Mungkin ramai yang tidak sedar ataupun tahu kenapa BERSIH amat diperlukan oleh Aljubri dan Pakatan... opsss gelaran baru, lupa ler pulak... ketua pengganas yang dimaksudkan. Sebenarnya kita diheret dengan pelbagai retetan peristiwa dan isu yang buat kita lupa sebenarnya tujuan WAJIB kenapa perlu Bersih?
Sebenarnya secara sedar atau tidak bagi Ketua Pengganas ini Najib lah menjadi puncanya bila rakyat mula melihat dan berubah, apa yang teman maksudkan najib secara Drastik turun padang dan mengagihkan hak kepada rakyat cukup mendapat sambutan yang positif. Apatah lagi bila ketua pengganas makin ketar lutut disebabkan sambutan rakyat bertambah dan makin bertambah...
Kerana Apa? sebelum ini kita maklum bila setiap kali peruntukan yang diturunkan keperingkat akar umbi maka akan ada juga yang keciciran dan ada juga yang sepatutnya tidak tersasar, dengan keadaan Rakyat juga kurang berpuas hati, dan kerana ini juga menjadi kelemahan yang dimanupulasi oleh ketua pengganas ini sebagai korupsi dan kroni kononnya menjadi amalan UMNO atau BN.
Tetapi sebaik tindakan seperti yang DS Najib lakukan, nampaknya keadaan semakin neutral jadinya, apa sahaja yang beliau umumkan maka seluruh rakyat tak kira bangsa, agama, parti dan lain-lain berhak menerimanya. teman bagi contoh bila diumumkan BRIM maka seluruh rakyat tahu yang mereka berhak mendapatnya, begitu juga bantuan RM100 untuk seorang pelajar dan macam-macam bantuan lain maka rakyat sudah boleh menerima dengan baik sekalipun berbeza parti.
Ketua Pengganas ini memang cukup sedar bila pemberontak ciptaannya memang di tabie kan dengan menerima upah, sama cara terima tetapi bezanya ialah yang diterima dari sumber yg tidak diketahui punca atau sumber... manakala peruntukan untuk rakyat oleh DS Najib yang zahirnya rakyat tahu akan hak untuk mereka sebagai rakyat.
Oleh sebab itulah Program oleh DS Najib semakin hari semakin bertambah rakyat mendekatinya, sedar atau tidak dari kurang 10 ribu kini sudah boleh mencecah ratusan ribu rakyat yang respon terhadap usahanya membantu rakyat, tak cukup dengan usaha beliau... kita lihat ia turut disambut oleh Menteri Besar yang buat 2nd round turun keakar umbi dengan lawatan ke peringkat akar umbi. ini cukup nyata bila sekupang sendiri pernah ikuti lawatan Ds Zambri Abdul Kadir ke parlimen-parlimen di Perak. apa yang sekupang lihat dan dengar dengan mata kepala sendiri apabila bukan sahaja penyokong BN yang tampil tetapi penyokong pembangkang yang juga turut tampil mengajukan masalah mereka yang tidak selesai oleh pembangkang.
Ketua Pengganas nampaknya sudah dapat mengagak bahawa pimpinan pengganas semakin lemah, jadi BERSIH adalah taruhannya, Bersih kali ini kena lebih ganas kerana dapat dilihat menjadi semacam keputusan rakyat selain ia dapat menakutkan jentera BN dan Rakyat semasa PRU 13 nanti, maklumnya kita pun tahu teori begini memang di praktikan dinegara-negara yang hancur kerana kebangkitan revolusi, pemberontakan, rusuhan, pengganas dan lain-lain. Jelas kita tahu jika negara hancur sekali pun, Pemimpin pengganas atau pembrontakan sebenarnya yang tetap selamat
Sekali pun kehadiran hampir 50 ribu semasa BERSIH kali ini, pada pandangan kasar rakyat yang mendapat liputan luas seolah mengambarkan kebangkitan pembangkang, sebaliknya jika kita berfikir secara logik 50 ribu sebenarnya amat jauh bezanya dengan jumlah hampir 20 juta Rakyat dewasa yang boleh mengundi. jumlah 50 ribu nampaknya terlalu kecil sehingga tidak sampai 1% dari keseluruhan rakyat.
Jadi jalan terbaik untuk ketua Pengganas ini dalah dengan bergantung kepada Bersih, bersih kali ini perlu lebih ganas supaya dapat menjadi indikator, menjadi ukuran, menjadi bukti kepada penyumbang, bukti kepada dana luar untuk menyakinkan, wang ringgit bukan lagi ukuran, yang penting Bersih mesti meletop!
TERFIKIRKAH KITA BAGAIMANA DANA YANG DIPERLUKAN SETIDAK-TIDAKNYA LEBIH 20 JUTA UNTUK MENANGGUNG KOS BAGI MENJAYAKAN BERSIH? DARI MANA DATANGNYA DANA SEBANYAK ITU? SIAPA PULA YANG SANGGUP MENAJANYA? APA PULA BALASANNYA DENGAN PERTOLONGAN DANA?... rasanya komer boleh pikior sendiri yop!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan