Gila beb... Calon PAS Changkat Jong Perak yang juga mantan YB DUN Changkat Jong pernah menipu orang kampung Changkat Jong.
Imej alim yang ada pada beliau digunakan untuk pengaruhi orang-orang kampung yang miskin supaya melaburkan duit dalam skim cepat kaya yang beliau kempen.
Mudah betul Anwar Sudin cuba tipu orang kampung. Kenapa seorang calon yang berpewatakan alim boleh percaya dengan skim cepat kaya? Kenapa perlu libatkan orang kampung dalam urusan skim cepat kaya beliau?
Ramai orang kampung terpaksa menanggung rugi dari segi kewangan kerana helah yang dibawa oleh Anwar Diman calon Changkat Jong.
Terkini difahamkan Anwar Sudin terpaksa sorok kereta beliau di tempat lain ketika beliau berada di rumah. Kenapa? Aku pun tidak pasti. Anuar Sudin pasti tahu masjid mana yang selalu beliau sorokkan kereta ketika beliau berada di rumah.
Aku tidak berniat untuk aibkan calon PAS ini. Tetapi perkara ini perlu dijelaskan supaya pengundi Changkat Jong yang baru mengenali Anuar Sudin tidak tertipu untuk kali kedua.
Bagi aku, tidak sepatutnya seorang bekas YB dan calon yang berimejkan Islam percaya dengan Skim Cepat Kaya yang secara terang dikeluarkan fatwa oleh majlis agama islam bahawa hukumya haram.
Pada 13-15 Jun 2005, Muzakkarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah membincangkan hukum Skim Cepat Kaya dan seumpanya dan memutuskan bahawa ianya haram kerana mempunyai unsur judi, riba, gharar dan tadlis.
Sepatutnya, seorang wakil rakyat yang kononya perjuangkan Islam, tidak sepatutnya terlibat dengan perkara yang ada unsur judi dan ribu yang juga menipu orang ramai. Anuar Diman perlu bayar balik ganti rugi yang ditanggung oleh orang kampung yang pernah beliau tipu.