Patutlah ada yang meroyan bila merebut jadi Menteri Besar bila antara PAS dan PKR sudah ada bau bau telingkah untuk merebut Menteri Besar, Teman tertarik dengan posting seorang Bloggers tentang booking awal Menteri Besar walaupun kelakornya Menang pun dema belum tentu, nampaknya bukan Aljub jer berangan nak jadi PM tapi kat sini simeroyan dan taukeh besi lusuh pun sama berebut nak jadi Menteri Besar.
Yang menariknya disini Bila dalam Posting Bloggers Pak Tam (Klik) alkisahnya mendedahkan perlumbaan saing menyaing untuk jawatan MB pakatan Roket nie. yang teman tertarik siap dengan Poster si meroyan tertera sebagai Menteri Besar 2013 yang bermaksud Menteri Besar selepas PRU 13 lagi...
Bila kita kaji dan mengagak tentang logiknya Poster nie rasanya ada logiknya, kalau lah dikatakan sekadar gimik atau ada orang lain yang sengaja buat poster dan banner nie pun tidak masuk akal juga, sekalipun jika si Meroyan nie nafikan, bolehkah dia menjawab persoalan yang dia memang tak nak menjadi Menteri Besar jika Pakatan Roket Menang? bolehkah dia umum atau berjanji tidak akan nak jadi Menteri Besar jika Pakatan Roket menang? Bolehkah dia nyatakan dengan tulus serta ikhlas tidak akan jadi MB sekalipun Pakatan Roket menang? kalau dia mengaku... itu baru pelik!
Apa pun memang mustahil jika dia kata macam tu, sebabnya sebelum ini dimerata cermah terutama dengan dua sepupunya dari DAP gelaran yang dilontarkan keatas nya sebagai Menteri Besar yang SAH, Menteri Besar Rakyat dan bermacam-macam lagi. bukan setakat itu sahajamemang terbukti dengan banyak yang kita dapat tengok melalui kain rentang (seperti diatas) tertera dia sebagai Menteri besar sekalipun dia tidak lagi jadi MB selepas kerajaan negeri diambil alih oleh Barisan Nasional, kalau dia tidak berhajat kenapa tidak menegur dan menasihat kepada lembuan nya supaya jangan menggelarkan dia sebagai Menteri Besar
lebih membuktikan betapa dia masih berkehendak sebagai MB bila masih menggunakan tittle MB di laman Twit nya sendiri sekalipun sudah tidak menjadi MB Perak lagi, tentunya kita dapat merumus betapa dia terdesak atau bersungguh untuk jadi MB, jadi dia boleh menafikan seperti Poster diatas tetapi dalam masa yang sama boleh menyimpan niat dan berangan kalau dapat sekali lagi sebagai Menteri Besar. mana mungkin dia menolak.
Kalau melihat dari segi peluang pulak tentunya agak kabur untuknya berharap pada rakannya terutama kembor DAP yang kini juga tengah ketor untuk memang di Dun dan Parlimen dema kali ini, siapa lagi yang boleh diletakan sebagai sandaran atau kuasa yang boleh confirm kan dia sebagai MB buat kali kedua, apatah lagi dengan isu yang panas bila pendedahan soal tanah dimukim Chiku, Gua Musang yang belum terjawab. semuanya bukan sebagai jaminan untuknya selain dalam erti kata kena cari sumber lain yang kukuh kalau nak jadi MB, terbaik tentulah dari Nombor One dalam pakatan Roket yang juga punyai haloba sebagai Jenin Perdana Menteri.
Tidak boleh lah lagi nak berharap pada kedudukan, semuanya lansung tidak menjanjikan cita-cita si meroyan nie sebagai MB. mana kan ada logik dan sumber konkrit yang boleh diusahakan, dulu ada DUN dan Parlimen tetapi sekarang nie hanya tinggal DUN yang dipetaruhkan, itu pun belum tentu terjamin berdasarkan rakyat di Changkat jering tak sebodo lembu didikannya di Pasir Panjang dan Bukit Gantang. Dua-dua tempat ini bukan lagi kawasan selamat untuk cita-citanya sebagai MB kerana Rakyat mula sedar diabaikan malah kuyup satu badan akibat kencingan dia.
Teman tak payah nak perjelaskan isu sebagai Menteri Besar Perak ini kat komer, tanyalah akal yang bijak komer untuk menilaikan sudut persoalan nie,
Siapa pulak saingan nya dalam berangan nak jadi Menteri Besar? Siapa pulak yang layak? Siapa pulak yang panas ketika ini diperkatakan? Siapa yang berpontensi untuk jadi Menteri Besar? Siapa yang dah didesas desuskan? hahahaha kena tunggu ler yop di posting akan datang... tunggu
Sumber Poster dan Posting dari blog Pak Tam ( KLIK) hahaha jangan kata teman saja-saja buat cerita, teman tak bertanggung jawab diatas sebarang kesulitan dan kaitan dalam artikel nie, ada paham sekali pun dia teroyak sekalipun...
2 ulasan:
SAHABAT2..MARI TGK VIDEO DI YOUTUBE..... 'NEW ORDER - TANGAN ASING HANCURKAN MALAYSIA'
SAHABAT2..MARI TGK VIDEO DI YOUTUBE..... 'NEW ORDER - TANGAN ASING HANCURKAN MALAYSIA'
Catat Ulasan