30 Ogos, 2013

NAFI PERKASA MENDESAK PM LETAK JAWATAN, @ TIADA KAITAN KENYATAAN IRWAN


Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan keras sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan dan menyifatkan ia sebagai kenyataan peribadi.

“Saya nafi dengan keras,” katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada mynewshub.my hari ini.

Ahad lepas Ketua Wira Perkasa Irwan Fahim Ideris dalam satu artikel di blognya irwanfahmi.blogspot.com menyuarakan harapan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ekoran gagal menguruskan negara dalam pelbagai aspek.

Ibrahim berkata beliau akan meminta Irwan membuat penjelasan dalam mesyuarat minggu depan.

“Apapun, itu blog peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan Perkasa. Saya akan minta Irwan buat penjelasan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu depan, mohon jangan dikaitkan dengan Perkasa,” katanya.

Dalam tulisannya Irwan mempersoalkan kewajaran pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mempertikaikan pemberian peruntukan tinggi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan juga isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak agama Kristian turut dipertikaikan Irwan.

Dalam pada itu, merujuk kepada artikel di blog Din Turtle, menurut artikel itu Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar akan menemui Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan,” katanya menurut artikel blog Din Turtle.

OLEH : IBNU K

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND