasa rendah diri, sekupang serta rakan di PCT akan sentiasa menyokong kemunculan semula BPN jika ini menjadi hasrat rakan-rakan BPN yang turut hadir menyokong Pelancaran PCT pada 28.4.2012 bertempat di Ipoh yang lalu. Kehadiran kalian amat membanggakan kami

HIDUP BPN, HIDUP PCT...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND