03 Mei, 2012

SEBAB ALJUB & AM BIG 'A' LAYAK DIGELAR : KETUA PENGGANAS @ PEMBERONTAK


Memang layak ler kalau Rakyat Menggelarkan Aljub, Am BIG 'A', Mat Tabu dan lain- lain yang mengetuai Perusuh, pengganas serta pemberontak di BERSIH anjuran mereka DIDATARAN MERDEKA sabtu lepas sekali pun tidak diluluskan demi keamanan dan kehendak hampir 20 juta rakyat lagi yang tidak bersetuju dengan perhimpunan haram ini.

Perhimpunan nampaknya tidak aman seperti yang dijamin ambig A, Nuar aljub dan lain-lain anggota rejim Pakatan Rakyat, bukan kata sekadar sinonim sebaliknya memang sebijik yang berlaku negara luar seperti di Timur tengah, Provokasi serta rusuhan seperti ini bukan lagi semacam tapi amat serupa atau sama cara dengan negara pembrontakan termasuk bagaimana yahudi atau zionis mempraktikan dan menaja kepada negara lain yang jadi ancaman kepadanya terutama Negara-negara Islam.
Jadi memang layak lah gelaran KETUA PENGGANAS DAN PEMBERONTAK... Cer kita bandingkan

1. Memang kita tahu bila pengganas tetap mahu adakan di Dataran Merdeka sekalipun tidak dibenarkan malah telahpun diberi tempat cadangan lain bila memikirkan soal keselamatan dan rakyat terancam. Kita juga tahu kenapa aljub dan am big A menolak, ini adalah kalau bersetuju tempat perhimpunan tersebut tentunya akan aman dan damai tidak seperti kehendak mereka mahukan huru hara
Memilih lokasi Dataran Merdeka tentunya ada peluang mewujudkan rusuhan, pentempuran malah kejadian atau insiden berdarah pastinya boleh berlaku, selain itu agen Rejim Pengganas ini yang diimport dari luar dapat memberi gambaran buruk atau seolah kejamnya pemerintah dimata dunia

2. Ada arahan untuk serang bila beberapa kejadian dengan niat membunuh atau cederakan anggota POLIS, serangan rejim pengganas ini dengan merosakan kereta POLIS sehingga di rosak, pecah dan terbalikan kenderaan POLIS tersebut. Modul begini memang cara pemberontak bertindak, tentunya mudah mencetus perbuatan begini dengan menyelitkan beberapa askar upahan untuk memulakan kejadian

3. Mudah dengan beberapa askar upahan untuk memulakan rempuhan atau sekatan POLIS, supaya melihat seolah kekalahan POLIS yang tidak mampu bertahan, teknik begini juga sangat berkesan apatah lagi dengan harapan POLIS akan bertindak, Memang berharap supaya POLIS bertindak supaya boleh nampak kononnya kejam sangat POLIS yang bertugas bertindak memukul rakyat yang kononnya lagi tidak bersalah, isu begini akan diungkit, kita sendiri dah tengok dan dengar dari mulut ketua pengganas aljubri bila di sidang akhbar terang-terang dia berkata seolah-olah POLIS kejam dan akan menembak perusuh (klik)walhal tidak sekalipun ada anggota yang lepaskan tembakan

4. Teknik menggunakan kanak-kanak sebagai benteng kepada mereka dan mencari sebab jika mereka tercedera dalam rusuhan, Rakyat akan lebih simpati jika mereka cedera dan terbunuh, ini bermakna memang mereka mahukan kecederaan malah kalau terbunuh lagi baik supaya POLIS boleh disalahkan

5. Pengganas selalunya mendapat dana atau penaja bagi setiap gerakan termasuk rusuhan dan pembrontakan, kebiasaan kita ibaratkan bagi modal tetapi mau hasil, cara terbaik untuk jadikan punca mencampuri urusan dan bertapak didalam sesebuah negara. Menjadi tanda tanya yang mereka tidak mewawarkan bagaimana 100 ribu yang hadir, dapat duit saku hingga Ada bukti yang mengaku terima RM 250 seorang. Bukan kah seramai yang hadir begini tentunya perlu ada dana setidak-tidaknya sebanyak RM 20 juta untuk menjayakan rusuhan ini! Dari mana datangnya dana sebegini besar kalau tidak cuma Yahudi sahaja yang berkemampuan.

6. Rancangan rusuhan atau demonstrasi haram selalunya tidak berakhir begitu sahaja, kebiasaannya segala rancangan perarakan akan berakhir dengan kemunculan hero yang kononnya sebagai penyelamat kepada mereka, disebalik itu semua akan bertumpu kepadanya yang kononnya penyelamat keadaan Rakyat yang Marah dengan kerajaan, dalam masa yang sama sebenarnya segala bentuk rusuhan, pemberontakan, perarakan haram dan tindakan ganas itu adalah ciptaan Aljubri sendiri...

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND