24 Ogos, 2013

BLOG RAJAHMAS DI HACK?


Teman baru sahaja dapat berbual dengan sahabat teman blogger Rajahmas.blogspot.com, kebelakangan ini nampkanya dia agak sibuk dengan perniagaannya dan segala aktiviti berbelogging nie nampaknya kurang diberi tumpuan,  itu memang teman paham dengan menguruskan perniagaan atau lenih tepat lagi sumber rezeki beliau dan keluarga sepatutnya diberi lebih tumpuan kerana itu sumber atau pendapatan untuk beliau dan keluarga.

Apai yang menjadi nama jolokan kepada beliau memang sudah sebati dan lebih senang digunakan oleh rakan-rakan seangkatan termasuk beberapa bloggers lain seperti Abang Tuah, Pisau, Ddin bunga, Angkatan pemikir, taiping mali dan banyak lagi terutama hampir semu bloggers PCT cukup senang dengan gelaran APAI mengantikan Rajahmas.


Kebelakangan ini nampaknya blog rajahmas sudah mula keluarkan posting, jadi dalam perbualan teman jugak mengucapkan tahniah kepadanya disebabkan sudah mula aktif kembali, sebaliknya berita yang agak mengejutkan teman bila Apai terus menafikan bahawa posting Tersebut bukan hasil nukilan beliau, beliau kini sebenarnya telah dihalang (block) untuk sign in ke blog Rajahmas.blogspot.com. Memang itulah sebab apai mahu maklumkan kepada teman. Malah setiap artikel yang keluar bukan beliau yang lakukan, ini sudah kira bahaya beb! 

Kalau dilihat posting yang boleh kita lihat semuanya berkisar soal pekara unik maupun ada kaitan seks dan sebagainya, memang teman tahu sangat sebagai salah seorang yang mengikuti blog beliau teman lihat ianya amat membingungkan teman, teman cukup paham dan tahu sahabat teman ini yang cukup panas mengupas terutama isu yang ada kaitan politik, bagaimana punada awalnya teman tidak mengesyaki kerana laziimnya selepas PRU kadang-kadang bloggers berubah angin sementara ataupun dalam erti kata bertenang sekejap dengan posting-Posting diluar landasan bahang politik.


Barulah teman tahu bahawa blog Apai nampaknya telah disabotaj olehseseorang lain,bukan sahaja dihack malah apai sendiri dihalang untuk masuk keblog dia sendiri, kalau kita lihat senarai posting yang paling digemari bampaknya cerita mengisahkan nafsu semacam stopa spenda ler pulak, mana mungkin apai buat macam nie, tetapi atas dasar hak masing-masing pada mulanya teman tak berapa nak bersuara tentang haknya dalam menulis, sebaliknya bila dimaklumkan bukan dia yang buat pekara macam nie barulah teman tahu blog apai sebenarnya telah dihack!


Malah kalau kita klik ke link posting yang menjadi kesukaan pelawat blog rajahmas akan tertera alamat rujukan blog tersebut bukan mengunakan link posting rajahmas sebaliknya akan terpaparlah alamat blog bilarentapbangkit.blogspot yang tertera, sepatutnya alamat atau add mestilah blog rajahmas dan diikuti link beliau. Entah macamana pula tetiba blog ni yang jadi add rujukan

Atas sebab blog beliau dihacklah apai menghungi teman dan minta teman kalau boleh wawarkan keadaan sebenar, samada rakan bloggers yang seangkatan malah kumpulan bloggers perak di PCT (Perak Cyber Troopers) dan juga group Nadi Rakyat Negeri Perak. Apai takut pelbagai tanggapan keatasnya bila perubahan mendadak terhadap blog dia... Apai tidak mahu ianya seperti sindrom lalang samada bertukar taukey atau tukar boss kerana dibayar yang kita dapat semakin meleluasa selepas PRU 13 gara-gara tujuan cari dana melalui taukey baru...

Apa-apa pun teman dan bagi pihak rakan-rakan bloggers yang lain berharap Apai lebih bersabar dengan dugaan serta kerja terkutuk lanun-lanun nie, kita juga faham bagaimana Apai terpaksa memulakan blog baru, membina, menyenaraikan list blog rakan, menukar add laman blog baru beliau nanti malah paling terasa bila semua followers yang jumlahnya lebih 400 juga turut hilang dan menyukarkan Apai untuk kembalikan 100% followers yang setia dalam blog beliau...

Apa-apa pun teman berharap marilah kita semua membantu beliau yang sedang dalam usaha membina semula blog beliau yang sebelum ini sudahpun berusia lebih 7 tahun lamanya, mari kita ziarah dan menjadi followers beliau semula dan membantu untuk link kan semula blog baru beliau nanti, bagi Apai juga rakan-rakan mohon jika mengadakan blog baru supaya adakan sedikit pemutihan serta penerangan yang berkaitan blog beliau yang telah dihack bagi memaklumkan keadaan sebenarnya, kita outkan alamat lama dan tambah add blog apai yang baru sebaik apai sudah membina blog barunya nanti...






Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND