20 April, 2013

JIKA BN / UMNO KALAH TIPIS DI KUALA KANGSAR, SIAPA PENGKHINATNYA?

Peluang untuk Kamilia membuktikan dia memang banyak BERJASAdengan memenangi Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti melebihi 2/3 dari pengundi, bagi membuktikan beliau memang punyai sengat dan UMNO salah tafsir keupayaan beliau begi menjawat jawatan Yb Parlimen Kuala Kangsar

Sebaliknya jika dia kalah dan BN Hanya menang tipis ataupun kalah tipis, jadi siapa yang mahu dipersalahkan, tak kan pengundi pulak kot, nyata jika ini berlaku maka soal jasa beliau yang amat besar akan menjadi dendam kebanyakan rakyat atau pengundi yang mahukan BN memimpin dan menerajui di Kuala Kangsar, apakah mereka akan memberi ampun pada yang berjasa nie? Atau meyanjung jasa baik beliau yang mesti dibalas! Bukan kah kita selalu menyebut ' Jangan tanya apa negara beri kepada kita, tapi tanyalah apa yang kita dah beri pada negara?'

Sekalipun dia menyebut ramai yang akan menyokong dia bila bertindak mendongkah arus tetapi khabar dari Kuala Kangsar @ Putrajaya sedikit sebanyak menyebabkan yang berada di Perak terutamannya pengundi dan rakyat amat terguris kerana apa sekalipun dia cuba membandingkan jasa dia yang besar dilihat sebagai satu penderhakaan, banyak yang kata ' paling tidak kalau dia bersabar sudah tentu segala kemelut bakal berakhir, tidak-tidaknya Senator sudah tentu untuk nya', kata seorang Veteran UMNO yang berumur 80 tahun yang dikenali sebagai TOK HURI, ' apa yang dia tunjukan sebenarnya merosakan susu sebelangga dek sebab tertitis nila setitis, teman sebenarnya kagum dengan dia disebabkan orang tua nie sehingga kini masih tetap memperjuangkan UMNO dan merasakan genarasi sekarang sebenarnya tidak pernah menganal erti perjuangan, sebaliknya mahu dijunjung sebagai pemimpin. Dema tak rasa macam mana nak dapatkan merdeka, tu sebabnya elesa dan banyak muka! Katanya lagi... 

Apa pun yang dilakukan oleh Kamilia nampaknya tidak semua meyenangi tindakan beliau, lihat sahaja bila Dato Sharizat sebagai ketua wanita UMNO Malaysia bila digasak teruk oeh PKR! teruk oleh Rafizi sehingga terpaksa meletakan jawatan, adakah dia perjuangkan? Sepatutnya dia paling lantang perjuangkan sharizat sebagai ketuanya, paling tidak dia di pujuk untuk bertanding lagi, manakan boleh dibandingkan dengan kerja dia dan jasaanya pada UMNO, tak kan dia tak tau yang PKR @ Rafizi memang tuju dengan niat menjatuhkan ketua wanita UMNO kerana lazimnya kita tahu yang kekuatan dalam UMNO berpaksi kepada Wanita UMNO yang ternyata punya kekuatan yang amat digeruni oleh pembangkang!  

Kita ikuti Sumber dari Harakahdaily menyebut 

PUTRAJAYA: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim terharu apabila calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa merupakan orang pertama yang menghubungi sebaik sahaja mengetahui beliau  digugurkan dari senarai calon BN bagi PRU13 ini .Ketika Husam menelefonnya tengah hari semalam, Kamilia menyifatkan orang luar parti lebih prihatin terhadapnya berbanding orang Umno sendiri.Bagi Husam, pengguguran Kamilia merupakan satu kesilapan besar kerana banyak jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan kepada rakyat."Keadaan ini seumpama tidak mempedulikan hal-hal wanita, kerana Datuk Kamilia merupakan seorang wanita yang sangat baik, berwibawa, dan berpengaruh," tambah beliau.        

Husam turut membayangkan Kamilia mungkin orang yang lebih layak bertanding dengan beliau di Putrajaya menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Kamilia adalah seorang peguam yang berjaya, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata.Menurut Kamilia beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” kata Kamilia.

Bagaimana pun kenyataan Husam lebih kepada provokasi dan untuk mendapat perhatian pengundi di Parlimen Putrajaya yang ditandinginya, dengan mengulas serta memuji Dato Kamilia beliau berharap sokongan orang UMNO terutama wanita UMNO yang setia kepada beliau boleh menderhaka dan mengalih undi kepadanya, biasak ler beb, tengok muka pun dah boleh agak betapa bangkainya bau perut mamat nie... So jangan jadi bodo sekalipun nampak macam cerodik benor! 


 

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND