18 April, 2013

SENTAP BENOR DATO' HAJAH KAMALIA BILA TAK TERSENARAI DI P.067

Apa dah jadi kat kuale yong? teman baru jer minggu lepas tengok dalam TV bila Datuk Seri Rafidah Aziz yang diwawancara di kaca TV menyatakan pengunduran dirinya sebagai memberi laluan muka baru...

Kita jangan beri Rakyat protes macam dengan tsunami di PRU 13, Rakyat tidak lagi mahu mengulangi Neraka Pakatan Roket   selama 11 Bulan Perak di Nerakakan.jangan bagi rakyat bertambah getek dengan kepimpinan yang lalu. Apakah kita kena menilai melalui jawatan. wajib akur dengan keputusan sepakat dan bukan kerana demi mencari kemenangan...

Jangan lah kita perbandingkan jasa kita untuk sesuatu, kena jugak amik kira rakyat ataupun pengundi.tak sesuai kalau kita pertikaikan malah sebagai balasan atas jasa yang dah kita beri

Soal jasa rasanya tidak payah lah kita ungkit. kami di kumpulan Bloggers PCT pun tak pernah ditanya untuk balasan, mungkin jugak bloggers PCT masih lagi tak dapat melupakan kisah bagaimana pernah kehulu kehilir demi memberi khidmat kepada sesiapa sahaja termasuk di Kuala kangsar sendiri, tak pulak nak cerita tentang jasa kami, malah sehingga kini bloggers yang secara rela hati ke kuala, pernah di tegur Kalau nak duit kenalah kerja, tak suka cara macam nie, tak ke dia tahu kami datang untuk merapatkan saf perang, bukan datang nak mintak sedekah.

Jadi Pada hemah teman tak payah ler tanya pada hati sendiri, kena paham apa itu WINNING CANDIDATE bukan kena bagi calon yang dah berjasa, apa kah dia sorang pernah berjasa dan kami tidak? Nak cerita jasa dikawasan tapi alamatnya di Petaling Jaya...

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang pernah mendesak Dato Seri Shahrizat supaya meletak jawatan hari ini mula mengugut pemimpin Barisan Nasionan ekoran beliau tidak dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .
Kamilia Ibrahim kata itu sebagai satu penghinaan kepada saya.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana saya tidak diberi pengiktirafan sewajarnya,” katanya lagi.
“Saya banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan saya ada,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap saya tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat saya tidak ada perasaan,” katanya.

YBhg. Dato’ Hajah Kamilia Binti Dato’ Ibrahim
13, Jalan SS1/27
47300 Petaling Jaya
SELANGOR.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh tanya sikit kak Kiah, apa jasa awak yang banyak tu... cuba citer sikit pun jadilah!

Unknown berkata...

Puuuiiihhhh...... Makcik ni ada hati nak jadi calon rupanya.... Kahkahkah......

Labu8455 berkata...

"Saya banyak berjasa" ??? Tak perlu lah nak menceritakan pasal jasa awak tu, awak bukan setakat "banyak berjasa" awak juga "banyak membinasa". Negarawan yang benar benar banyak berjasa seperti Tun Maharthir sendiri pun tidak pernah mendabik dada mengatakan yang dia banyak berjasa - siapa awak kalau nak dibandingkan dengan Tun ??? Pikir pikir kan lah

wanyee berkata...

jangan citer bab jasa kite kat umno tapi tanya berapa banyak faedah yang dah kita kaut masa dalam umno... babtu meroyan sakan bila tak tercalon peluang nak kaut habis dah terlepas kat orang yang lebih amanah

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND