27 April, 2013

SERANGAN SULU DISEMENANJUNG @ DUN N31 Jelapang


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5Pvo2hlJ1cQdXH1EBvuZeRjSJT3o_onGzmVOqLgnIFA8pD92HWotwLUmdIFS8serxTFv8s5boAyfrnZgF37B7fmOUk1UgKn1zbFr3mcJp4uTW5v9aBvEeXp05A0PheAHxF6dkvL67b6Y/s400/PARANG.jpg
Parang & molotov cocktail di rampas


Nampaknya bukan setakat mendengar keluh kesah dan penderitaan rakyat kita terutama di Sabah bila negara dicabar oleh pengganas Sulu, yang herannya sebelum nie tak pulak wujud soal sapa Sulu dan ancamannya


Sebaliknya bila nak dekat PRU nie jer mula ler macam-macam yang jadi pulak, dengan kuasa Allah Swt , diatas kehendaknya juga timbul lah macam-macam pembongkaran. Begitu juga apa yang terjadi di Lahat Datu Sabah bila sepatutnya ia merupakan sebagai ancaman yang kononnya malapetaka yang tak terduga dengan serangan Pengganas Sulu, lebih memeranjatkan lagi kematian wira kita di Sabah rupanya ada susunan.

Siapa pun tak menduga apatah lagi untuk menunding jari, tetapi sedang kita dihimpit dengan Tragedi nie tetiba Philipna mendedahkan perancangan jahat sebenarnya disebalik peristiwa ini.  Hasil pendedahan risikan mereka rupanya ada dalang atau pengkhianat kepada agama, Bangsa dan Negara. Semuanya kerana dendam kesumat seekor Iblis nie demi kepuasan hatinya yang berdendam bila segala keburukan dan keruntuhan Akhlaknya terbongkar,  bukankah Rakyat juga ada hak untuk mengangkat pemimpin itu dari seorang yang sepatutnya

Sasaran utama niatnya sudah tentulah DARURATKAN Sabah dan tentunya cara paksa begini tiada terlintas oleh kita, lagu Tanya sama Najib, kenapa dia goyang, nanti jawab Najib, Sabah Dah hilang' yanh dia jaja merata akhirnya baru diketahui maksudnya setelah wira-wira kita terkorban

Kaitan serangan pengganas terbongkar lagi, terbukti amuk-amuk kecil sulu rupanya ada dirancang di semenanjung pulak! Di Pulau Pinang, diSelangor dan terbaru di Perak.  Apabila bom minyak, ledakan diceramah BN, membakar bilik gerakan dan  macam-macam lagi yang tidak ada dalam kamus di setiap genarasi yang mengundi kini semuanya terjadi...

Mana mungkin kebetulan lagi... Sudah boleh kita katakan segala kejadian tentu ada hubung  kaitnya, semunya kerana habloba seorang pemimpin yang rosak Akhlak mahu kuasa di tangannya,,. Mahukah kita memberi ruang lagi kepada dia, 

Tepat dan nyata, bagi teman Barisan Nasional jadi pilihan....

[5.30 AM 25.4.2013]


Berlaku cubaan bakar Bilik Gerakan BN DUN Jelapang Parlimen Batu Gajah pada subuh tadi.

Kebetulan Polis sedang membuat rondaan ternampak suspek dalam keadaan mencurigakan sedang menyalakan api. Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta Nissan berwarna merah. Berlaku aksi kejar mengejar. 

Kereta suspek dipercayai terbabas dan ditahan anggota Polis.
Sementara itu kebakaran di Bilik Gerakan BN dapat dipadamkan oleh petugas-petugas dan orang ramai. 
Dalam kereta Nissan merah itu terdapat bom petrol dan 5 bilah parang panjang.

Kejadian berlaku jam 5.30 pagi tadi. Nasib baik tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan pada petugas-petugas Bilik Gerakan BN akibat dari kebakaran tersebut.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh tiga lelaki sebelum mereka bertindak melarikan diri menaiki kereta Nissan Sentra

Cerita penuh (KLIK)

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND