08 April, 2013

SURAT UNTUK MAHATHIR? MALAH MENGADU KEPADA SITI HASMAH

Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab. Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri. Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

 "Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit. "Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

 Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh. "Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya. Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia.

Rupanya hari ini dideahkan juga rupanya bukan setakat Tun Mahathir sebaliknya Tun Siti Hasmah juga menerima aduan dari Wan Aziziah, apapun teman respek kat kedua-dua tokoh ini walau sekali pun negara huru hara dek kerana tingkah laku yang haloba untuk menjadi Perdana Menteri oleh yang akhlak nya rosak menjadikan negara huru hara oleh sebab cita-cita dan dendam kesumatnya, kedua-dua nya masih memegang amanah sebagai rakan ketika itu.

Bukan sekadar itu malah hari ini Jenin Perdana Menteri ini juga tidak sesetia dengan kedua tokoh nie, malah dia bukan sahaja membongkar cerita yang dikarut malah menabur fitnah terhadap dua-dua tokoh nie. Apa yang dia buat nampaknya amat terdesak untuk cita-citanya sebagai Perdana Menteri, kerja rosak akhlaknya seolah jangan diganggu dan diaberi amaran kepada sesiapa sahaja jangan cuba menafikan beliau sekalipun memaksa rakyat menerima semua cita-citanya dan dia sebagai seoarang ulama yang difitnah dengan kerja dia dah buat begitu rosak akhlak bagai tak berdosa...

wanazizah-sitihasmahxxIni juga satu cerita yang sudah lama tersimpan.Betulkah cakap-cakap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah berjumpa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menangis mengadu mengenai perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim masa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu.
Al kisah itu pernah jadi bualan kalangan orang politik selepas Anwar dipecat daripada UMNO dan jawatan nombor dua dalam kerajaan apabila didakwa terbabit kes liwat dengan Azizan Abu Bakar pada 1998.
Namun,tiada siapa pernah bertanya secara terbuka untuk minta pengesahan sama ada benar atau tidak kejadian itu pada Dr Siti Hasmah sendiri.
Hal itu dapat difahami kerana ia melibatkan sesuatu yang sulit dan sifat Dr Siti Hasmah sendiri diketahui jarang mau cakap politik.

Ikuti cerita penuh Tun Siti Hasmah juga di hubungi Wan Azizah... (KLIK)

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND