23 April, 2013

BAPUKNYA LEE BUN CIT KONONNYA DICEKAK OLEH MIDAH... Pecah perut gua beb! Kekeke,! Lawok kede la lu....


Agak-agak ler yop! Kot nak kencing pun pada-pada ler, tak kan nak tunjuk sangat baik tu sampai kata ketor lutut bila kena cekak dengan yb Midah, kot nak kencing pun bior ler kat orang-orang miker jer, dema dah basah kuyup dengan kencing tentu angguk sekuat mungkin, kalau nak menipu pun tempat lain ler....

Bukan orang tak tau macamana dia punya samseng, tak ada yang lupa hila ko datang dengan geng dan haram jadah upahan ko bila datang ganggu pembinaan Sekolah Ugama Rakyat, lagi mau kencing lu tarak buat jahat ma! Tak usah sembang ler, nak buat sekolah ugama rakyat pun ko macam samseng taik kucing datang serang, lagi mau cerita lu takut sampai lapor polis kononnya kena cekak dengan Yb Hamidah Osman... Kekekeke potonh la lu punya kalau itu macam, lagiu satu lu jangan lah ingat semua orang suka sama lu dengan lu bila lu boleh upah haram jadah jadi lu punya balaci...

Sungai rapat online :Satu laporan polis telah dibuat keatas Lee Boon Chye kerana berniat jahat untuk membuat provokasi berdekatan dengan bilik gerakan BN Dun Sungai Rapat.

Bukan itu sahaja Lee Boon Chye berniat jahat menuduh Dato Hamidah mencekik lehernya. Bagaimana pula seorang perempuan boleh mencekik leher lelaki.

Dato Hamidah memberitahu media bahawa pembangkang di Sungai Rapat sudah ketandusan isu kerana sokongan rakyat kepda mereka sudah berkurangan, maka mereka cuba merekacipta isu bagi menagih simpati rakyat untuk menyokong mereka.

Pembangkang juga sengaja memasang banner yang berdekatan denag bilik gerakan utama BN Dun Sungai Rapat sedangkan di pihak BN tidak pernah membuat sebarang provokasi berhampiran bilik gerakan pembangkang.

Bukan itu sahaja beberapa banner provokasi kenyataan beberapa pemimpin pembangkang turut di letak dimerata-rata tempat di kawasan Dun Sungai Rapat.

Ini menunjukkan mereka sengaja mengujudkan ketegangan yang boleh berlakunya pergaduhan sesama penyokong.

Dalam masa yang sama juga ada diantara penyokong pembangkang menyamar sebagai polis dari cawangan khas demi untuk mengujudkan ketegangan.

Saya berharap pihak yang bertanggungjawab menyiasat dengan terperinci penyamaran yang dilakukan oleh penyokong pembangkang dan provokasi yang dilakukan oleh Lee Bon Chye.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND